Anda Harus Tahu, Rumpai Laut Tiada 
Kolagen, ha nah.. ambik kau.. Sibuk sibuk duk beli rumpai laut rupa 
rupanya takde kolagen. Boleh tahan mahal la jugak rumpai laut ni. 
RM20/100 gram. Then kalau jual yang dah rebus Rm10 satu bekas kecik / 
bekas dadih. Erm.. padahal kalau beli yang raw then rebus sendiri boleh 
dapat dalam 8 bekas kecik.. AMboi.. untung benor..
Memang kerajaan ada fokus untuk 
meningkatkan jualan hasil rumpai laut. tapi mungkin di salah guna dengan
 penyebaran kurang bernas dari beberapa pihak… Jom baca artikal rumpai 
laut tiada kolagen.
Anda Harus Tahu, Rumpai Laut Tiada Kolagen
Anda Harus Tahu, Rumpai Laut Tiada Kolagen
Apa yang anda akan baca di bawah ini 
mungkin akan mengejutkan. Malah mungkin ada yang tidak mahu menerima 
kenyataan. Realiti kadangkala sememangnya pahit untuk ditelan. Tetapi 
inilah pendirian TSM sejak dari dulu lagi. Meskipun kami menerima 
bantahan dan kecaman dari pelbagai pihak, kami tetap degan pendirian 
kami. Kebenaran tetap akan kami dedahkan. Contohnya dalam isu rokok, 
detox rendam kaki, gelang magnet, rokok elektronik dan sebagainya. 
Sesungguhnya kebenaran itu berada pada kedudukannya yang tersendiri dan 
tidak akan mampu digugat oleh apa-apapun. Dalam membongkar kebenaran, 
kami tidak akan menyebelahi kepentingan mana-mana pihak. Baik atau 
buruk, ia perlu didedahkan agar semua orang tahu.
Kolagen adalah sejenis protein. Terdapat
 lebih 25 jenis kolagen yang terhasil secara semulajadi di dalam tubuh 
manusia. Ia membentuk 30% dari jumlah protein dalam tubuh manusia. Tidak
 dinafikan ia sangat penting untuk tubuh. Ia berfungsi seperti gam 
pelekat yang melekatkan seluruh bahagian tubuh kita. Seringkali kolagen 
dikaitkan dengan kesihatan kulit. Ia membantu melambatkan proses 
penuaan. Bukan membuatkan kulit yang berkedut kembali tegang. Kenyataan 
ini sepatutnya diambil perhatian.
Bagaimanapun, apabila usia semakin 
meningkat, degradasi kolagen akan berlaku dan akhirnya menimbulkan 
kedutan. Oleh sebab itu, ramai pakar kesihatan kulit menasihatkan supaya
 mengambil langkah untuk merangsang pengeluaran kolagen. Ia dapat 
memperlahankan proses kedutan. Salah satu caranya ialah mengambil 
makanan yang tinggi khasiat menghasilkan kolagen di dalam tubuh. Itu 
tidak bermakna makanan itu ‘mengandungi’ kolagen.
Rumpai laut yang mendapat sambutan 
hangat di pasaran hari ini ialah jenis agar yang diekstrak dari spesis 
Eucheuma Gelidium. Ia sebenarnya sudah lama digunakan dalam masakan 
terutama untuk membuat kueh agar-agar.
Hari ini, disebabkan penyebaran kononnya
 ia mengandungi kolagen, ia semakin mendesak orang ramai untuk mendapatkannya malah harganya kini meningkat.
Ia mendapat sambutan di kalangan mereka 
yang inginkan kulit kelihatan cantik dan licin terutamanya golongan 
wanita. Seperti biasa masyarakat mudah tertipu dengan apa saja iklan 
menggunakan teori saintifik yang cuba mengelirukan pengguna. Pencarian 
TSM tidak menemui apa-apa maklumat tentang kandungan “kolagen” di dalam 
rumpai laut. Setakat ini tiada kajian saintifik yang mendapati rumpai 
laut mengandungi kolagen. Malah zat-zat yang membantu menghasilkan 
kolagen yang banyak boleh ditemui dalam vitamin C seperti buah-buahan 
citrus, bukan dalam rumpai laut. Buah-buahan itu sendiri tidak 
mengandungi kolagen. Agak pelik bagaimana mereka boleh mendakwa rumpai 
laut adalah sumber kolagen terbaik?
Kolagen tidak hadir begitu saja. Dakwaan
 yang mengatakan adanya ‘kolagen mentah’ dalam rumpai laut adalah salah.
 Apatah lagi yang mendakwa ‘ibu kolagen’. Tiada kolagen yang didapati 
dalam bentuk mentah. Orang Jepun yang mula-mula menemui makanan rumpai 
laut hanya menjadikan ia sebagai sayur-sayuran dan salad dalam hidangan 
mereka. Jepun tidak memiliki tanah yang luas untuk penanaman, maka 
mereka beralih kepada sumber lautan.
Iklan-iklan di laman-laman web penjual 
rumpai laut yang membezakan gambar pengguna sebelum dan selepas jelas 
menunjukkan dua situasi yang berbeza. Gambar ‘SEBELUM’ diambil dengan 
‘cameraphone’ dalam keadaan kurang cahaya (underexposure) menyebabkan 
wajah kelihatan gelap dan kusam manakala gambar ‘SELEPAS’ pula diambil 
dalam keadaan cahaya terang (overexposure) menjadikan wajah kelihatan 
cerah ‘berseri’. Ia tidak memerlukan manipulasi digital menggunakan 
perisian Adobe Photoshop, hanya olahan cahaya sekitar. Ini jelas suatu 
bentuk penipuan. Bagi TSM dan mereka yang tahu teknik dalam fotografi, 
ia tentu mudah untuk dijelaskan.
Penghasilan Produk
Rumpai laut digunakan untuk menghasilkan
 tiga hydrocolloids iaitu agar, alginat dan carrageenan. Hydrocolloids 
ialah bahan yang larut dalam air untuk memberikan kelikatan, membentuk 
gel, untuk menstabilkan produk seperti ais krim (ia menghalang 
pembentukan kristal supaya ais boleh kekalkan tekstur licin).
Produk kosmetik seperti krim dan losyen 
kadang-kadang melabelkan kandungan “ekstrak marin”, “ekstrak alga”, 
“ekstrak rumpai laut” malah ada yang lebih berani melabelkannya sebagai 
“marine collagen”. Ini mungkin menunjukkan ia mengandungi salah satu 
hydrocolloids yang diekstrak dari rumpai laut. Alginat dan carrageenan 
boleh meningkatkan sifat-sifat pengekalan lembapan pada kulit. Yang 
jelas, ia tidak boleh membuatkan wajah anda kembali remaja setelah kulit
 anda berkedut. Malah kajian terhadap beberapa spesies rumpai laut kelp,
 wakame dan nori mendapati ia baik untuk merawat kanser dan thyroid, 
bukan untuk awet muda.
Hari ini, sudah ada pengusaha produk 
minuman mendakwa minuman mereka mengandungi kolagen…inilah salah satu 
perkara yang paling melucukan yang pernah di dengar di abad ini. Ia juga
 mungkin penipuan terbesar abad ini. Pihak berkuasa sepatutnya lebih 
tegas dalam menguatkuasakan akta pelabelan produk makanan dan minuman.
Jika anda ingin terus menggunakannya, 
anda boleh teruskan. Sekurang-kurangnya kulit anda sentiasa kekal lembap
 dan anda dapat khasiat seperti makan sayur-sayuran. Cuma anda 
membelanjakan wang yang lebih untuk mendapatkan khasiat sayur-sayuran 
sedangkan orang lain hanya membelanjakan beberapa ringgit untuk membeli 
sayuran di pasar.
Dari Mana Untuk Dapatkan Kolagen
Kolagen tidak boleh didapati begitu 
saja. Anda tidak boleh mendakwa anda mendapat kolagen dengan memakan 
‘kolagen’. Ia tidak semudah itu. Jika ada orang mendakwa sedemikian, dia
 mungkin berjenaka atau dia tidak pernah belajar ilmu biologi.
Dakwaan tentang kolagen mentah, kolagen 
asli atau ibu kolagen dari rumpai laut sebenarnya tidak berasas. Ia 
sesuatu yang diada-adakan.Orang yang tidak tahu apa-apa tentu mudah 
diperdaya. Tambahan pula terdapatnya iklan syarikat TM menunjukkan 
seorang pengusaha rumpai laut yang berjaya di TV. Ia mungkin sedikit 
sebanyak telah mempengaruhi pemikiran pengguna bahawa “rumpai laut suatu
 produk yang bagus dan mendapat sambutan luarbiasa sehingga ke luar 
negara.”
Sebenarnya tiada apa yang ajaib tentang 
rumpai laut. Walaupun ia mengandungi nutrien dan faedah kesihatan, 
terdapat banyak lagi produk lain dari daratan yang sama atau dapat 
menandingi khasiatnya.
Kolagen dihasilkan dari dalam tubuh 
kita. Ia tidak boleh didapati dari luar. Untuk memastikan tubuh kita 
menghasilkan kolagen, kita perlu mengambil makanan-makanan yang boleh 
membantu penghasilan kolagen secara semulajadi. Makanan yang boleh 
membantu penghasilan kolagen ialah sumber vitamin C seperti buah-buahan 
citrus, sayur-sayuran, tomato, keju, soya, asid amino, ikan dan telur.
Ingat Cantik, ingat vitamin C.
Yang telah menggunakan “kolagen” yang dikatakan ada dalam rumpai laut.. apa kata anda? ada kesan ke? betul ada perubahan pada diri anda?
Yang telah menggunakan “kolagen” yang dikatakan ada dalam rumpai laut.. apa kata anda? ada kesan ke? betul ada perubahan pada diri anda?
Rumpai laut untuk luaran sahaja.. Tapi 
lebih baik la daripada pakai produk yang ada chemical tinggi.. so untuk 
kulit mulus, licin, elok la makan rumpai laut..


 
 
 
 Posts
Posts
 
 
 
 


Comments :
0 comments to “Anda Harus Tahu, Rumpai Laut Tiada Kolagen”
Post a Comment