Terdapat tiga jenis henfon, bukan tiga jenama henfon, tapi tiga jenis bentuk edaran henfon iaitu:
- Original Authorised Set
- AP Set (Diimport secara sah)
- Underwater Set (Henfon seludup)
Telefon ini telah disediakan khas untuk jualan di Malaysia dengan beberapa sistem yang diselaraskan dengan sistem yang disokong oleh industri telekomunikasi Malaysia. Contohnya sistem bahasa Malaysia dalam telefon bimbit dan dalam buku panduannya.
Cari sahaja cawangan NOKIA, atau SAMSUNG atau apa jua jenama di negeri-negeri seluruh Malaysia, anda boleh bawa ke mana-mana cawangan jika ada kerosakan. Bahkan bagi sesetengah telefon ada Insurans untuk kerosakan apabila telefon masuk air pun!
Berikut adalah senarai pengedar SAH (authorized distributor) bagi jenama telefon di Malaysia:
- NOKIA – Zitron, Avaxx dan I-mobile/Samart.
- SAMSUNG – FMG (Sole Distributor)
- Motorola – FMG, Brightstar dan I-Mobile/SAMART
- SonyEricsson -Midland, Thorus dan T-Choice.
AP SET?
Apa pula AP set? AP set ialah
telefon yang diimport dengan kebenaran kastam, yakni telah dicukaikan
oleh kastam dengan mendapat Approval Permit. AP set ertinya telefon ini
diimport oleh Syarikat yang selain daripada pengedar yang sah
(authorised distributor) seperti yang telah disebutkan tadi.
Ada di antara syarikat-syarikat
yang import ini adalah syarikat yang besar. Jadi mereka boleh memberi
jaminan yang agak elok juga, kerana syarikat jenis ini banyak cawangan
di seluruh malaysia. Jaminan yang diberikan bukanlah jaminan daripada
NOKIA atau SAMSUNG atau SE atau dengan kata lain, bukan jaminan
pengilang, tetapi jaminan oleh pengimport itu sendiri.
Oleh itu, jaminannya sangat
terhad. Terutama apabila telefon mempunyai masalah sehingga Charger
dengan beteri kadang kala barang tiruan yang digunakan, bukan yang
original daripada kilang telefon itu sendiri.
Underwater Set Pula?
Underwater set ialah henfon yang
dimasukkan ke Malaysia secara haram, tanpa membayar cukai. harganya
jauh lebih murah, tetapi jaminan yang diberikan oleh penjual sahaja.
Ertinya kalau rosak, anda tak boleh pergi ke tempat lain kecuali kedai
itu. Charger dan beteri biasanya adalah yang tiruan saja.
Antara AP dan Underwater ini
kadang-kadang saling bercampur baur. Ada yang didakwa AP tetapi
sebenarnya diimport secara haram. Bahkan kalau anda periksa di telefon
anda ada logo VODAPHONE, ataupun TIM, memang sahlah telefon itu adalah
underwater, atau pun sekurang-kurangnya AP.
Jadi, bila membeli yang AP atau yang ORI, anda janganlah mengharapkan warranty yang bagus. Apatah lagi kalau masuk air.
BAGAIMANA NAK CAM???
Bagaimana nak tahu yang
diedarkan secara sah atau telefon jenis Authorised ini. Untuk nak tau
sama ada telefon itu jenis edaran oleh pengedar sah ini;
Paling utama:
anda kena lihat pada sticker
belakang henfon, kalau tertulis selain dariapada syarikat2 yang sah yg
disebutkan di atas, maka ia adalah AP atau Underwater. Stiker yang ORI
biasanya tidak akan ditampal melindungi nombor siri telefon.
Kedua:
anda boleh tengok kad warranty, kad warranty daripada pengedar sah, akan tertera nama syarikat pengedar yang sah tersebut.
Ketiga:
No Siri telefon: IMEI di
belakang battery henfon itu sama dengan nombor siri di kotak. Jika anda
membeli yang ORI, pastikan anda dapat kotak yang ada Nombor Siri yang
sama dengan henfon. Sekalipun di telefon anda tertulis ZITRON, jangan
terima kotak yang nombor sirinya berbeza dengan di telefon anda.
Itulah sedikit sebanyak panduan
yang mungkin sudah biasa bagi sesetengah orang tapi mungkin satu
pengetahuan bagi sesetengah orang. Dengan penjelasan ini, diharap anda
tidak tertipu lagi dengan istilah ORI yg selalu digunakan oleh
penjual-penjual di kedai telefon bimbit. Sekurang-kurangnya kalau anda
nak beli yang AP pun, anda tahu yang itu memang AP dan anda dah tahu
yang mana yang ORI dan yang mana yang AP.
Sekarang ini, terpulanglah untuk
anda memilih yang mana sesuai bagi anda. Nak murah, pilih AP, ada duit
lebih ambik yang ORI lagi selamat.
Credit: Ahmad Sufyan Che Abdullah
Comments :
0 comments to “Apa Itu ‘Telefon Bimbit’ Ori Set, AP Set & Underwater Set?”
Post a Comment