Berita Terkini dari MalaysiaKini, Utusan Malaysia, Harian Metro, Berita Harian, Kosmo, Malaysian Insider, Harakah, Bernama, Keadilan Daily, Tonton Drama. Perkongsian cerita dan kisah untuk panduan, pedoman bagi diambil teladan dan sempadan.

 
Showing posts with label hiburan. Show all posts
Showing posts with label hiburan. Show all posts

Bercinta sejak bancuh air

Atas dasar cinta kukuh yang sudah lama disulam, pasangan mempelai penyanyi juga pelakon Muhammad Izzul Islam Mazlan atau Izzue Islam, 23, yakin untuk mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihannya, Nurinafilah Waharudin atau Awin.
Sebelum ini, mereka ha­nya dikenali dengan hubungan antara artis dan pengurus saja kerana Awin adalah individu yang bertanggungjawab atas kelangsungan karier seni Izzue sejak 2009 lagi.
Percintaan mereka bermula bukan selepas pelakon 29 Februari itu terjun ke bidang seni, akan tetapi sejak dia masih lagi berkerja sebagai seorang pembancuh air di sebuah kedai makan.

Perkenalan itu sekali gus menjadikan Izzue lebih yakin Awin adalah wanita yang paling layak untuk dijadikan suri hatinya kerana mencintai dirinya biar dalam apa keadaan sekali pun.
FotoKUCUPAN cinta Izzue buat Awin.

Hal itu diakui sendiri anggota Forteen itu sewaktu sidang media sejurus mereka sah diijabkabulkan dan menurutnya, dia tidak sabar untuk melayari bahtera rumah tangga.

“Seperkara yang terpancar dan saya lihat sepanjang bercinta de­ngan Awin adalah kejujuran serta keikhlasannya dalam perhubungan. Kami kenal pun sudah lama dan dialah individu yang sentiasa percayakan saya.
-->

“Dia pun mula mengenali saya sejak berkerja sebagai pekerja di kedai makan dan enam tahun bercinta, saya yakin ini saat terbaik untuk mendirikan ‘masjid’ bersamanya,” ujarnya sambil terpancar kegembiraan.

Mendirikan rumah tangga pada usia semuda itu tambahan pula dia masih merangkak dalam bidang seni, Izzue sebaliknya tidak gentar kerana yakin rezeki adalah penentu segalanya.

Menjadi idaman dalam kalangan peminat wanita juga, ditanya bagaimana sekiranya Awin berhadapan dengan situasi itu, pelakon terbabit positif itu bukan masalah besar.

“Saya beruntung dipertemukan Awin yang sangat memahami terutama apabila membabitkan karier seni saya. Dia sudah lama menguruskan saya dalam bidang ini dan masak dengan situasi saya.

“Namun, dia sentiasa percayakan saya dan paling penting, dia tidak cemburu buta,” katanya.

Manakala buat Awin yang bekerja sebagai Eksekutif di Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) pula, meski­pun sudah cukup me­ngenali Izzue, dia agak berdebar untuk hidup sebumbung dengan suaminya itu.

“Melang­kah ke fasa baru semesti­nya sukar diduga dan hidup serumah de­ngannya selepas ini, pastinya lebih banyak perkara baru yang akan saya kenal me­ngenai Izzue namun saya bersedia.

“Kalau selama enam tahun saya boleh menjaga dia dengan baik, saya yakin dalam rumah tangga juga saya mampu lakukannya,” katanya.

Sumber & berita penuh

Farid Kamil patah bahu

PELAKON filem, Farid Kamil dilaporkan mengalami patah bahu ekoran jatuh dari motosikal, Sabtu lalu.

Kini, Farid sedang menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.

Pelakon berusia 32 tahun itu dikatakan jatuh dari motosikal yang ditunggangnya di sebuah litar di Subang Jaya.

Sumber


-->

Cerita Majlis Ijabkabul Izzue Islam, Awin Nurin

PELAKON, Izzue Islam atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan selamat diijabkabulkan dengan gadis pilihan hatinya, Nurinafilah Waharudin atau lebih dikenali sebagai Awin Nurin yang juga pengurusnya pada jam 9.45 pagi, hari ini.





Pasangan dalam persalinan putih itu dinikahkan sendiri oleh bapa Awin di Dewan Shah Alam.

Pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan kepada pihak lelaki dengan mas kahwin berjumlah 11 dinar dan wang hantaran berjumlah RM 11,111.11.


-->

Pelakon berusia 23 tahun ini bakal bersanding pada jam 1 petang ini dengan tema perkahwinan dalam taman.

Persalinan pengantin untuk majlis memotong kek pula telah ditaja sepenuhnya oleh pereka fesyen, Hatta Dolmat.

Izzue bertunang dengan Awin pada Jun, tahun lalu.

Dalam temubual dengan Sinar Harian Online sebelum ini, Izzue akui sudah menjalin cinta dengan Awin sejak lima tahun lalu.

Sumber

Kenapa Ajo Boleh Tersingkir

SETELAH melayakkan diri ke konsert separuh akhir pertama, akhirnya peserta solo Bintang Mencari Bintang yang merupakan anak didik Faizal Ismail (FBI), Ajo akur apabila tersingkir, malam tadi.





Idea rokoknya nyata gagal menambat hati penonton.

Turut bersaing bersama Ajo pada konsert BMB malam tadi, Bocik, Titan, Achey, Bowl dan Tapaw.

Ajo mendapat 16 markah daripada juri awam dan empat bintang daripada penonton di rumah dengan markah keseluruhannya ialah 53 peratus (%).


-->

Menurut Ajo, dirinya tidak menyesal atas penglibatan dalam BMB.

"Saya tak pernah menyesal berada di pentas ini. Terima kasih sifu (FBI), kawan-kawan dan penyokong," katanya ketika memberi ucapan perpisahan.

Minggu lalu, Ajo terpaksa membuat persembahan menggunakan kerusi roda ekoran mengalami kecederaan akibat terjatuh ketika membuat penggambaran.

Peserta yang terselamat malam tadi bakal bersaing di konsert separuh akhir kedua, minggu depan.

Sumber & Berita Penuh


Arkib




Blogged.my

Kongsikan