Aamir Khan, 20, memberitahu gadis berusia 16 tahun itu bahawa dia secara sulit merakamkan perbuatan mereka di dalam keretanya.
Aamir kemudian meminta gadis itu menyerahkan wang dan emas kepadanya dan mengancam untuk memuatnaik rakaman itu di Facebook serta menghantar salinan kepada ibu bapa mangsa.
-->
Mahkamah di Leicester diberitahu, gadis itu begitu malu hingga menimbang melarikan diri dari rumah dan membunuh diri, Aamir dari Spinney Hills, Leicester, mengaku memeras ugut dan dijatuhi hukuman menjalani tahanan remaja selama tiga tahun tujuh bulan.
Hakim Michael Pert QC menyifatkan tindakan Aamir sebagai kejam dan pengkhianatan yang sinis.
“Kamu lakukan perbuatan itu pada 2009 ketika kamu berusia 18 tahun dan dia 16 tahun. Kamu berasal dari latar belakang yang sama yang kegiatan seks di kalangan remaja belasan tahun mempunyai kesan lebih buruk berbanding jika ia berlaku dalam masyarakat lain. “Kamu membuat beberapa tuntutan selama beberapa minggu, secara sinis dan kejam. Dia sudah pastinya malu dengan gambar yang akan dimuatnaik ke Facebook dan diketahui ibu bapanya. Kamu perlu dihukum. “Orang ramai perlu sedar jenayah memalukan ini dan bagaimana anggota masyarakat melihatnya dengan jijik.
-->
Hakim itu juga berkata, Aamir hanya mengaku kesalahannya selepas begitu lama iaitu ketika hari perbicaraan. “Anda berharap untuk terlepas daripada kesalahan ini dan tidak mengaku bersalah hingga ke saat akhir. Ia menyebabkan mangsa mengalami kesengsaraan lebih teruk selepas apa yang telah dicakapkan di mahkamah dan kemudian digelar pembohong,” kata Hakim Michael.
Pendakwa raya, Jonathan Eley berkata, selepas mengadakan seks dengan mangsa, dia menurunkan gadis itu dari keretanya sambil berkata: “Bagus Blackberry kerana mempunyai kamera.” Beberapa minit kemudian dia menelefon mangsa dan berkata, dia merakamkan adegan yang berlaku. - The Sun
Sumber
Comments :
0 comments to “Aamir Khan Ugut Gadis dedahkan rakaman seksnya di Facebook”
Post a Comment