Tukang kebun bernama David Latimer, 
berjaya mencipta percubaan yang sangat menakjubkan. Ia membuat taman 
kecil yang diletakkan di dalam botol, selepas 40 tahun ternyata taman 
itu tumbuh subur walaupun tidak pernah disiram.
David, ingin menguji sebuah teori di 
mana sebuah tumbuhan dapat bertahan di persekitaran tanpa diberi air. Ia
 menaruh empat bibit tanaman di dalam botol itu. Tiga daripada empat 
bibit itu telah mati, namun bibit dari tanaman yang biasa disebut 
Spiderworts atau Tradescantia ini terus tumbuh walaupun tanaman ini 
tidak dirawat.
“Saya memulakan menananmnya pada tahun 
1960. Saya punya idea ini kerana ingin melihat apakah tanaman boleh 
bertahan dalam persekitaran yang terpencil,” ungkap David. Demikian 
dikutip dari Mirror, Jumaat (25/1/2013).
“Ini adalah sebuah percubaan untuk 
melihat berapa lama tanaman-tanaman itu akan berlangsung. Tanaman 
Tradescantia terus tumbuh hingga memenuhi botol. Padahal saya hanya 
menyiram dua kali pada awal 1970, “tambah pesara jurutera elektrik ini.
Untuk bertahan hidup, tanaman itu 
menyerap tenaga suria dari sinar matahari, dan air yang dihasilkan dari 
kelembapan karbon dioksida dan nutrisi dihasilkan dari daun-daun yang 
telah membusuk. Proses ini juga boleh menghasilkan oksigen.
* Sumber asal okezone.com
Sumber 

 
 
 
 Posts
Posts
 
 
 
 


Comments :
0 comments to “Menarik! Taman Terbiar 40 Tahun Dalam Botol, Subur”
Post a Comment