Bagaimana cara menghilangkan bau badan?
 Bau badan ini memeningkan kepala kita yang mengalaminya dan orang 
sekeliling kita. Apabila badan berbau busuk dan kurang menyenangkan 
menyebabkan kita mencari tips untuk menghilangkan bau badan. 
Terdapat banyak tips, petua, kaedah, teknik, panduan dan bagaimana cara 
untuk menghilangkan bau badan atau ketiak yang busuk ini.
Berikut adalah tips, petua, kaedah, 
teknik, panduan, bagaimana cara untuk menghilangkan bau badan yang 
dialami oleh lelaki dan wanita.
Petua Untuk Menghilangkan Bau Badan Yang Busuk
Pilihan 1: Ambil beberapa batang serai 
dan buah limau kasturi, selepas itu rebus sehingga mendidih. Kemudian 
campurkan dengan air mandian. Mandi dengan air tersebut setiap pagi dan 
petang selama seminggu.
Pilihan 2: Ambil sebiji timun muda. 
Kupas kulitnya dan dibasuh dengan bersih. Sapukan mentimun pada bahagian
 badan yang mudah berpeluh. Lakukan berulang kali selama beberapa hari 
setiap kali selepas anda mandi. Lama kelamaan bau badan anda akan 
hilang.
Pilihan 3: Ambil limau purut, limau 
nipis ataupun limau kasturi dan selepas itu dibelah dua. Sebelum mandi, 
sapukan limau ke seluruh badan ataupun pada tempat-tempat berbau seperti
 ketiak. Biarkan 15 minit sebelum dibilas dengan air atau mandi. 
Insyaallah bau badan akan hilang.
Pilihan 4: Minum air rebusan daun sirih 
atau daun nenas muda yang telah dicampurkan dengan garam. Amalkan 
sekurang-kurangnya selama seminggu.
Pilihan 5: Potong pendek batang pokok 
kantan segar dan tumbuk hingga lumat. Rebus kantan yang ditumbuk itu 
hingga mendidih kemudian angkat dan biarkan sejuk. Jadikan air rebusan 
itu sebagai mandian. Gunakan air biasa untuk bilasan yang terakhir.
Pilihan 6: Rebus secekak serai wangi, 
daun jambu, daun lengkuas dan daun pandan. Campurkan air rebusan tadi 
dengan sebaldi air biasa. Amalkan mandian ini 3 kali seminggu.
Pilihan 7: Selepas mandi, gosokkan seketul tawas pada bahagian-bahagian badan tertentu terutamannya di ketiak.
Pilihan 8: Goreng segenggam beras tanpa 
minyak sehingga hangus. Ramas hingga hancur dan bancuh bersama air asam 
jawa. Gosokkan di bahagian yang mudah berpeluh. Biarkan selama 15 minit 
sebelum mandi. Lakukan sekerap mungkin.
Pilihan 9: Campurkan tawas yang telah 
dijadikan serbuk dengan sedikit beras. Gaulkan kedua-duanya dan disapu 
ke seluruh badan yang mudah berpeluh. Lakukan setiap malam sebelum 
tidur.
Pilihan 10: Lumurkan hampas kelapa ke seluruh badan. Biarkan selama 45 minit sebelum dibilas dengan air bersih.
Pilihan 11: Gosokkan hampas teh yang 
telah digunakan pada seluruh badan terutama di ketiak selama 15 minit 
sebelum mandi. Amalkannya 3 kali seminggu.
Berikut adalah 11 tips, panduan, teknik, kaedah, tips, petua dan bagaimana cara untuk menghilangkan bau badan.
Semoga kita berjaya menghilangkan bau badan yang busuk



 
 
 
 Posts
Posts
 
 
 
 


Comments :
0 comments to “11 Cara Menghilangkan Bau Badan”
Post a Comment