Isu ini didebatkan berkurun-kurun lamanya.
Lelaki akan bertambah berat badan selepas berumah tangga dan si isteri
pula sukar mencari bentuk badan yang lama. Bagaimanapun, situasi ini
langsung tidak dilihat sebagai satu masalah, sebaliknya ia hanya
dianggap satu perkara normal.
“Bahagialah selepas kahwin, itu yang perut sudah ke depan,” itulah alasan klise bagi mereka yang menegur.
Perubahan ini sememangnya mencacatkan penampilan. Sebetulnya, masalah
pertambahan berat badan satu-satunya ancaman kesihatan yang sukar
dielakkan, namun bahayanya ia langsung tidak dilihat serius oleh
kebanyakan pihak.
Lelaki bujang lebih cenderung hidup aktif,
kurang makan dan kurang waktu rehat. Ke sana dan ke mari bersama
teman-teman dan setiap masa dipenuhi aktiviti. Malah waktu dan pola
pemakanan mereka juga tidak menentu. Lebih-lebih lagi lelaki yang hidup
berjauhan daripada keluarga.
Oleh kerana itu, hampir semua lelaki bujang mempunyai bentuk
badan menarik dengan perut kempis dan berat badan mereka sekitar 55
hingga 75 kilogram. Namun selepas seseorang lelaki itu mendirikan rumah
tangga, dari setahun ke setahun berat badan mereka akan bertambah.
Rata-rata mereka sudah tidak lagi hidup aktif.
Lebih banyak masa dihabiskan bersama anak dan isteri di rumah.
Jadual makan yang teratur, tambahan pula apabila mendapat isteri pandai
dan gemar memasak. Lelaki akan berasa selesa selepas berkahwin kerana
ada isteri yang akan menyediakan makanan dan mudah bagi mereka untuk
makan.
Berbanding wanita, yang bujang masih tetap memasak. Jadi
mereka akan terus memasak selepas berumah tangga, malah menurut kajian
wanita akan lebih minat memasak selepas bersuami.
Mereka mula
gemar mengumpul resipi dan menonton rancangan masakan. Mereka tertarik
dengan aksesori dapur seperti set kuali, periuk dan peralatan memasak
walaupun pada zaman bujang mereka tidak begitu.
Apabila dapat
menyediakan satu hidangan untuk suami dan melihat suami memakannya,
isteri akan berasa cukup puas. Itulah hakikat dan realitinya jika
ditanya kepada wanita bergelar isteri.
Selepas berkahwin,
kebanyakan lelaki tidak punya banyak aktiviti yang dapat mengeluarkan
peluh. Jadi lemak daripada pemakanan mereka akan mula berkumpul di
perut. Lama-kelamaan perut mereka akan mula membuncit atau dalam istilah
lain boroi.
Perut ke depan selepas dua tahunTerdapat
dua jenis lelaki boroi, pertama lelaki dengan berat badan bertambah,
gemuk dan berperut buncit manakala jenis kedua pula adalah lelaki itu
akan bertambah berat badannya tapi masih lagi kurus, cuma bahagian perut
saja membuncit.
Walaupun pakar sains tidak dapat menjawab yang
lelaki boroi tanda mereka bahagia hidup berumah tangga, tetapi melalui
kajian ia terjawab dengan mudah.
Hampir 92% lelaki berkahwin akan
boroi selepas dua tahun dan ke atas tempoh perkahwinan. Malah statistik
perceraian juga melaporkan hampir 89% kes perceraian berlaku kepada
suami yang ‘slim’ dan masih tampan. Berbanding kadar perceraian yang
membabitkan suami boroi hanya sekadar 19% kes perceraian.
Mungkin
anda terperanjat sekarang, namun itulah hakikatnya. Jadi beruntunglah
kepada mereka yang mempunyai suami boroi. Malah kajian yang sama ada
menyebut yang lelaki boroi lebih penyayang dan berfikiran jauh serta
lebih mementingkan rumah tangga.
Persepsi lelaki dan wanita cukup
berbeza. 97% suami mula jemu atau mengelak untuk mengadakan aktiviti
seks bersama isteri mereka apabila wanita itu mula gemuk, semakin tidak
terurus, kurang perhatian kepada suami, melebihkan anak-anak dan apabila
si isteri tidak lagi menitikberatkan penampilan.
97% kes perceraian datangnya daripada masalah isteri sebegini.
Jadi
awas dengan penampilan anda. Namun sebaliknya pula bagi isteri. Isteri
tidak memandang ke arah rupa paras suaminya selepas berkahwin. Cukup
sekadar merapi rambut dengan cantik dan berpakaian kemas, isteri akan
terus setia menyayangi suaminya meskipun si suami semakin bulat.
Selalunya
suami akan terus mengimpikan isteri cantik dan menarik sepanjang usia
perkahwinannya tetapi isteri hanya sekadar mengimpikan suami yang
bertanggungjawab dan penyayang. Rupa paras suami seperti boroi, botak
dan bau badan bukan lagi ukuran buat mereka sepanjang tempoh
perkahwinan.
Walaupun dengarnya seperti tidak adil atau berat
sebelah, namun itulah budaya yang sudahpun diterima sejak dulu lagi.
Percaya atau tidak, ada juga sebuah blog yang menyenaraikan satu laporan
kajian yang menyebut hampir 77% wanita berkahwin memakai susuk pada
zaman dulu untuk memastikan suami mereka akan terus setia.
Lihat
saja potongan pinggang mereka yang digelar pinggang kerengga, buah dada
yang terletak cantik dipadankan dengan kebaya ketat, punggung padat dan
bersanggul tinggi. Itulah kekuatan seorang perempuan.
Berisiko hidap diabetes dan jantungPerut
kempis dan kemas bukan saja menambah keyakinan diri seorang lelaki,
malah yang lebih penting ia mencerminkan kesihatan pemilik tubuh itu.
Maka tidak hairanlah ramai dalam kalangan lelaki berusaha untuk
mengekalkan perut menarik dengan susuk gaya menggiurkan.
Terdapat
kajian membuktikan lelaki yang memiliki tumpuan lemak di kawasan perut
atau disebut juga memiliki bentuk tubuh seperti buah epal, lebih
berisiko terkena penyakit diabetes, angin ahmar dan jantung.
Sebelum
mentafsir kegemukan dan kaitannya dengan beberapa penyakit berbahaya,
seharusnya lelaki mengambil inisiatif dengan melakukan ujian BMI (indeks
jisim tubuh). Ini bagi menentukan tahap kegemukan badan seseorang.
Ada
kaitannya dengan penyakit jantung pula? Perut buncit dikatakan
berkaitan dengan penyakit jantung tapi bukanlah secara langsung. Jika
dikatakan kegemukan tubuh keseluruhan, ia secara langsung berkaitan
dengan penyakit jantung.
Sindrom itu dinamakan sindrom metabolik.
Antara penyakit lain berisiko secara tidak langsung ialah darah tinggi,
pradiabetes dan kolesterol tinggi. Semua ini ada berkaitan dengan
jantung. Contohnya jika seseorang itu menghidap darah tinggi, individu
itu boleh terkena serangan jantung dan diabetes.
Faktor utama
buncit disebabkan pemakanan yang tidak seimbang dan kurangnya bersenam.
Kedua-dua ini menyebabkan lelaki berisiko tinggi menghidap kencing manis
dan masalah kolesterol.
Justeru, jangan hanya menggaru kepala
atau terdetik bimbang dalam hati. Kepada lelaki boroi atau hampir ke
tahap obesiti, ubah gaya hidup anda.
Ubah gaya hidupSecara
umumnya, seorang lelaki itu harus kurangkan makanan bergoreng dan
berkolesterol tinggi. Kurangkan pemakanan berunsur karbohidrat seperti
nasi putih, roti putih, kentang, kuih-muih serta kurangkan pemakanan
berkalori tinggi seperti berlemak atau berminyak.
Disyorkan
mengambil lebih sayur-sayuran dan buah-buahan seperti epal, betik dan
limau namun tidak digalakkan ialah tembikai, mangga serta durian.
Lelaki
juga digalakkan memakan lebih protein daging putih seperti ikan dan
ayam (bukan bergoreng) serta kurangkan mengambil daging merah. Jangan
mengamalkan pengambilan minuman yang bergas kerana ia mengandungi gula
yang tinggi.
Gaya hidup pula mesti berubah dengan melakukan
senaman 30 minit sehari sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Senaman
yang disyorkan adalah berjalan secara cepat. Sekiranya seseorang lelaki
itu disahkan menghidap penyakit diabetes atau jantung, mereka masih
boleh melakukan senaman dan mengamalkan corak pemakanan lebih sihat,
cuma sebagai tambahan, mereka perlu mengambil ubat-ubatan tertentu untuk
mengawal penyakit mereka.
Apabila seorang lelaki semakin
meningkat usia, hormon testeron semakin berkurangan. Oleh itu mereka
lebih cenderung untuk gemuk terutama di bahagian pinggang.
Kesimpulannya,
orang buncit sebenarnya meninggikan risiko mendapat penyakit diabetes
jika ia tidak dikawal melalui pemakanan dan senaman.
Tapi berita
baiknya, sempena bulan puasa ini, dapatlah kita sama-sama berdiet dengan
sihat. Mana tahu selepas raya nanti, perut kurang sikit menggunung dan
lebih elok kalau dapat bentuk yang jauh lebih menarik.
Sumber : hmetro.com.my