Bahau: Keasyikan 10 pelanggan bersarapan di
sebuah gerai makan di belakang Balai Bomba dan Penyelamat Bahau, di
pekan ini, terbantut apabila lori sampah yang di pakir berhampiran
menggelongsor ke belakang dan merempuh gerai itu hingga roboh, semalam.
Katanya, dia menjerit ke arah pelanggan di gerai makan sebelum melihat lori sampah itu merempuh motosikal Yamaha LC135 yang diletakkan berhampiran, diikuti bumbung gerai sebelum tersekat di penghadang jalan di situ
“Mujur lori itu menggelungsur perlahan, malah pemandunya cuba memberhentikan kenderaan itu, tetapi tidak berjaya,” katanya.
Sementara itu, abang kepada pemilik gerai makan itu, Mohd Derham Khamis, 60, berkata dia sedang melayan pelanggan dan langsung tidak perasan lori itu mengundur ke arah gerai.
“Tiba-tiba saya terdengar suara menjerit memberitahu ada lori sampah mengundur menyebabkan semua pelanggan termasuk pemandu lori bergegas keluar dari gerai.
“Mujur tiada kemalangan jiwa cuma seorang pembantu kedai cedera ringan terkena percikan minyak masak yang tumpah ke lantai akibat rempuhan lori itu dan dirawat di sebuah klinik di pekan ini,” katanya.
Mohd Derham berkata, ini kali pertama kejadian seperti ini berlaku sejak adiknya, Noriati, 56, mula berniaga di sini sejak tiga tahun lalu dan ketika kejadian lori itu masih lagi kosong tanpa muatan sampah.
Sementara itu, Noriati dan pemandu lori membuat laporan di bahagian trafik Ibu Pejabat Polis daerah Jempol berhubung kejadian.
Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hamzah Alias dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.
Sumber : hmetro.com.my
Comments :
0 comments to “Lori sampah ‘datang makan’”
Post a Comment