Berita Terkini dari MalaysiaKini, Utusan Malaysia, Harian Metro, Berita Harian, Kosmo, Malaysian Insider, Harakah, Bernama, Keadilan Daily, Tonton Drama. Perkongsian cerita dan kisah untuk panduan, pedoman bagi diambil teladan dan sempadan.

 

AWAS! Lindungi Jejak Anda Dalam Internet

Terdapat pelbagai cara untuk menetapkan ciri keselamatan ketika menggunakan internet seperti mengenkrip e-mel, menutup perkongsian fail dan memasang firewall. Kesemua ini boleh mengagalkan sebarang percubaan untuk menyeludup masuk ke maklumat peribadi anda menerusi internet. Biasanya penceroboh melakukannya untuk cuba mendapatkan capaian lain kepada komputer yang dirangkaikan kepada anda. Anda boleh membuang sebarang pelayaran web anda bagi menyusahkan orang lain mengetahui di mana anda pernah pergi dalam internet.

MENARIK! Apa Yang Bayi Fikirkan?

Kadang kala wajah bayi seolah-olah sedang memikirkan sesuatu yang ada di sekelilingnya. Sebenarnya sejak hari pertama dilahirkan, bayi baru anda sudah berfikir, menterjemah dan belajar tentang dunia sekelilingnya.

10 Tip Penting Membeli Notebook

Notebook kini sama pentingnya dengan komputer PC atau lebih dikenali dengan desktop. Ini adalah kerana notebook lebih ringan dan mudah dibawa kemana sahaja. Pada masa ini notebook bukan sahaja digunakan oleh golongan professional malah para pelajar turut menggunakannya kerana ia lebih selesa untuk digunakan terutamanya dalam kerja-kerja atau tugasan berkumpulan dan juga untuk membuat persembahan (presentation).

SERAM! Penemuan Bahaya Arak

Arak ialah alkohol dalam bentuk  “ethyl alcohol “ dan sejenis dadah yang bertindak ke atas otak manusia dan seringkali menyebabkan ketagihan. Ia biasanya dihasilkan oleh sel-sel ragi atau “yeast cells”  yang bertindak ke atas karbohidrat yang terdapat di dalam buah-buahan dan biji-bijian.

Cara Pujuk Anak Berpuasa

Mendidik dan memujuk anak-anak berpuasa pada usia muda memerlukan kebijaksanaan ibu bapa. Namun, ia perlu juga mengikut faktor umur dan kesihatan anak-anak tersebut.

Cara Penjagaan Sistem Brek.

 
1. Setiap sebulan sekali, periksa paras minyak brek kereta anda (botol minyak depan vacum pam). Pastikan minyak berada diparas antara minimum dan maksimum. JANGAN SEKALI-KALI MEMANDU SEKIRANYA PARAS MINYAK BREK BERADA DI BAWAH PARAS MINIMUM.

Apa maksud WIFI

Wi-Fi merupakan singkatan bagi Wireless Fidelity dimana istilah ini telah diberikan secara rasmi oleh WECA(Wireless Ethernet Compatibility Alliance).

Apa Itu ‘Telefon Bimbit’ Ori Set, AP Set & Underwater Set?

Terdapat tiga jenis henfon, bukan tiga jenama henfon, tapi tiga jenis bentuk edaran henfon iaitu:
  • Original Authorised Set
  • AP Set (Diimport secara sah)
  • Underwater Set (Henfon seludup)
Original Authorised Set (ORI)

PERKARA-PERKARA YANG BOLEH DILAKUKAN UNTUK MENJAGA ALAM SEKITAR

? Menggunakan sumber alam secara berhemah terutamanya penggunaan air dan elektrik. Sebagai contoh, air mandian dan basuhan boleh dikitar semula untuk menyiram pokok. Lampu dan peralatan elektrik lain perlu ditutup jika tidak digunakan

Memeriksa Punca Stereng Kereta Berat

Ada ketikanya pemandu tidak berasa selesa apabila stereng menjadi semakin ketat dan berat. Anda perlu menggunakan lebih tenaga untuk memutar stereng dan keadaan ini menyusahkan terutamanya ketika meletak kenderaan dan apabila perlu banyak membelok.

Antara sebab keadaan ini berlaku termasuk tekanan tayar depan yang terlalu rendah, penjajaran (alignment) tayar depan yang kurang tepat, kekurangan atau kerosakan minyak pelincir di dalam kotak gear stereng, kekurangan gris pada sambungan rod stereng atau pengalas tayar depan dan penyelarasan yang kurang sempurna pada peralatan pengemudian.

Apabila berhadapan dengan keadaan sebegini, mula-mula periksalah tekanan tayar hadapan dan pelinciran sambungan rod stereng. Agar pemeriksaan dapat dilakukan dengan mudah, tongkatlah kenderaan hingga kedua-dua roda depan tergantung. Kemudian periksalah adakah sambungan dan skru sistem pengemudian cukup ketat.
-->
Antara bahagian yang harus diutamakan pemeriksaannya termasuk kotak gear stereng, sambungan bebola atau gantungan depan termasuk hujung dan pangkal rod pengikat. Untuk mengetahui kerosakannya, putarlah stereng ke kiri dan ke kanan. Selepas itu putarlah stereng ke kanan penuh, kemudian gerakkan stereng sedikit ke kiri dan ke kanan.

Sistem pengemudian mempunyai peranan yang sangat penting, maka waspadalah terhadap pelbagai kelainan yang wujud. Dalam keadaan lain pula, ketika memandu kenderaan di atas jalan yang datar, stereng terasa cenderung untuk berputar ke sesuatu arah. Jadi, stereng terpaksa dipegang dengan kuat untuk mengelakkannya terus berputar ke satu arah.

Keadaan ini biasanya terjadi disebabkan tekanan tayar kiri dan kanan yang tidak sama, diameter rim kiri dan kanan yang tidak sama, penyelarasan penjajaran roda depan kurang tepat, pegas (spring) gantungan depan yang sudah lemah, patah atau kurang baik pemasangannya, penggalas roda depan sudah rosak atau kurang baik penyelarasannya dan brek dari salah satu roda depan atau belakang bergesel.

Apabila berhadapan dengan keadaan ini, pertama pastikan bahawa beban kenderaan cukup seimbang. Kemudian periksalah sama ada kedua-dua tayar depan dan belakang sama tekanannya. Jika tidak, samakan. Pandu kenderaan perlahan-lahan di atas jalan datar. Luruskan arah kenderaan, rasa dan perhatikan bagaimana kenderaan berjalan. Apabila kenderaan masih cenderung untuk membelok ke satu arah, hentikan kenderaan dan lakukan pemeriksaan seterusnya.

Diameter luar rim kiri dan kanan (untuk roda depan dan belakang) harus sama. Kemudian periksa adakah salah satu pegas depan sudah lemah atau patah. Selain itu, ada kemungkinan juga penyelarasan brek kurang baik atau hanya sebelah yang berfungsi.

Kerosakan pada sistem kemudi boleh menjejaskan sistem keselamatan. Oleh itu, penjagaan aspek penjajaran roda depan tidak boleh dipandang ringan.

Sumber Maklumat: http://www.kereta2u.blogdrive.com/archive/1.html

19 Amalan Lestari semasa Membeli Belah

  1. Beli makanan segar. Makanan sejuk beku menggunakan 10 kali ganda tenaga untuk dihasilkan.
  2. Beli sayur-sayuran dan buah-buahan dari ladang organik (menggunakan baja organik/ kompos tanpa racun makhluk perosak).
  3. Beli produk keluaran tempatan (Buatan Malaysia). Ia menjimatkan bahan api dan mengurangkan pelepasan karbon dioksida yang keluar semasa proses penghantaran.
  4. Beralih ke barangan yang boleh digunakan semula. Ini mengurangkan barang buangan dan menjimatkan sumber tenaga. Lampin pakai buang adalah bahan yang tidak boleh lupus dengan sempurna.
  5. Jangan beli barang-barang yang diperbuat daripada haiwan atau tumbuhan terancam bagi mengelakkan biodiversiti yang menjamin keseimbangan alam sekitar.
-->
  • Bawa bekas mengisi makanan sendiri apabila membeli makanan untuk dibawa pulang. Ini akan mengurangkan penggunaan bekas ‘styrofoam’ yang tidak boleh lupus.
  • Rancang pembelian untuk mengelakkan  daripada membeli barangan yang tidak perlu. Cara ini juga akan membantu para pengguna untuk berjimat.
  • Rancang tempat untuk membeli belah bagi menjimatkan bahan api dan masa. Belilah barang keperluan dengan sekali pergi sahaja. Sebaik-baiknya kurangkan memandu bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas atau berjalanlah untuk mengurang pencemaran udara.
  • Bertukarlah kepada petrol tanpa plumbum. Ia mengurangkan pelepasan plumbum ke atmosfera.
  • Pilih peralatan bebas klorofluorokarbon (CFC) serta mesra alam yang menjimatkan tenaga. CFC boleh memusnahkan lapisan ozon dan menyebabkan pemanasan global.
  • Sewa/ pinjam barang yang jarang digunakan. Menyewa lebih menjimatkan ruang penyimpanan barang dan wang.
  • -->
  • Beli barangan terpakai seperti buku, perabot, peralatan memasak dan lain-lain. Ia merupakan salah satu amalan penggunaan.
  • Bawa beg sendiri untuk membeli belah. Beg plastik tidak boleh dilupuskan dan mengambil masa antara 150 sehingga 500 tahun untuk diuraikan.
  • Gunakan bateri yang dicas semula dan tanpa cadmium untuk semua peralatan elektronik yang memerlukan bateri.
  • Pilih barang yang kurang menggunakan bungkusan bagi mengurangkan sisa pepejal. Membeli barangan secara pukal dan yang boleh diisi semula kandungannya lebih murah dan menjimatkan pembungkusan.
  • Fikir dahulu sebelum membeli. Beli apa yang anda perlu dan bukan yang anda mahu.
  • Lakukan pembelian secara atas talian (online) untuk mengurangkan kos pengangkutan. Berhati-hati semasa melakukan pembelian secara atas talian dan elakkan diri anda dari ditipu.
  • Beli barangan yang diperbuat daripada kertas atau bahan kitar semula.
  • Apabila hendak menukar atau membeli barangan elektrik yang baru, pilihlah model berlabel ‘Energy  Star’ yang menjimatkan tenaga serta wang.
    Sumber : Berita Harian
  • 30 Cara Menjimatkan Air Di Dalam Dan Di Sekitar Rumah


    Tandas
    • Gunakan tandas yang mempunyai keupayaan curahan yang rendah (contohnya memlih sistem curahan yang berkeupayaan sebanyak 6 liter atau kurang) atau letakkan sebotol air ke dalam tangki curahan untuk mengurangkan air yang dicurah.
    • Kurangkan kekerapan curahan dalam sehari.
    • Sentiasa  melakukan pemeriksaan untuk mengenal pasti sebarang kebocoran.
    • Masukkan pewarna ke dalam tangki curahan dan memeriksa sekiranya terdapat air bewarna yang meleleh keluar ketika dan selepas curahan.
    Bilik Mandi
    • Kurangkan masa mandian dan gunakan pancuran mandian bertekanan rendah.
    • Letakkan sebuah baldi berhampiran dengan pancuran ketika mandi untuk mengumpul air yang berlebihan. Air ini boleh digunakan untuk mencurah tandas atau menyiram taman.
    • Tutup pancuran mandian ketika bersabun.
    • Sinki
    • Jangan biarkan air mengalir ketika mencuci muka, menggosok gigi atau bercukur. Cara terbaik ialah menggunakan air di dalam bekas.
    • Baiki sebarang paip yang bocor atau yang sentiasa menitiskan air.
    -->
    Taman
    • Siram taman dan pokok bunga ketika senja atau awal pagi untuk mengelakkan kehilangan air melalui penyejatan akibat daripada kepanasan.
    • Jangan menyiram pokok bunga secara berlebihan dan elakkan penyiraman ketika musim hujan.
    • Ubahsuai pemercik di taman supaya kadar air yang digunakan tidak berlebihan. Jika kawasan taman yang kecil, gunakan baldi atau salur getah.
    • Sentiasa memeriksa dan meugubah suai pemercik mengikut cuaca.
    • Elakkan penggunaan baja yang berlebihan dan gunakan baja nitrogen berasaskan air.
    • Pilih landskap taman yang tidak memerlukan air yang banyak.
    • Pastikan ketinggian rumput di taman lebih kurang 6 sm kerana rumput yang sederhana panjang dapat menyimpan air dengan lebih berkesan.
    • Gunakan penyapu untuk membersihkan kawasan luar rumah dan tepi rumah serta elakkan daripada menjirus air untuk membersihkan sampah sarap.
    • Sebaik mungkin gunakan bekas tadahan bagi menyiram taman.
    Dapur
    • Jangan gunakan air yang mengalir untuk mencuci pinggan dan mangkuk, gunakan air yang ditadahkan di dalam sinki.
    • Pastikan paip ditutup dengan ketat untuk mengelakkan air terus menitis.
    • Simpan sebotol air di dalam peti sejuk atau gunakan ais jika memerlukan air sejuk.
    • Cuci sayur- sayuran, buah- buahan atau makanan di dalam sinki yang berisi air dan elakkan air mengalir.
    • Pastikan mesin basuh penuh muatan cucian kerana setiap cucian akan menggunakan air yang sama walaupun pakaian hanya sedikit sahaja.
    -->
    Garaj
    • Gunakan baldi untuk mencuci kereta dan elakkan pengunaan salur getah.
    • Elakkan tumpahan minyak kerana minyak memerlukan air yang banyak dan sabun untuk membersihkannya.
    Cara-Cara Menjimatkan Air
    • Pastikan anda sentiasa menghadiri perjumpaan dan perbincangan mengenai air di kawasan anda.
    • Sentisa melakukan pemeriksaan terhadap sistem paip dalaman di rumah untuk mengelakkan sebarang kebocoran.
    • Maklumkan sebarang kerosakkan paip kepada pihak berkuasa dengan serta merta.
    • Galakkan aktiviti- aktiviti kesedaran dan penjimatan air di sekolah yang berhampiran kawasan rumah anda.
    • Bekerjasama dengan pihak kerajaan dalam penjimatan dan pemuliharaan air.
    • Gunakan air tadahan hujan untuk kegunaan di garaj, ditaman dan sekiranya boleh untuk curahan tandas simbah.
    Sumber: FOMCA

    Cloud Computing Atau Perkomputeran Awan

    Cloud computing adalah proses di mana Anda menggunakan internet sebagai tempat untuk menyimpan segala data peribadi Anda sama ada dokumen, gambar, klip lagu, rakaman suara mahu pun video. Proses Cloud computing berlaku apabila Anda mengupload data-data milik Anda ke sebuah website kemudian data yang Anda sudah simpan itu dapat diakses dari tempat lain, dari komputer lain, laptop lain, komputer tablet atau dari mana-mana telefon bimbit melalui sambungan internet.

    Apple memandang Cloud Computing sebagai satu proses yang mempunyai masa depannya tersendiri. Keseriusan mereka terserlah, buktinya Apple mencipta aplikasi iCloud untuk membolehkan aktiviti perkomputeran awan dilakukan melalui peranti mereka seperti MacBook, iPhone atau iPad. Perkomputeran awan boleh dijalankan bila-bila masa, dari mana-mana saja, biasanya dengan menggunakan website percuma atau aplikasi web percuma seperti Google Docs.
    -->
    Sebagai contoh, Anda upload gambar-gambar kesukaan Anda melalui laptop MacBook Air anda ke Google Picasa. Setelah itu, Anda keluar ke sebuah restoran untuk berjumpa dengan kawan Anda. Ketika sedang minum-minum dengan dia, Anda mengakses laman web Google Picasa tadi melalui iPhone 4 Anda di mana Anda telah upload semua gambar-gambar kesukaan Anda untuk Anda perlihatkan kepada kawan Anda. Dalam masa yang sama, adik Anda di rumah turut mengakses Google Picasa milik Anda melalui komputer tablet iPad miliknya, kemudian memuatkan naik (upload) beberapa lagi gambar untuk ditambah bagi menyerikan suasana.

    Contoh terbaik untuk memahami cloud computing atau perkomputeran awan adalah seperti 4shared, di mana di dalam website ini beratus ribu pengguna 4shared memuat naik (upload) lagu kesukaan mereka untuk dikongsi bersama pengguna lain yang mereka langsung tidak kenal dan langsung tidak pernah berjumpa, tapi mempunyai minat yang sama iaitu menyukai lagu tersebut. Pengguna lain yang menyukai lagu serupa mengakses laman 4shared, melihat lagu yang diupload, menyukainya lalu mendownload lagu tersebut atau memberikan linknya kepada rakan-rakan lain.
    -->
    Cloud computing semakin banyak digunakan. Syarikat besar juga menggunakan cloud Computing sebagai ruang untuk para pekerja berkongsi data ketika sedang dalam usaha menyiapkan sesuatu tugasan walau tidak bersua muka, tapi berinteraksi dalam masa yang sama. Mereka juga menggunakan Cloud Computing sebagai tempat untuk mem’backup’ data-data penting. Menjimatkan kertas, menjimatkan masa, menjimatkan tenaga. Jimat kos!

    Seperti kemudahan digital lain, Cloud Computing ada risiko tersendiri. Apa saja benda yang menggunakan ‘password’ boleh dipecah masuk. Laman web milik Anda boleh digodam oleh hacker berkemahiran. Mungkin orang lain dapat tahu tentang password Anda, membuka laman web Anda kemudian memadamkan data-data yang tersimpan di situ tanpa Anda ketahui.

    Walau bagaimanapun, risiko-risiko ini boleh dikawal dari semasa ke semasa. Kebaikan Cloud Computing jauh lebih banyak dari keburukannya. Ia banyak memudahkan Anda

    Sumber: iAwani.com

    Panduan Keselamatan Untuk Pengguna Internet

    Petua untuk remaja dan kanak-kanak melayari internet. 
    LOL (Laughing out loud)
    Penggunaan gaya bahasa dan cara penggunaannya akan menimbulkan minat untuk terus melayari. Tetapi gunalah dengan berhemah dan bijak.

    TTYL (talk to you later)
    Jangan hantar atau taip mesej selain daripada mesej yang kami hantarkan. Setuju?

    BTW (by the way)
    Gunakan filtering software kerana perisian ini boleh menghalang kandungan yang tidak berfaedah dan langkah terbaik adalah dengan mengenali rakan bual anda. Ingat jangan sesekali bertukar-tukar maklumat peribadi dan gambar anda di internet.
    -->
    GTG(got to go)
    Abaikan mesej dari orang yang tidak dikenali, bertanyakan kata laluan dan maklumat peribadi, melihat laman web lucah yang muncul secara tiba-tiba dan menerima e-mel lucah (SPAM) seperti peraduan palsu dan e-mel hadiah percuma. Oleh itu anda perlu melayari internet dengan bijak dan sentiasa berwaspada dengan e-mel remeh (SPAM) serta memadamkan mesej tersebut.

    Bertindak Dengan Bijak Jangan Tertipu
    Terdapat pengguna internet yang sentiasa mencari peluang untuk menganiayai orang lain terutama remaja dan kanak-kanak. Kebiasaannya mereka akan menghantar e-mel/mesej (IM) secara rawak dan mengharapkan seseorang akan membalas e-mel/mesej (IM) tersebut. Oleh itu jangan sesekali
    •    Berikan nama, alamat, nombor telefon, nama sekolah atau kata laluan.
    •    Bertemu dengan orang yang  tidak dikenali semasa anda berbual di internet . hiraukan apa yang diperkatakan olehnya
    •    Membuka e-mel dan lampiran daripada orang yang tidak kenali, mempercayai gambar dan mesej yang anda terima daripada orang yang tidak dikenali.
    •    Sembunyikan sesuatu daripada ibu bapa, guru atau penjaga anda jika seseorang atau mesej yang dihantar menjadikan anda berasa tidak selesa.


    Saya hendak memuat turun muzik atau membeli sesuatu secara tetiba  dalam talian. Apa yang perlu saya lakukan?

    •    Memuat turun muzik yang dilindungi hak milik tanpa membayarnya adalah menyalahi undang-undang.
    •    Gunakan laman web yang biasa digunakan oleh rakan anda atau yang biasa dikenali.
    •    Gunakan mekanisme pembayaran dengan selamat.
    •    Gunakan kad kredit, ia biasanya dilindungi daripada penipuan.
    •    Fikir sebelum anda membuka e-mel. Adakah saya mengenali orang ini?
    •    Adakah tajuk ini masuk akal? Jika tidak, jangan buka.
    •    Halakan tetikus pada pautan untuk melihat alamat laman web (URL). Jika URL tersebut berbeza daripada jangkaan anda, jangan klik padanya.
    •    Laporkan spam dan virus kepada MyCERT, ISP, orang dewasa atau polis.
    •    Ingat anda tidak wajib membuka e-mel, jika ia penting dan anda memadamnya , orang tersebut akan menghubungi anda semula.
    -->
    Saya sedang berbual dalam talian dengan seseorang yang tidak dikenali. Apa yang patut saya lakukan?
    •    Sentiasa pastikan maklumat peribadi anda dirahsiakan
    •    Jangan berbual sesuatu yang membuatkan anda beras tidak selesa
    •    Jangan menyamar menjadi orang lain
    •    Sentiasa memberitahu ibu bapa atau guru jika ada yang bertanya mengenai maklumat peribadi anda.

    Saya hendak pastikan nombor telefon mudah ialah saya selamat. Apa yang patut saya lakukan?


    •    Fikir dahulu sebelum menghantar nombor telefon mudah alih kepada rakan bual di dalam talian.
    •    Minta kebenaran daripada rakan-rakan anda sebelum anda menghantar gambar mereka.
    •    Hanya berikan nombor telefon mudah alih anda kepada orang yang anda kenali dan percaya.
    •    Jangan jawab mesej teks daripada orang yang nada tidak kenali.
    •    Abaikan mereka atau lebih baik lagi padamkan sahaja mesej tersebut.


    Seseorang bertanyakan kata laluan saya. Apa yang perlu saya lakukan?
    •    Jangan sesekali-kali berikan kata laluan anda. Jika anda telah berikan tukarkannya dengan segera.
    •    Gunakan gabungan huruf, nombor dan simbol sebagai kata laluan, contohnya $jeF2Bb.
    •    Bank atau laman web TIDAK sekali-kali menghantar dan meminta pengesahan butiran log masuk melalui e-mel atau mesej yang lain.

    Ibu bapa saya tidak mengetahui apa itu internet? Apa yang perlu saya lakukan?
    •    Libatkan mereka, ajar mereka tekniknya
    •    Tunjukkan mereka cara untuk membuka dan menggunakan akaun e-mel dan bagaimana IM berfungsi
    •    Lalukan carian mengenai hobi mereka, tunjukkan mereka cara menggunakan Google.

    Sumber: ISC Dengan Kerjasama CyberSecurity Malaysia

    AWAS! Bahana Letak Komputer Riba Atas Peha

    CHICAGO - Pengguna-pengguna yang suka meletakkan komputer riba di atas paha mungkin perlu memikirkan semula tabiat itu kerana ia boleh mengakibatkan sindrom kulit terbakar, menurut sebuah kumpulan penyelidik dari Switzerland dalam satu artikel yang disiarkan oleh jurnal Pediatrics semalam.
    Sindrom itu menyebabkan warna kulit tidak sekata dan berbintik-bintik ekoran terdedah pada bahang panas dalam tempoh yang lama.

    Dalam satu kes terbaru, seorang budak lelaki berusia 12 tahun mengalami simptom tersebut di paha kiri selepas dia bermain permainan video beberapa jam sehari dalam tempoh beberapa bulan.
    -->
    Kes lain turut melibatkan seorang pelajar jurusan undang-undang dari Virginia, Amerika Syarikat (AS) yang terpaksa mendapatkan rawatan setelah kakinya mengalami masalah sama.

    Dr. Kimberley Salkey yang merawat pelajar tersebut terkejut apabila mengetahui dia menyiapkan tugasan dengan menggunakan komputer riba yang diletakkan di atas pahanya selama enam jam sehari.
    Suhu di bahagian bawah komputer itu boleh mencecah 52 darjah Celsius.

    Ia merupakan salah satu daripada sepuluh kes berkaitan komputer riba yang dilaporkan dalam jurnal-jurnal perubatan sejak 2007.
    -->
    Walaupun secara umumnya tidak berbahaya, ia bagaimanapun boleh mengakibatkan kulit menjadi gelap secara kekal.

    Menurut Dr. Andreas Arnold dan Peter Itin dari Hospital Universiti Basel, kerosakan kulit itu boleh menyebabkan kanser kulit.

    Sebelum ini, sindrom itu berlaku dalam kalangan pekerja yang terpaksa berada dekat dengan haba panas seperti pembuat roti dan peniup kaca.
    - AP, 5 Julai 2012

    Tips Penjagaan Kereta : Punca Penggunaan Minyak Petrol Bertambah

    Sebelum ini anda mengisi RM30 untuk mengisi petrol kereta anda dan boleh bergerak hingga 200 kilometer. Kini dengan jumlah yang sama kereta anda cuma dapat bertahan 150 kilometer saja. Ada yang mengatakan kereta anda sudah kuat makan petrol.
    -->
    Penggunaan petrol yang bertambah disebabkan beberapa faktor seperti kebocoran, permukaan bahan api dalam ruang pelampung karburetor terlalu tinggi, penapis udara tersumbat atau pelarasan skru pada karburetor kurang tepat.

    Selain itu, ia mungkin berpunca daripada saat penyalaan kurang tepat, plag haus, suis pemutus arus terbakar, mampatan tidak cukup, injap yang tidak berfungsi, ekzos tersumbat, masalah pada cekam atau brek bergesel.
    Bagi mengetahui puncanya, pertama, pemilik perlu memeriksa dengan melihat pada tempat meletak kenderaan.

    Jika ada bekas titisan minyak atau terhidu bau petrol di kawasan itu, bermakna kenderaan mungkin mengalami kebocoran dan ia perlu dihantar ke bengkel untuk dibaiki. Bagaimanapun, jika kebocoran berlaku pada sambungan paip petrol, ketatkan sambungan yang longgar menggunakan spanar dan jika masih bocor, buka skru berkenaan dan lilitkan benang vinil dan ketatkan sambungan itu kembali.

    Sebenarnya ada beberapa tip dan cara yang paling minimum untuk menjimatkan penggunaan bahan api sekali gus menjimatkan perbelanjaan harian anda. Sehubungan itu, adalah penting bagi anda memerhatikan kadar penggunaan petrol bukan sekadar harganya tinggi tetapi penggunaan bahan itu secara berlebihan menandakan enjin kereta anda mengalami kerosakan.

    Jika anda mendapati penggunaan petrol pada kenderaan secara berlebihan, periksa puncanya sebelum membeli sebarang alat bantuan mengurangkan penggunaan petrol yang banyak di pasaran. Ini kerana pembelian alat berkenaan mungkin tidak memberi kesan sepatutnya jika keadaan enjin kereta anda mengalami masalah hingga menyebabkan penggunaan petrol bertambah. Umumnya cara terbaik mengekalkan tahap penggunaan petrol ialah dengan melakukan pelarasan enjin.
    -->
    Selain itu, perkara penting yang perlu diketahui pengguna ialah sikap dan cara pemanduan kerana ia banyak mempengaruhi penggunaan petrol kereta. Antaranya, menggunakan gear dua atau tiga terlalu lama sebelum menukar ke gear seterusnya, tabiat menekan pedal minyak terlalu kuat ketika pemanduan mendatar atau menuruni bukit boleh menyebabkan penggunaan petrol yang berlebihan. Sehubungan itu, apabila anda melakukan pelarasan enjin, ia membantu mengurangkan penggunaan petrol sehingga 15 peratus di samping teknik memandu yang salah juga menjadi punca penggunaan petrol melebihi 20 peratus atau lebih.

    Di samping itu, anda juga perlu mengetahui apabila membawa bebanan yang lebih daripada kadar yang sesuai juga menyebabkan kadar penggunaan petrol melebihi dari tahap biasa.

    Oleh itu, anda perlu perhatikan dalam but kereta anda, mungkin ada banyak barang yang tidak sepatutnya berada dalam but tetapi dibawa ke sana ke mari. Ia pasti menambah beban enjin.
    Anda harus membawa barang yang perlu saja seperti alat membaiki kereta dan alat yang dapat membantu ketika kecemasan.

    Karier (alat membawa barang atas bumbung kereta) juga boleh menambah penggunaan petrol pada kadar lima peratus. Karier menghalang udara berlepas ke belakang dengan sempurna ketika kereta memecut.

    Enjin dalam keadaan panas normal juga boleh membantu meningkatkan perbatuan dan prestasi kereta anda. Biarkan enjin panas sebelum memulakan perjalanan dan jangan sekali-kali memulakan perjalanan tanpa terlebih dulu merancang jalan mana untuk ke destinasi.

    Sumber : penerangan.gov.my

    Tips Penjagaan Kereta :Tayar Haus Antara Punca Kenderaan Bergetar


    Ada ketikanya pemandu kereta tidak selesa apabila stereng yang dipegang bergetar dan tidak stabil kerana berat ke sebelah kiri atau kanan. Lebih merisaukan apabila seluruh badan kereta ikut bergetar.

    Taman al-Quran di Al Khawaneej

    Dubai: Dubai akan memiliki sebuah taman dengan tanaman dan pokok yang disebut dalam kitab suci al-Quran.
    Jabatan Projek Am Majlis Perbandaran Dubai mengumumkan rancangan untuk membina Taman al-Quran di Al Khawaneej.

    Petua Hilangkan Sakit Kepala

    Pernah sakit kepala? Bahagian atas dan belakang kepala terasa berdenyut-denyut, pening-pening lalat secara tiba-tiba? Bila sakit kepala yang menyerang menyebabkan satu kerja pun kita tidak boleh nak buat. Di sini kami kongsikan beberapa petua dan cara untuk menghilangkan sakit kepala.

    Minum Air Kosong/ Air limau purut/ Teh
    Kemungkinan badan anda dahaga (dehidrasi). Jadi kembalikan keperluan cecair badan dengan minuman terbaik, air kosong atau jika mahu sedap, air limau purut atau teh. Minum dua atau tiga gelas air kosong seteguk-seteguk, rehat.

    pereka fesyen terkemuka dari Itali dipenjara 20 bulan

    Milan: Pasangan pereka fesyen terkemuka dari Itali, Domenico Dolce dan Stefano Gabbana, dihukum penjara 20 bulan selepas mahkamah mendapati mereka bersalah mengelak cukai sebanyak £350 juta (RM1.7 bilion).
    Pengasas jenama Dolce & Gabbana itu didakwa gagal mengisytiharkan royalti mereka sebanyak £860 juta (hampir RM4.3 bilion).

    Petua Hilangkan Sakit Perut

    Sakit perut sebenarnya disebabkan oleh banyak faktor dan perut sebenarnya tempat berkumpulnya penyakit jika kita makan secara tidak betul. Beberapa petua yang boleh menghilangkan sakit perut.

    1) Daun jambu batu muda

    Untuk budak-budak :

    Ambil beberapa helai daun jambu batu yang muda iaitu pucuknya. Bersihkan kemudian masukkan kedalam mesin pengisar dan kisarkan untuk mendapatkan jusnya. Tapiskan dan campurkan dengan sedikit gula dan bolehlah di minum airnya.

    Pelik ! Ikan Suka Menyusu

    Biasanya bayi yang suka menyusu kerana secara semula jadi itulah sifat mereka kerana kaedah pemakanan itu adalah yang terbaik untuk pembesaran selepas dilahirkan.

    Tetapi, jangan terkejut dalam alaf baru ini, ikan pun teringin menyusu, mungkin mengikut jejak manusia atau seronok melakukan perbuatan itu.

    Untuk Lelaki : Petua Pantang Larang Untuk Kesihatan Tenaga Batin

    Segala apa yang dilakukan mempunyai kesan samada sertamerta atau berjangka panjang. Pelbagai petua pantang larang telah diajarkan oleh orang-orang tua Melayu bagi menjaga kesihatan tenaga batin. Ia bukan bertujuan mengharamkan yang halal tetapi berupa nasihat hasil dari pengalaman orang-orang terdahulu.

    Karavan bersalut emas

    Dubai: Di negara yang terkenal dengan kemewahan rakyatnya berbelanja, rumah bergerak atau karavan bukanlah sesuatu yang diminati.
    Bagaimanapun, penduduk Dubai mungkin perlu berfikir lebih daripada sekali apabila melihat sebuah kenderaan yang boleh dijadikan rumah bergerak ini.

    Kenderaan sepanjang 12 meter ini dilengkapi pelbagai keistimewaan, termasuk kemasan emas pada badannya.
    -->
    Ia dijangka dijual pada harga RM8.4 juta seunit dan bakal menjalar di jalan raya Dubai tidak lama lagi. Pengeluarnya, Marchi Mobile, mengesahkan kenderaan dikenali sebagai EleMMent Palazzo itu sedang disiapkan sebelum diperkenalkan di Dubai.
    -->
    Ketua Pengurus Jenama Marchi Mobile, Juliane Rönisch berkata, sejumlah pengguna dari Dubai menunjukkan minat mendapatkan kenderaan syarikat Jerman - Austria itu. “Ketika ini kami mengeluarkan antara lima hingga 10 unit EleMMent Palazzo setahun dan ia dihantar ke seluruh dunia,” katanya. Juliane berkata, kenderaan tempahan khas itu boleh mencecah harga lebih mahal jika kemasannya ditambah dengan emas. Bagi syarikat itu, katanya, model komersial kenderaan itu boleh diperoleh dengan harga minimum RM3.2 juta. “Untuk model lebih mewah, harganya ialah dua juta euro (RM8.4 juta) setiap satu,” katanya. Bagaimanapun, ketika ini model Marchi Mobile itu tidak dipamerkan di Dubai.

    Kata Juliane, mereka juga tidak bercadang membuka cawangan tetap di Emiriah Arab Bersatu atau mana-mana negara Teluk.

    “Tetapi ketetapan itu mungkin boleh berubah,” katanya. Sementara itu, kenyataan syarikat Marchi Mobile menyebut, siri mode EleMMent itu bukan sekadar kenderaan konsep, sebaliknya sedia dihasilkan dalam unit terhad. EleMMent Palazzo boleh dilengkapi pelbagai ciri kemewahan, seperti bumbung terbuka, bumbung telus cahaya dan tangga. - Agensi

    Sumber - Hmetro.com.my

    AWAS! Jika Anda Kuat Kentut

    1. Dari mana asal Kentut?

     Dari gas dalam usus. Gas dalam usus berasal dari udara yang kita telan, gas yang menerobos ke usus dari darah, gas dari reaksi kimia dan gas dari bakteria perut.


    2. Apa komposisi Kentut?
    Berubah-ubah. Makin banyak udara anda telan, makin banyak kadar nitrogen dalam kentut (oksigen dalam udara terabsorbsi oleh tubuh sebelum sampai usus). Adanya bakteria dan reaksi kimia antara asid perut dan cairan usus menghasilkan karbon dioksida. Bakteria juga menghasilkan metana dan hidrogen. Proporsi masing-masing gas tergantung apa yang anda makan, berapa banyak uidara yang tertelan, jenis bakteria dalam usus, berapa lama kita menahan kentut. Makin lama menahan kentut, makin banyak kadar nitrogen dalam kentut kerana gas-gas lain terserap oleh darah melalui dinding usus. Orang yang makannya tergesa-gesa kadar oksigen dalam kentutnya lebih banyak kerana tubuh tidak sempat menyerap oksigen.

    3. Kenapa Kentut berbau busuk?
    Bau kentut kerana kandungan hidrogen sulfida dan merkaptan. Kedua bahan ini mengandung sulfur (belerang). Makin banyak kandungan sulfur dalam makanan anda, makin banyak sulfur dan merkaptan dihasilkan oleh bakteria dalam perut dan makin busuklah kentut anda. Telur dan daging berperanan besar dalam menghasilkan bau busuk kentut. Kacang-kacang berperanan dalam menghasilkan volume kentut dan bukan kebusukannya.


    4. Kenapa Kentut menimbulkan bunyi?
     Oleh kerana adanya vibrasi lubang anus pada saat kentut dihasilkan. Kerasnya bunyi bergantung kelajuan gas. 


    5. Kenapa Kentut yang busuk itu hangat dan tidak bersuara?
    Salah satu sumber kentut adalah bakteria. Fermentasi bakteria dan proses pencernaan menghasilkan panas, dan hasil sampingannya adalah gas busuk. Ukuran gelembung gas lebih kecil, panas dan dengan produk metabolisme bakteria yang berbau busuk. Ini kemudian menjadi kentut, walau hanya kecil volumenya tapi SBD (Silent but Deadly).

    --> 6. Berapa banyak Kentut dihasilkan dalam sehari? 
    Rata-rata setengah liter sehari dalam 14 kali kentut.


    7. Mengapa Kentut keluar melalui lubang dubur?
    Kerana density-nya lebih ringan, mengapa gas tidak melakukan perjalanan ke atas? Tidak demikian. Gerak peristaltik usus mendorong isinya ke arah bawah. Tekanan di sekitar anus lebih rendah. Gerak peristaltik usus menjadikan ruang menjadi bertekanan, sehingga memaksa isi usus termasuk gas-ganya untuk bergerak ke kawasan yang bertekanan lebih rendah, iaitu sekitar anus. Dalam perjalanan ke arah anus, gelembung-gelembung kecil bergabung menjadi gelembung besar. Kalau tidak ada gerak peristaltik, gelembung gas akan menerobos ke atas lagi, tapi tidak terlalu jauh kerana bentuk usus yang rumit dan berbelit-belit.


    8. Berapa lama masa yang diperlukan Kentut untuk melakukan perjalanan ke hidung orang lain?
    Bergantung keadaan udara seperti kelembapan, suhu, kelajuan dan arah angin, berat molekul gas kentut, jarak antara transmitter dengan receiver. begiotu meninggalkan sumbernya, gas kentut menyebar dan konsenstrasinya berkurang. Kalau kentut tidak dikesan dalam beberapa saat bererti ianya mengalami pengcernaan di udara dan hilang ditelan udara selam-lamanya. Kecuali kalau anda kentut di tempat sempit seperti lif atau kereta, konsentrasinya lebih banyak sehingga baunya akan berlegar dalam waktu lama sampai diserap oleh dinding.


    9. Apakah setiap orang Kentut? 
    Sudah pasti, kalau masih hidup. Sesaat setelah matipun orang masih boleh kentut .


    10. Betulkan laki-laki sering kentut lebih daripada perempuan?
    Tidak ada hubungannya dengan gender. Kalau benar, maka perempuan menahan kentutnya dan saat kentut, banyak sekali jumlah yang dikeluarkan.


    11. Saat apa biasanya orang Kentut?
    Pagi hari saat di tandas, yang disebut â € Å“morning thunderâ €. Kalau resonansinya bagus, boleh kedengaran di seluruh penjuru rumah.


    12. Mengapa kacang-kacangan menyebabkan banyak kentut?
    Kacang-kacangan mengandungi zat gula yang tidak boleh dicerna tubuh. Zat gula tersebut (raffinose, stachiose, verbascose) jika sampai di usus, bakteria di usus berpesta dan menghasilkan gas. Jagung, kubis, susu juga penyebab banyak kentut (bukan baunya).


    13. Selain makanan, apa saja penyebab Kentut?
    Udara yang tertelan, makan terburu-buru, makan tanpa dikunyah, minum soft drink, naik pesawat udara (kerana tekanan udara lebih rendah, sehingga gas di dalam usus mengalami ekspansi, sehingga muncul sebagai kentut).

    --> 14. Apakah kentut sama dengan sendawa, tapi muncul di lain lubang?
    Tidak. Sendawa muncul dari perut, komposisi kimianya lain dengan kentut. Sendawa mengandung udara lebih banyak, kentut mengandung gas yang dihasilkan oleh bakteria lebih banyak.


    15. Kemana perginya kentut kalau ditahan atau tidak dikeluarkan?
    Bukan diserap oleh darah, bukan hilang kerana bocor. Kentut berhijrah menuju ke bahagian atas menuju usus dan pada gilirannya akan keluar juga. Jadi bukan lenyap, hanya mengalami kelewatan.


    16. Mungkinkah kentut terbakar?
    Kentut mengandung metana, hidrogen yang combustible (gas alam mengandung komponen ini juga). Kalau terbakar, nyalaannya berwarna biru kerana kandungan unsur hidrogen.


    17. Bolehkah menyalakan korek api dengan kentut?
     Jangan mengada-ada! Konsistensinya lain. Juga suhunya tidak cukup panas untuk memulakan pembakaran.


    18. Mengapa Kentut anjing dan kucing lebih busuk?
    Kerana kucing dan anjing adalah karnivor. Daging kaya dengan protein. Protein mengandung banyak sulfur, jadi kentut binatang ini lebih busuk. Lain dengan horbivor seperti gajah, kuda, kambing yang menghasilkan banyak kentut, lebih lama, lebih keras bunyinya, tapi relatif tidak berbau.


    19. Betulkah pening kepala kalau mencium bau kentut 2-3 kali berturut-turut?
    Kentut mengandung sedikit oksigen. Mungkin sedikit saja anda akan mengalami pening kepala kalau mencium bau kentut terlalu banyak.


    20. Apakah warna kentut?
     Tidak berwarna. Kalau warnanya oren seperti gas nitrogen oksida akan tahulah siapa yang kentut.


    21. Apakah kentut itu acid, basa, atau neutral Acid
     kerana mengandungi karbon dioksida (CO2) dan hidrogen sulfida (H2S).


    22. Apakah yang terjadi kalau seseorang kentut di planet venus?
     Planet venus sudah banyak mengandungi sulfur (belerang) di lapisan udaranya, jadi kentut di sana tidak akan banyak pengaruhnya.

    Tips Kecantikan Dengan Timun

    TIMUN, sejenis sayuran yang murah dan mudah didapati di pasar serta sering terdapat di rumah hampir setiap individu. Ia boleh dimakan mentah begitu saja atau dimasak bersama hidangan lain.

    Selain digunakan dalam masakan, ramai mengenali timun sebagai bahan kecantikan semula jadi untuk mata yang mana ia dapat memberi kesegaran kepada pancaindera itu yang kepenatan dan mempunyai lingkaran gelap.


    Namun sebenarnya faedah kecantikan yang boleh didapati daripada timun melangkau lebih daripada itu. Timun juga mempunyai banyak kebaikan yang boleh digunakan untuk tujuan penjagaan kecantikan kulit wajah wanita mahupun lelaki.

    Bukan setakat murah, ia bersifat semula jadi dan tidak mengandungi bahan kimia berbahaya yang mampu mengancam nyawa sekiranya digunakan secara kerap dalam jangka masa panjang.
    -->
    Sebelum itu, mari berkenalan dengan keluarga timun dan mendapat sedikit fakta mengenai sayur berkenaan. Seperti juga sayuran lain, walaupun kelihatan serupa, timun sebenarnya mempunyai beberapa variasi mengikut tempat asalnya.

    Antara jenis timun adalah dosakai, iaitu timun berwarna kekuningan, berbentuk bulat dan banyak didapati di beberapa bahagian di India. Ia sering dimasak bersama kacang dal dan dijadikan jeruk.

    Selain itu, timun Inggeris mempunyai kandungan biji yang sedikit dan boleh tumbuh sehingga mencapai panjang dua kaki manakala timun Mediterranean pula mempunyai kulit halus dengan hampir tiada biji serta mempunyai rasa yang lebih lembut.

    Sementara itu, timun Jepun berwarna hijau gelap dengan kulit yang menggerutu dan sering digunakan dalam hidangan salad.

    Timun juga kaya dengan silika iaitu bahan galian yang memegang tisu penghubung dan menyumbang kepada kekuatan tisu berkenaan seterusnya membantu memberikan penampilan lebih muda pada kulit.

    Silika juga sudah terbukti mampu menghalang penuaan tisu berkenaan yang mana kekurangannya serta asid hyaluronic boleh mempercepatkan proses penuaan kerana tisu penghubung tidak lagi dapat memegang air dengan cekap.

    Kandungan silika dalam timun didapati mampu menggalakkan penghasilan kolagen yang memberikan kulit lebih muda dan segar. Timun juga adalah rawatan yang baik untuk kulit bermasalah seperti rosak akibat selaran matahari, jerawat atau kering.

    Sayur berkenaan mengandungi 90 peratus air menyebabkan ia juga dikenali sebagai ejen penyejuk hingga digunakan untuk memberi kesegaran pada mata yang sembap dan keletihan.
    -->
    Timun juga mampu mengurangkan pengumpulan air pada kawasan bawah mata yang menyebabkannya kelihatan letih dan tidak bermaya kerana ia sarat dengan kebaikan asid ascorbic atau lebih dikenali sebagai vitamin C.

    Mereka yang berasa letih selepas penat seharian bekerja boleh mengamalkan penggunaan timun yang dipotong nipis dan diletakkan pada kedua-dua mata sambil berehat.

    Keberkesanannya memang sudah terbukti sehingga ia antara rejimen kecantikan semula jadi yang paling banyak digunakan di pusat kecantikan di seluruh dunia.

    Selain mata, timun yang mengandungi paras hidrogen yang sama dengan kulit mampu memberi kebaikan pada kulit wajah dengan membantu menenangkan dan melembutkannya.

    Ia membantu merawat wajah yang bermasalah kerana kesan menyejukkan yang ada padanya selain kandungan pembersih yang mampu mencuci seterusnya meninggalkan kulit yang lembut dan gebu.

    Antara cara yang boleh dilakukan bagi mendapatkan kulit cantik adalah dengan mengisar timun yang sudah dikupas bersama putih telur dan disapu pada wajah, biarkan hingga kering sebelum dicuci.

    Cara lain yang boleh dilakukan adalah dengan memicit timun dan menyapu jus yang keluar pada wajah dan biar ia menyerap ke dalam kulit. Ia mampu menyerikan wajah jika dilakukan secara konsisten, tanpa perlu bergantung kepada produk mahal.

    Jus timun juga membantu untuk mengurangkan penampilan warna kulit tidak sekata dengan menyapunya ke seluruh wajah dan biar selama 15 minit sebelum dicuci.
    Tiada masalah untuk melakukannya setiap hari kerana ia bahan semula jadi dan tidak memudaratkan.

    Kulit yang sering terdedah kepada matahari hingga ‘terbakar’ juga boleh mendapat manfaat daripada timun kerana ia mempunyai bahan yang mampu menyejukkan dan mengurangkan kesan selaran matahari hanya dalam masa singkat.

    Timun juga boleh bertindak sebagai penyegar dengan menyapunya pada wajah dan mencuci selepas 10 minit bagi menghasilkan kulit lebih bercahaya.

    Bagi mendapatkan kesan lebih baik, timun juga boleh dijadikan pupur dengan mengisar timun bersama daun pudina dan putih telur menjadi puri. Sapu pada wajah dan biarkan 15 minit atau sehingga kering sebelum dibasuh.

    Mendapatkan kulit lebih cerah juga tidak sukar dan ia boleh dicapai dengan menggunakan timun yang dicampur bersama air kelapa. Ia dapat memudarkan bintik noda pada wajah.

    Mereka yang mempunyai parut pada wajah akibat masalah jerawat boleh mendapat manfaat daripada timun dengan mencampurkan jus timun bersama jus limau nipis dan disapu pada jerawat atau parutnya.

    Sumber

    Petua Limau Kasturi Untuk Kesihatan

    Perahan jus limau kasturi (Citrus Microcarpa) memang diakui mampu menambahkan keenakan rasa sesetengah minuman dan masakan. Namun keistimewaannya tak terhenti setakat tu aje. Sebenarnya banyak lagi khasiat limau kasturi yang mungkin belum anda ketahui.

    Ini kerana bukan hanya jusnya, malah kulit limau kasturi ni pun boleh anda gunakan untuk mengurangkan sesetengah penyakit seperti lelah, sakit tekak dan juga pening kepala. Tak lupa gak, ia dikatakan dapat mengatasi masalah badan berbau.
    -->
    Bagi memudahkan anda, saya akan senarai khasiat limau kasturi ni satu persatu mengikut kegunaan beserta dengan caranya sekali ya. :)


    1. Mengurangkan Lelah

    - Ambil sesudu madu. Kalau boleh madu asli. Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi.

    - Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi.

    Anda boleh meminumnya pada bila-bila masa walaupun ketika tak mengalami lelah. Tapi cukuplah anda mengamalkan cara ini seminggu sekali.


    2. Melegakan Pening Kepala

    - Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya.

    - Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.

    Sebagai tambahan, anda juga boleh memakan kulitnya secara mentah. :)

    -->
    3. Mengatasi Masalah Badan Berbau

    - Amalkan selalu memakan kulit limau kasturi secara mentah.


    4. Menyembuhkan Sakit Tekak

    Biasanya ia digunakan bagi menyembuhkan sakit tekak akibat lendir dan kahak.

    - Bagi orang dewasa, anda campurkan jus limau kasturi dengan sedikit lada hitam.

    - Kacau campuran tu hingga rata dan minum.

    - Jika kanak-kanak pula, anda boleh campurkan jus limau kasturi tu dengan sedikit madu lebah. Tujuan menggantikan lada hitam dengan madu adalah untuk mengelakkan daripada kanak-kanak tu mengalami kepanasan.


    5. Menghilangkan Kesan Minyak pada Pakaian

    - Perahkan sebiji limau kasturi ke dalam piring.

    - Campurkan perahan limau kasturi tadi dengan sedikit garam.

    - Kemudian, gosokkan campuran di atas pada bahagian pakaian yang terkena minyak.

    - Lepas dah gosok, biarkannya selama 5 hingga 10 minit. Kesan minyak tu akan hilang nanti.

    Akhir sekali, barulah anda basuh pakaian tadi bersama dengan pakaian lain macam biasa.


    Begitulah 5 fungsi limau kasturi yang boleh anda manfaatkan dalam kehidupan seharian. Mudah-mudahan ia dapat membantu anda menangani masalah yang dinyatakan di atas dengan berkesan. Sambil tu dapat gak berjimat, kan?

    Aamir Khan Ugut Gadis dedahkan rakaman seksnya di Facebook

    London: Seorang gadis yang diperas ugut menyerahkan barang kemas bernilai lebih £15,000 (RM73,911) milik ibunya kepada seorang lelaki bagi menghalangnya mendedahkan rakaman seksnya di Facebook.
    Aamir Khan, 20, memberitahu gadis berusia 16 tahun itu bahawa dia secara sulit merakamkan perbuatan mereka di dalam keretanya.

    Aamir kemudian meminta gadis itu menyerahkan wang dan emas kepadanya dan mengancam untuk memuatnaik rakaman itu di Facebook serta menghantar salinan kepada ibu bapa mangsa.
    Mangsa yang ketakutan mengambil barang kemas, termasuk tinggalan nenek moyangnya yang mungkin tidak boleh diganti dan menyerahkan kepada Aamir menerusi tingkap bilik tidurnya beberapa kali.
    -->
    Mahkamah di Leicester diberitahu, gadis itu begitu malu hingga menimbang melarikan diri dari rumah dan membunuh diri, Aamir dari Spinney Hills, Leicester, mengaku memeras ugut dan dijatuhi hukuman menjalani tahanan remaja selama tiga tahun tujuh bulan.

    Hakim Michael Pert QC menyifatkan tindakan Aamir sebagai kejam dan pengkhianatan yang sinis.
    “Kamu lakukan perbuatan itu pada 2009 ketika kamu berusia 18 tahun dan dia 16 tahun. Kamu berasal dari latar belakang yang sama yang kegiatan seks di kalangan remaja belasan tahun mempunyai kesan lebih buruk berbanding jika ia berlaku dalam masyarakat lain. “Kamu membuat beberapa tuntutan selama beberapa minggu, secara sinis dan kejam. Dia sudah pastinya malu dengan gambar yang akan dimuatnaik ke Facebook dan diketahui ibu bapanya. Kamu perlu dihukum. “Orang ramai perlu sedar jenayah memalukan ini dan bagaimana anggota masyarakat melihatnya dengan jijik.
    -->
    Hakim itu juga berkata, Aamir hanya mengaku kesalahannya selepas begitu lama iaitu ketika hari perbicaraan. “Anda berharap untuk terlepas daripada kesalahan ini dan tidak mengaku bersalah hingga ke saat akhir. Ia menyebabkan mangsa mengalami kesengsaraan lebih teruk selepas apa yang telah dicakapkan di mahkamah dan kemudian digelar pembohong,” kata Hakim Michael.
    Pendakwa raya, Jonathan Eley berkata, selepas mengadakan seks dengan mangsa, dia menurunkan gadis itu dari keretanya sambil berkata: “Bagus Blackberry kerana mempunyai kamera.” Beberapa minit kemudian dia menelefon mangsa dan berkata, dia merakamkan adegan yang berlaku. - The Sun


    Sumber

    Pandai Cakap Perancis Lepas Kemalangan

    Melbourne: Seorang pemandu bas Tasmania bercakap dengan loghat pekat bahasa Perancis selepas cedera serius di kepala dalam satu kemalangan kereta.
    Leanne Rowe ialah seorang daripada 62 orang di dunia dan yang kedua di Australia disahkan menghidap penyakit yang amat jarang berlaku yang dikenali sebagai ‘Sindrom Loghat Asing.’ Leanne mula bercakap bahasa yang berbunyi seperti loghat Perancis apabila terjaga di Hospital Austin di Melbourne selepas patah tulang belakang dan rahang akibat kemalangan kereta.
    -->
    “Ketika rahang saya mula pulih mereka berkata saya bercakap dengan bahasa tidak jelas kerana ubat yang saya makan,” katanya dalam wawancara dengan stesen televisyen ABC.
    Tetapi, selepas lapan tahun pulih, masalah itu masih berterusan dan loghat bahasa Perancisnya masih pekat.

    Leanne. anggota tentera simpanan sebelum kemalangan berkata, dia semakin biasa dengan keadaan itu.

    “Ia membuat saya begitu marah kerana saya orang Australia, bukan Perancis. Saya tidak berdendam dengan orang Perancis,” katanya.
    Anak Leanne, Kate Mundy kini banyak bercakap untuknya di tempat awam.
    -->
    “Ia banyak menjejaskan kehidupannya. Orang ramai hanya melihatnya dari segi jenaka dan berpendapat ia menarik. Tetapi, saya sendiri melihat kesannya ke atas ibu saya,” kata Kate.
    Doktor keluarga mereka, Robert Newton percaya Leanne mengalami Sindrom Loghat Asing teruk dan mengaku tidak pernah berdepan keadaan seperti itu.

    “Dia datang kepada saya dan bercakap dalam loghat bahasa Perancis yang pekat. Saya terkejut. Memang dia belajar bahasa Perancis di sekolah, tetapi tidak pernah ke Perancis dan langsung mempunyai rakan orang Perancis.”
    Sumber

    Putin mencuri cincin Super Bowl?


    MOSCOW – Jurucakap Presiden Rusia, Vladimir Putin menafikan dakwaan yang mengatakan Putin mencuri cincin Super Bowl.

    Dmitry Peskov memberitahu, pemilik asal cincin tersebut, Robert Kraft memberikan cincin tersebut sebagai hadiah kepada Putin.

    Katanya, kedua-dua belah pihak bersetuju terhadap pemberian cincin yang memiliki 124 berlian itu ketika lawatan Kraft ke St. Petersburg, Rusia pada tahun 2005.

    Dipetik daripada laporan New York Post, Kraft tidak menyebut secara spesifik bahawa Putin mencuri cincinnya itu.
    -->
    “Saya menunjukkan kepada Putin cincin itu dan dia mencubanya dan pergi,” katanya.

    Kraft memberitahu dia mahukan cincin itu kembali kerana mempunyai pertalian emosi dengan cincin tersebut.

    “Saya ada pertalian emosi dengan cincin itu. Ada nama saya di cincin itu,” katanya.

    Sementara itu, Peskov berkata, “apa yang Kraft cakap sekarang pelik. Saya berdiri 20 sentimeter daripada dia dan presiden.
    -->
    "Saya nampak dan dengar bagaimana Kraft memberikan cincin itu sebagai hadiah," katanya.

    Cincin 4.94 karat itu kini berada di Perpustakaan Kremlin, di mana semua hadiah rasmi disimpan.

    Sehingga kini, kebenaran mengenai cincin tersebut masih menjadi teka teki.

    Sumber


    Arkib




    Blogged.my

    Kongsikan