Cloud computing adalah proses di mana
Anda menggunakan internet sebagai tempat untuk menyimpan segala data
peribadi Anda sama ada dokumen, gambar, klip lagu, rakaman suara mahu
pun video. Proses Cloud computing berlaku apabila Anda mengupload
data-data milik Anda ke sebuah website kemudian data yang Anda sudah
simpan itu dapat diakses dari tempat lain, dari komputer lain, laptop
lain, komputer tablet atau dari mana-mana telefon bimbit melalui
sambungan internet.
Apple memandang Cloud Computing sebagai
satu proses yang mempunyai masa depannya tersendiri. Keseriusan mereka
terserlah, buktinya Apple mencipta aplikasi iCloud untuk membolehkan
aktiviti perkomputeran awan dilakukan melalui peranti mereka seperti
MacBook, iPhone atau iPad. Perkomputeran awan boleh dijalankan bila-bila
masa, dari mana-mana saja, biasanya dengan menggunakan website percuma
atau aplikasi web percuma seperti Google Docs.
Sebagai contoh, Anda upload
gambar-gambar kesukaan Anda melalui laptop MacBook Air anda ke Google
Picasa. Setelah itu, Anda keluar ke sebuah restoran untuk berjumpa
dengan kawan Anda. Ketika sedang minum-minum dengan dia, Anda mengakses
laman web Google Picasa tadi melalui iPhone 4 Anda di mana Anda telah
upload semua gambar-gambar kesukaan Anda untuk Anda perlihatkan kepada
kawan Anda. Dalam masa yang sama, adik Anda di rumah turut mengakses
Google Picasa milik Anda melalui komputer tablet iPad miliknya, kemudian
memuatkan naik (upload) beberapa lagi gambar untuk ditambah bagi
menyerikan suasana.
Contoh terbaik untuk memahami cloud
computing atau perkomputeran awan adalah seperti 4shared, di mana di
dalam website ini beratus ribu pengguna 4shared memuat naik (upload)
lagu kesukaan mereka untuk dikongsi bersama pengguna lain yang mereka
langsung tidak kenal dan langsung tidak pernah berjumpa, tapi mempunyai
minat yang sama iaitu menyukai lagu tersebut. Pengguna lain yang
menyukai lagu serupa mengakses laman 4shared, melihat lagu yang
diupload, menyukainya lalu mendownload lagu tersebut atau memberikan
linknya kepada rakan-rakan lain.
Cloud computing semakin banyak
digunakan. Syarikat besar juga menggunakan cloud Computing sebagai ruang
untuk para pekerja berkongsi data ketika sedang dalam usaha menyiapkan
sesuatu tugasan walau tidak bersua muka, tapi berinteraksi dalam masa
yang sama. Mereka juga menggunakan Cloud Computing sebagai tempat untuk
mem’backup’ data-data penting. Menjimatkan kertas, menjimatkan masa,
menjimatkan tenaga. Jimat kos!
Seperti kemudahan digital lain, Cloud
Computing ada risiko tersendiri. Apa saja benda yang menggunakan
‘password’ boleh dipecah masuk. Laman web milik Anda boleh digodam oleh
hacker berkemahiran. Mungkin orang lain dapat tahu tentang password
Anda, membuka laman web Anda kemudian memadamkan data-data yang
tersimpan di situ tanpa Anda ketahui.
Walau bagaimanapun, risiko-risiko ini
boleh dikawal dari semasa ke semasa. Kebaikan Cloud Computing jauh lebih
banyak dari keburukannya. Ia banyak memudahkan Anda
Sumber: iAwani.com
Comments :
0 comments to “Cloud Computing Atau Perkomputeran Awan ”
Post a Comment