Little Rock (Arkansas): Biasanya tidak ramai 
yang dapat membayangkan anjing boleh menjadi musuh yang paling 
menakutkan sehinggalah keadaan sudah terlewat. 
Nasib malang itu menimpa seorang lelaki lumpuh beberapa hari lalu.Media semalam melaporkan lelaki terbabit tinggal di Trumann, Arkansas dan baru saja membela seekor anjing tanpa tuan dengan harapan dapat menjadi temannya.
Polis berkata, lelaki itu lumpuh dari paras pinggang ke bawah menyebabkan dia tidak rasa sakit di bahagian berkenaan.
Sejurus kemudian, kata sumber polis, lelaki terbabit terjaga daripada tidur dan berasa seperti “terbakar” pada kemaluannya.
“Dia terkejut apabila mendapati anjing yang baru tiga minggu dipelihara itu berada di celah kangkangnya dengan kesan darah di kaki dan mulut,” katanya.
Mangsa yang berusia 39 tahun itu mengaku tidur berbogel. - Agensi

 
 
 
 Posts
Posts
 
 
 
 


Comments :
0 comments to “AWAS! Akibat Tidur berbogel”
Post a Comment