Berita Terkini dari MalaysiaKini, Utusan Malaysia, Harian Metro, Berita Harian, Kosmo, Malaysian Insider, Harakah, Bernama, Keadilan Daily, Tonton Drama. Perkongsian cerita dan kisah untuk panduan, pedoman bagi diambil teladan dan sempadan.

 

Tak sangka ALLAH balas cepat


Gambar Hiasan
KETIKA saya dan suami berkunjung ke Melaka untuk menziarahi sahabat, kami mengambil peluang singgah ke Kota A Famosa, monumen bersejarah yang menjadi kebanggaan bandar raya pelancongan itu.
Selepas puas menaiki beca keliling bandar, kami singgah ke surau di Bandar Hilir untuk Solat Asar. Ketika itu, panas mentari masih terik walaupun sudah menjengah petang.

Saya duduk di atas bangku menunggu suami yang saya fikir masih belum keluar dari surau. Rupa-rupanya, dia sudah pun bersembang dengan seorang penarik beca tidak jauh dari tempat saya.
Ketika saya menghampiri mereka, perbualan sudah pun tamat. Suami mengiringi langkah pakcik beca itu dengan pandangan seribu makna membuatkan saya hairan dan tidak sabar mahu bertanya.
"Kenapa? Macam serius bersembang?" Soal saya ingin tahu.

Sambil menggeleng-gelengkan kepala, dia mengajak saya masuk ke kereta kerana petang itu juga kami perlu sampai ke Shah Alam atas urusan lain.

“Sembang apa?” Soal saya lagi selepas memasang tali pinggang keledar. Suami masih menggelengkan kepala sambil menjawab,

“Lepas ni, jangan kedekut untuk bersedekah. Malu betul saya dengan pak cik tadi,”

Eh, lain pula yang dia jawab. Saya masih meneka-neka dalam hati. Kenapa pula suami jadi macam ni? Nak tanya lebih-lebih, bimbang terlalu mendesak pula. Akhirnya, saya diamkan sahaja.

Dermakan segumpal wang

Separuh perjalanan suami membuka cerita. Katanya, keluar sahaja dari surau, dia berjalan-jalan untuk melihat orang ramai di situ. Sedang berjalan-jalan, dia disapa seorang kanak-kanak berusia lingkungan 11 tahun.

Kanak-kanak itu menjinjit beg sandang berisi buku agama dan panduan solat sunat. Dia mendekati suami dan seperti yang mungkin anda biasa lalui, dia mempromosikan buku itu atau sekurang-kurangnya minta anda menderma.
Walaupun hairan dengan kewujudan kanak-kanak itu, suami menghulurkan juga RM1 dan menolak untuk membeli bukunya. Dengan langkah berat, kanak-kanak itu beralih pula kepada pakcik beca yang sedang menunggu pelanggan kira-kira 10 langkah daripada suami.
Dari jauh suami memerhati gelagat kanak-kanak itu. Lelaki lewat 50an itu pada mulanya menyerahkan RM5. Tersenyum kanak-kanak itu tadi apabila pakcik beca juga menolak untuk menerima buku daripadanya.
“Pakcik derma saja,” jawab lelaki tua itu.

Selepas kanak-kanak itu pergi, dia menyeluk pula saku seluarnya dan mengeluarkan segumpal RM1 dan RM5. Kalau dicongakkan, mungkin lebih RM20.
“Adik!” Lelaki tua itu menjerit memanggil semula kanak-kanak yang sudah beberapa langkah berlalu darinya. Kanak-kanak itu berpaling dan berlari perlahan mendekati pakcik beca semula.
“Nah ambil ni,” katanya sambil menepuk-nepuk bahu si kecil.
Kanak-kanak itu kelihatan terkejut namun tetap mengucapkan terima kasih dan menghadiahkan senyuman sebelum bersalam mencium tangan pakcik itu, dan berlalu pergi. Ketika itulah suami yang kehairanan mendekati pakcik beca.

Upah naik beca

Suami memberi salam dan disambut mesra pakcik beca. Apabila suami amati, lelaki itulah yang membawa kami bersiar-siar tadi.

“Saya perhatikan pakcik, mula-mula pak cik beri RM5, lepas tu beri lagi segumpal duit. Banyak tu. Kenapa ye?” Suami bertanya.
Dengan senyuman lelaki tua itu menjawab “Saya kesian.”

Jawapan pakcik itu bersahaja tapi ia membuatkan suami lebih hairan.
“Tapi, pak cik pun kerja bawa beca. Itu pendapatan hari ini ke?” soalnya.

“Tak apalah. Saya ni masih kuat lagi. Boleh bawa beca tu cari duit lain. Tapi budak macam tu sepatutnya pergi sekolah. Terpaksa cari duit dengan cara macam tu. Apalah sangat akal seorang budak,” jawabnya lagi.

"Tapi, mana tau ada sindiket ke, menyamar ke, atau..." ujar suami yang mahu memberi alasan lain sebelum pakcik itu tiba-tiba memintas kata-katanya.
"Pak cik tak fikir sejauh itu. Ia urusan ALLAH. kita doa yang baik-baik saja pada mereka," jawabnya.

Suami terpempan dengan jawapan pakcik beca. Melihat pakcik beca mahu berlalu, suami hulur sedikit wang kepada pakcik itu, tapi dia menolak. Suami paksa juga sambil bersalam dan menyelit wang di celah-celah tangannya.

“Pakcik anggap saja sebagai upah bawa saya dan isteri naik beca tadi,” kata suami memujuk pak cik itu untuk menerima pemberiannya.

Dengan senyuman pak cik itu menjawab, “Pakcik sedekah tadi ikhlas dan tak minta balasan. Tak sangka secepat ini ALLAH balas sedekah pakcik,” katanya.
Kenyataannya buat suami rasa terpukul apatah lagi membandingkan kemampuan kami dengan pak cik beca yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang itu. Saya pula kelu seribu bahasa.
Memang betul kata pakcik itu. Kadang-kadang, bila ada yang minta sedekah, ada saja suara hati yang melarang dengan kata-kata seperti mungkin sindiket, kenapa tak kerja, duit hanya cukup untuk bulan ini dan pelbagai alasan lain yang mengehadkan saya daripada bersedekah.

Teringat pesan emak, dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain. Banyakkan memberi walaupun hanya RM1. Anda bagaimana? Setiap detik yang kita lalui itu ketentuan ALLAH. Dia menghantar kanak-kanak kecil menjual tasbih mahupun buku untuk menguji kita. Untuk memberi kita peluang berbuat pahala dan mengurangkan dosa.
Anggap saja, mungkin kita sudah lama tidak bersedekah hingga ALLAH datangkan mereka betul-betul di hadapan mata. Soal sindiket atau tidak, tipu atau sebagainya, itu bukan urusan kita. ALLAH Maha Mengetahui.

sinarharian.com,my

Wanita masih terima rawatan kemalangan lagi

Gambar Hiasan
Alor Gajah: Seorang wanita yang masih menerima rawatan susulan akibat cedera dalam kemalangan empat bulan lalu, terpaksa dimasukkan ke hospital lagi kerana terbabit dalam kejadian sama, malam kelmarin.

Norita Abd Aziz, 54, parah pada kaki kanan selepas kenderaan yang dipandu suaminya, Kasim Yatim, 54, terlanggar sebuah PERODUA Myvi di persimpangan jalan Durian Tunggal-Ayer Keroh, kira-kira 10.30 malam itu.
Tiba-tiba muncul


Ketika kejadian, mangsa yang menaiki Toyota Corolla sedang dalam perjalanan dari pusat bandar raya menuju ke Plaza Tol Ayer Keroh, apabila sebuah PROTON Wira yang dipandu secara laju secara tiba-tiba muncul.

Seorang ahli keluarga mangsa, Aina Hashim, 42, berkata, sejurus sebelum kemalangan itu, Norita bersama suaminya berada di belakang mereka.

Katanya, sejurus tiba di persimpangan itu PERODUA Myvi yang dipandu suaminya terpaksa berhenti secara mengejut apabila sebuah PROTON Wira muncul secara tiba-tiba dalam keadaan laju di kawasan berkenaan.

hmetro.com.my

Jutawan Arab Saudi pecat Pengarah saluran TV

RIYARD - ARAB SAUDI. Jutawan Arab Saudi Putera Alwaleed Talal memecat pengarah saluran televisyen Islam selepas mengaku menjadi ahli Ikhwan Muslimin di Kuwait.

Menurut Press TV, Putera Alwaleed memecat Pengarah Televisyen Al-Resalah, Tarek Al-Suwaidan, selepas pengakuan itu dijelaskan.

Stesen Al-Resalah kepunyaan Kumpulan Rotana Alwaleed itu merupakan syarikat konglomerat media terbesar Saudi berpangkalan di Riyadh.

Difahamkan Al-Suwaidan, seorang warganegara Kuwait, kini dikecam sejak penyingkiran Presiden Mesir Mohamed Mursi.

sinarharian.com.my

Sembunyi permata dalam dubur

Hiasan
Colombo: Seorang ahli perniagaan Sri Lanka ditangkap ketika cuba menyeludup keluar 32 batu permata bernilai 8 juta Rupee (RM199,529.60) disembunyikan dalam duburnya, lapor akhbar Mirror.

Dia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike malam Jumaat lalu, kata akhbar terbabit.
Seorang penduduk di Beruwala, destinasi popular peniaga permata, lelaki berusia 56 tahun itu tiba di lapangan terbang untuk menaiki penerbangan ke Singapura jam 11.30 malam.


Dalam kondom

Kastam berkata sembilan batu permata berbeza disembunyikan dalam sebuah kondom yang dimasukkan ke dalam duburnya.

Sementara itu, seorang wanita China ditahan Jumaat lalu di lapangan terbang sama kerana cuba menyeludup keluar permata bernilai 4.2 juta Rupee (RM104,753.04), lapor akhbar Colombo Gazette.

Pegawai kastam yang menemui permata itu dalam bagasinya berkata wanita berusia 35 tahun itu dalam perjalanan ke Shanghai. - AGENSI

hmetro.com.my

Tentera akui bunuh 36 ahli Ikhwanul Muslimin

Kerajaan Mesir dakwa tahanan dibedil ketika cuba lari

KAHERAH: Kerajaan Mesir semalam mengaku tenteranya membunuh 36 anggota Ikhwanul Muslimin dalam tahanan kelmarin, ketika pemimpin tentera dan pergerakan itu masing-masing berikrar untuk terus berjuang demi masa depan negara itu.
Kematian itu adalah pembunuhan beramai-ramai keempat ke atas penduduk awam sejak tentera merampas kuasa pada 3 Julai lalu tetapi buat kali pertama sejumlah besar tahanan ramai yang mati serentak.


Ketika mengesahkan pembunuhan tahanan itu kelmarin, Kementerian Dalam Negeri mewajarkan tindakan itu dengan berkata ia dilakukan ketika penyokong Morsi itu cuba melarikan diri.

Namun Ikhwanul Muslimin menyifatkan kematian mereka sebagai pembunuhan beramai-ramai dan berkata, mangsa, yang dikatakan berjumlah 52 orang, ditembak dan dibedil dengan gas pemedih mata menerusi tingkap van penjara yang berkunci.

Petunjuk terkini

“Pembunuhan itu adalah petunjuk terkini masa depan Mesir masih terumbang ambing, dengan kedua-dua pihak tidak bersedia berundur, rakyat negara itu berpecah, dan tiada penyelesaian politik yang jelas,” kata penganalisis.
Walaupun pasukan keselamatan tidak bertindak ganas kelmarin, dengan tiada laporan pembunuhan di jalan raya, pemimpin tentera negara itu, Mejar Jeneral Abdel-Fatah el-Sissi, berucap di televisyen dengan nada tidak bertolak ansur, melabelkan Ikhwanul Muslimin sebagai pengganas tetapi berjanji mengembalikan demokrasi di negara itu.

Berita mengenai pembunuhan itu tersebar pada hari pertempuran jalanan dihentikan selepas lebih 900 terkorban sejak Rabu lalu, kebanyakannya anggota Ikhwanul Muslimin dan penyokong yang ditembak mati oleh pasukan keselamatan.

Kelmarin, Ikhwanul Muslimin mengambil langkah mengelakkan kontroversi, termasuk membatalkan beberapa bantahan terhadap penyingkiran Presiden Mohamed Morsi.
Kerajaan mempertimbangkan untuk mengharamkan Ikhwanul Muslimin, yang mungkin memaksa pergerakan itu bergerak secara sulit.

Kerajaan asing juga berselisih pendapat mengenai pertumpahan darah yang semakin memuncak. Pegawai Amerika Syarikat berkata pihaknya mengambil langkah awal menggantung bantuan kewangan kepada kerajaan Mesir, walaupun bukan menerusi bantuan penting kepada tentera manakala Kesatuan Eropah (EU), kelmarin mengumumkan ia akan menilai semula hubungannya dengan negara itu, berkata kerajaan sementara memikul tanggungjawab menamatkan keganasan. - AGENSI

hmetro.com.my

Jurulatih JDT beri alasan di sebalik kekalahan mengejut kepada PKNS

Shah Alam: Jurulatih Johor Darul Takzim (JDT), Azmi Mohamad menyifatkan kekalahan mengejut pasukannya kepada PKNS 2-0 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B saingan Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, malam tadi disebabkan ada di kalangan pemain bimbingannya yang tidak jujur dan beraksi tidak sepenuh hati.

“Dari awal saya sudah mengingatkan tentang betapa pentingnya fokus terutama dalam mengawal Patrick Ronaldinho. Tapi ada sebahagian pemain terutama di posisi pertahanan yang cuai dalam menjalankan tanggungjawab mereka dan kelemahan ini diambil kesempatan oleh PKNS FC.


“Secara keseluruhan, ada sebahagian pemain yang masih tidak fokus dan tidak jujur dalam pasukan. Sebab itulah kita tidak dapat mencapai kemenangan pada perlawanan ini,” katanya sejurus selepas perlawanan itu yang sudah pasti memberi tamparan kepada dirinya selepas mengambil alih jawatan itu daripada Fandi Ahmad.

hmetro.com.my

Fandi kejutkan JDT

Letak jawatan pengurus sehari sebelum Piala Malaysia bermula

Johor Bahru: Menjelang saingan Kumpulan B Piala Malaysia menentang PKNS di Stadium Shah Alam, malam ini, Johor Darul Takzim (JDT) dikejutkan dengan peletakan jawatan pengurus pasukan Fandi Ahmad berkuat-kuasa serta-merta.

Menerusi kenyataan media yang diedarkan oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) semalam, PBNJ dan Fandi mencapai persetujuan untuk mengikuti haluan masing-masing selepas membuat pertimbangan teliti dan mencapai kata sepakat.

Saya harap tiada pihak membuat sebarang spekulasi berhubung peletakan jawatan ini kerana ia dibuat menerusi persefahaman antara saya dan PBNJ” Fandi Ahmad, Bekas pengurus Johor Darul Takzim

"Fandi seorang jurulatih yang cemerlang dan sentiasa berdedikasi bagi membentuk pasukan yang mantap. Keputusan itu dipersetujui bersama dan bagi pihak PBNJ ingin mencari pendekatan taktikal yang berbeza.

hmetro.com.my

Hosni Mubarak mungkin dibebaskan minggu ini

Kaherah: Bekas Presiden Hosni Mubarak yang digulingkan dalam kebangkitan rakyat pada 2011 akan dibebaskan dari penjara dalam masa terdekat ini selepas seorang pendakwa raya menggugurkan satu kes rasuah ke atasnya.
Hosni, 85, ditangkap sebaik digulingkan dan muncul di mahkamah dalam kurungan pada perbicaraan atas pelbagai tuduhan, dari rasuah hingga pembabitannya dalam pembunuhan penunjuk perasaan.

Selepas lebih setahun, satu-satunya asas undang-undang yang menyebabkan beliau ditahan ialah berkait satu kes rasuah yang menurut peguamnya, Fareed el-Deeb, akan diselesai dengan segera.
“Apa yang perlu kami lakukan kini ialah prosedur mudah pentadbiran yang akan mengambil masa tidak lebih 48 jam.

“Beliau akan dibebaskan menjelang hujung minggu ini,” kata Fareed.

Tanpa mengesahkan bekas pemimpin Mesir itu akan dibebaskan, satu sumber kehakiman berkata, Hosni akan berada di penjara selama dua minggu lagi sebelum pihak berkuasa kehakiman membuat keputusan terakhir berhubung kesnya.
Hosni bersama menteri dalam negerinya, didapati bersalah dan dihukum penjara seumur hidup tahun lalu kerana gagal menghalang pembunuhan penunjuk perasaan dalam pemberontakan yang menjatuhkannya.

Dia masih menghadapi perbicaraan semula kes itu tetapi ini tidak bermakna dia perlu dikurung di penjara. - AFP

hmetro.com.my

25 anggota keselamatan Mesir maut dalam serangan di Sinai

Gambar Hiasan
Kaherah: Kumpulan militan membunuh 25 polis Mesir dalam serangan paling buruk sejak beberapa tahun lalu ketika negara itu berdepan dengan krisis yang berpunca daripada penggulingan Presiden Mohamed Mursi.
Menurut tentera, militan menembak roket menyasarkan dua bas membawa anggota polis di Semenanjung Sinai, beberapa jam selepas ketua tentera Mesir berikrar untuk menggunakan kekerasan terhadap keganasan yang melanda negara itu.

Serangan itu mencetuskan kebimbangan kemungkinan berlaku semula keganasan kumpulan militan seperti yang berlaku pada 1990-an.
Kejadian semalam berlaku ketika Mesir bergelut untuk menamatkan krisis politik dan pertumpahan darah yang meragut lebih 800 nyawa sepanjang pertempuran lima hari lalu antara penyokong Mursi dengan tentera dan polis di seluruh negara itu.

Antara yang terbunuh dalam keganasan terbaru ialah 36 tahanan Ikhwanul Muslimin yang mati selepas polis melepaskan gas pemedih mata, kononnya selepas mereka menahan seorang anggota polis sebagai tebusan.

Penyokong Mursi berikrar untuk mengadakan tunjuk perasaan semalam selepas membatalkan beberapa perarakan kelmarin atas alasan keselamatan.
Serangan di Sinai itu dilakukan kumpulan militan tidak dikenali ketika anggota polis berkenaan dalam perjalanan ke bandar Rafah yang bersempadan dengan Semenanjung Gaza, Palestin.

Kementerian Dalam Negeri menuduh kumpulan pengganas bersenjata bertanggungjawab dalam serangan itu.
Pihak berkuasa Mesir menutup pusat menyeberang sempadan Rafah sebaik kejadian berlaku.

Keadaan keselamatan di Semenanjung Sinai bertambah buruk sejak tentera menggulingkan Mursi pada 3 Julai lalu dengan serangan militan yang menyasarkan polis dan tentera berlaku hampir setiap hari.

Di tempat lain, pertumpahan darah berpunca daripada keganasan pasukan keselamatan Mesir ke atas penyokong Mursi pada 14 Ogos lalu tidak menunjukkan tanda-tanda akan reda. - Agensi

hmetro.com.my

Polis bunuh 36 tahanan

Gambar Hiasan
Kaherah: Tiga puluh enam tahanan penyokong Ikhwanul Muslimin terbunuh kelmarin ketika didakwa cuba melarikan diri dari penjara.

Terdapat percanggahan mengenai laporan berhubung kejadian itu.

Kementerian Dalam negeri Mesir mendakwa tahanan itu menjadikan seorang pegawai tebusan dan mati kerana lemas akibat gas pemedih mata yang dilepaskan pasukan keselamatan.
“Tiga puluh enam orang tahanan mati akibat lemas dan kesesakan selepas gas pemedih mata digunakan untuk menyekat mereka melarikan diri,” menurut kenyataan yang dikeluarkan kementerian berkenaan.

Kejadian itu adalah pertumpahan darah terbaru sepanjang lima hari lalu yang bermula dengan keganasan tentera dan polis dalam operasi menyurai secara paksa penyokong bekas Presiden Mohamed Mursi.

Agensi berita MENA melaporkan, polis dan tentera menghantar pasukan tambahan ke penjara Abu Zaabal, tempat kejadian itu. Sementara itu, Ikhwan, pergerakan yang membantu kemenangan Mursi pada pilihan raya 2012 berkata, 35 penyokongnya dibunuh di penjara berkenaan walaupun sebelum ini mendakwa jumlah itu melebihi 50 orang.
“Pembunuhan 35 tahanan antipenggulingan mengukuhkan lagi bukti keganasan yang memang disengajakan oleh tentera dan polis,” menurut kenyataan Ikhwan.

Ikhwan sebelum itu membatalkan beberapa perarakan besar-besaran kerana bimbang anggotanya menjadi sasaran tembakan tentera dan sukarelawan yang menyokong penggulingan Mursi.

Menurut pengiraan AFP, lebih 1,000 orang mati sejak tunjuk perasaan menentang Mursi meletus akhir Jun lalu. Ia termasuk anak pemimpin utama Ikhwan yang ditembak oleh pasukan keselamatan Mesir Jumaat lalu. - AFP

hmetro.com.my

Perompak mati dalam kubur

Gambar Hiasan
Beijing: Dua perompak terperangkap dan mati lemas dalam sebuah kubur hingga menyebabkan tiga rakan mereka yang berkawal terpaksa menghubungi anggota polis untuk meminta bantuan.

Kubur purba di Xi’an, wilayah Shaanxi itu dirompak lima lelaki pada awal pagi 10 Ogos lalu. Dua daripada perompak yang menggali lubang pada kubur berkenaan kemudian terperangkap.

Seorang daripada tiga rakan mereka yang ditugaskan untuk berkawal dapat melarikan diri, manakala dua lagi ditahan.
Seorang perompak yang terperangkap ditemui mati manakala rakannya pula menghembuskan nafas terakhir ketika dibawa ke hospital.

Polis masih memburu lelaki yang melarikan diri itu. Pada Mac lalu, empat lelaki didakwa di mahkamah Xi’an kerana menggali mayat wanita dalam usaha untuk menjalankan upacara “perkahwinan hantu”. - Agensi

hmetro.com.my

Cetak potret dalam latte

Taipei: Sebuah rangkaian kedai kopi di Taiwan mereka pencetak khas latte yang mampu mencetak potret pelanggan secara langsung pada minuman mereka.
Ia terbukti menghasilkan kejayaan yang besar buat rangkaian kedai kopi kecil Let’s Cafe yang banyak terdapat di seluruh negara itu.

Berdepan cabaran bersaing dengan kedai kopi yang mempunyai rangkaian lebih besar, mereka menghasilkan gimik yang tulen untuk menarik pelanggan. Let’s Cafe mengetengahkan cara tersendiri untuk memikat pelanggan melalui mesin pencetak kopi. Malah, kedai terkenal seperti Star- buck pun tidak memiliki kaedah menarik itu.
Pelanggan mulanya perlu memuat naik foto dari telefon bimbit mereka ke mesin pembancuh kopi.

Selepas cawan diisi dengan minuman pilihan mereka, pencetak gabungan menggunakan dakwat yang selamat dimakan akan mencetak gambar pelanggan pada buih susu di atas minuman.

Mereka juga boleh menambah ungkapan pada minuman itu. Beberapa pasangan dilihat menambah kata-kata seperti “Saya milik kamu” pada minuman mereka, manakala pelanggan yang mengambil gambar dengan haiwan peliharaan menulis: “Kucing kesayangan saya”. - Agensi

hmetro.com.my

Penyokong Mursi batal perarakan

Kaherah: Pakatan Islam yang menentang penggulingan Presiden Mohamed Mursi semalam membatalkan tunjuk perasaan besar-besaran yang mereka rancang di Kaherah atas alasan keselamatan.

“Perarakan tunjuk perasaan di beberapa kawasan di Kaherah dibatalkan kerana alasan keselamatan,” kata Yasmine Adel, jurucakap Pakatan Anti-Rampasan Kuasa.

Menurutnya, beberapa perarakan dilakukan di tempat lain tetapi tidak dapat mengesahkannya.

Di daerah Dokki di Kaherah, penduduk menawan sebuah masjid yang dirancang digunakan oleh penyokong Mursi sebagai tempat memulakan perarakan.

Sukarelawan kawasan kemenahan kereta yang membawa lelaki berjambang dan memaksa mereka keluar, kata wartawan.

Sementara itu, Ikhwanul Muslimin berdepan dengan semakin banyak kritikan berhubung keganasan yang melanda Mesir.

Kritikan terbaru datang daripada Sheikh Al Azhar yang juga Imam Besar Masjid Al Azhar, Sheik Ahmed el-Tayeb.

Dalam kenyataan rakaman audionya, beliau meminta pengikut Ikhwan menghentikan keganasan.

“Keganasan yang berlaku tidak akan memberikan anda hak, begitu juga pertumpahan darah yang berlaku, tidak akan memberikan anda kuasa,” katanya.

Ahmed sebelum ini menyokong tindakan tentera menggulingkan Presiden Mohamed Mursi pada 3 Julai lalu.

Penyokong Mursi sebelum ini untuk tunjuk perasaan baru di timur dan selatan Kaherah selepas solat Zuhur.

Sekurang-kurangnya 578 orang terbunuh di seluruh negara dalam pertempuran Rabu lalu dan kerajaan berkata 173 lagi mati antara Jumaat dan Sabtu. - Agensi

hmetro.com.my

Lebih kejam dari Mubarak

Kuala Lumpur: “Mereka (kerajaan sementara Mesir) cuba mengalih tumpuan dunia dengan mendakwa mereka sedang memerangi puak pengganas termasuk melabelkan kami kononnya bersaudara dengan kumpulan Al-Qaeda dan Taliban,” kata penyokong Presiden Mohamed Mursi yang digulingkan, Dr Maha Abou El-Azz.
Beliau yang dihubungi Harian Metro di Kaherah semalam berkata, propaganda itu sengaja dicipta bagi mengalihkan tumpuan dunia selain mengurangkan rasa simpati antarabangsa terhadap kezaliman dilakukan mereka saban hari.

“Pelbagai tuduhan dilemparkan kepada kami (penyokong Mursi dan Ikhwanul Muslimin) kononnya kami menyeludup senjata api ke Dataran Raba’ah termasuk Ramsis.
“Terbaru semalam, pihak tentera menuduh kami menggunakan pasukan penembak hendap di menara Masjid Al-Fatah, Ramsis kononnya untuk menembak anggota polis,” katanya.

Menurutnya, tuduhan itu tidak masuk akal kerana helikopter tentera didapati berlegar-legar berhampiran menara masjid berkenaan. “Jika benar mereka adalah penyokong Mursi...sudah tentu helikopter itu sudah ditembak jatuh.

“Kami dituduh sebagai pencetus kekacauan di Mesir. Kami didakwa mencetuskan keganasan dan tidak menghormati hak asasi manusia sedangkan pada masa sama, rakyat Mesir terus dibunuh setiap hari,” katanya.

Dr Maha yang terselamat dalam serangan yang meragut nyawa hampir 3,000 penyokong Mursi di Medan Raba’ah, pagi Rabu lalu mendakwa keganasan berterusan pihak polis dan tentera hanya akan membuatkan lebih ramai rakyat Mesir bangkit dan bersatu.

“Mereka (kerajaan sementara) yang merampas kuasa daripada Mursi menyangka mereka ‘kebal’ kerana dibantu pasukan keselamatan selain mendapat sokongan kerajaan Kuwait, Arab Saudi dan Jordan.
“Keadaan sekarang menampakkan majoriti rakyat Mesir membenci Menteri Pertahanan Mesir (Jeneral) Abdul Fatah Al-Sisi. Cara Al-Sisi menangani penyokong Mursi amat dahsyat dan lebih teruk dari zaman Presiden Hosni Mubarak,” katanya.

Menurutnya, ketika zaman pemerintahan Mubarak selama 30 tahun, hampir 5,000 penyokong Ikhwanul Muslimin dipenjarakan, namun tidak dibunuh.

“Namun, Al-Sisi hanya mengambil masa dua bulan untuk membunuh lebih 4,000 penyokong Mursi yang melakukan demonstrasi secara aman. Dalam demonstrasi dilakukan semalam (kelmarin), seramai 213 penyokong Mursi terbunuh akibat ditembak,Jumlah korban itu meningkat berbanding 173 penyokong Mursi yang maut pada Jumaat lalu,” katanya.

hmetro.com.my

Tentera kepung Masjid Al-Fatih

Gambar Hiasan
Kaherah: Beratus-ratus orang terperangkap awal semalam dalam ketegangan antara penyokong bekas Presiden Mohamed Mursi dengan tentera Mesir di sebuah masjid yang dijadikan rumah mayat sementara.
Ketegangan itu sekali gus meningkatkan kebimbangan kemungkinan keganasan akan merebak dan meluaskan lagi kekacauan di negara itu.

Masjid Al-Fatih di Dataran Ramses dekat tengah Kaherah menjadi kawasan tumpuan baru keganasan apabila lebih 1,000 orang berlindung di dalamnya berikutan pertempuran antara penunjuk perasaan yang ada hubungan dengan Ikhwanul Muslimin dengan pasukan keselamatan.
Penunjuk perasaan membawa rakan mereka yang terbunuh dan cedera dalam pertempuran di Dataran Ramses ke masjid itu, tempat Ikhwan membina sebuah hospital sementara.

Televisyen milik kerajaan EGYNews memetik pegawai tentera sebagai berkata, pasukan keselamatan akan menyediakan laluan selamat kepada mereka yang berada di dalam masjid itu.

Bagaimanapun, mereka yang di dalam bimbang untuk keluar kerana percaya akan diserang samseng berpakaian preman yang ada hubungan dengan tentera seperti yang berlaku beberapa hari lalu, kata seorang doktor dalam masjid itu.
Kumpulan di luar menembak masjid berkenaan, memecahkan tingkap dan kemudian cuba meruntuhkan pintu depannya, kata doktor berkenaan dan dua lagi yang berada dalam masjid itu.

Menurut doktor itu yang enggan mendedahkan namanya kerana alasan keselamatan, tentera memberitahu wanita boleh meninggalkan masjid itu, tetapi lelaki akan ditahan. Bagaimanapun, EGYNews memetik pegawai keselamatan sebagai berkata pemimpin penunjuk perasaan menghalang mereka yang ingin meninggalkan masjid itu.
Media lain menyiarkan rakaman menunjukkan lelaki dan wanita yang berlindung di dalam masjid itu menutup mulut dan hidung kerana bimbang tentera menembak gas pemedih mata ke dalam masjid.

Ketegangan itu berlaku beberapa jam selepas penunjuk perasaan tidak mempedulikan perintah berkurung sebaliknya kekal di Dataran Ramses dan jalan raya berhampiran sementara tentera dengan kereta perisai di kerah mengawal sekeliling dataran itu.

Tentera memberi amaran akan bertindak tegas ke atas mereka yang melanggar perintah berkurung berkenaan, meningkatkan lagi kebimbangan mengenai kemungkinan mereka akan melancarkan serangan seperti Rabu lalu yang meragut lebih 580 nyawa penyokong Mursi.

Pertempuran sengit kelmarin disifatkan sebagai paling buruk pernah berlaku di Kaherah sejak dua tahun lalu bermula selepas solat Jumaat apabila ribuan pengikut Ikhwan menunjuk perasaan membantah keganasan tentera Rabu lalu dan menuntut Mursi dilantik semula menjadi Presiden.

Angka kematian yang dilaporkan kedua-dua pihak berbeza.

Seorang petugas perubatan di Dataran Ramses berkata, 54 orang terbunuh sementara televisyen kerajaan, Nile TV berkata, hanya 17 orang mati sementara 40 cedera.

Di utara Mesir, Nile TV melaporkan, sekurang-kurangnya 16 terbunuh dan 140 lagi cedera tetapi agensi berita al-Ahram memetik pegawai kesihatan sebagai berkata, 21 orang mati.

Jumlah kematian tidak terhad kepada penyokong Mursi dan pasukan keselamatan. Sejumlah penduduk dan wartawan juga terbunuh selepas keganasan itu merebak. - AFP

Hmetro.com.my

Ada bukti suami dimakan rakan

Gambar Hiasan
Moscow: Isteri seorang nelayan warga Russia yang hilang di Siberia mendakwa mempunyai bukti menunjukkan suaminya dibunuh dan dimakan dua temannya.

Rangka Andrei Kurochkin ditemui di dalam hutan Siberia dengan kesan dan menurut balunya, Olga, bedah siasat menunjukkan dia memang dimakan dua rakannya seperti yang dipercayai selama ini.

Dua nelayan dituduh membawa mayat suaminya semalaman melalui hutan dilitupi salji, memakan daging mangsa hingga tiada apa lagi yang tinggal selepas kenderaan mereka rosak.

Kedua-dua kanibal terbabit, Alexei Gorulenko, 35, dan Alexander Abdullaev, 37, masih bebas walaupun seorang daripada mereka mengaku memakan daging teman nelayannya itu sebelum menarik balik pengakuan berkenaan.

Lelaki keempat dalam kumpulan itu masih hilang, dikhuatiri sudah mati.

Bercakap kepada tabloid Komsomolskaya Pravda, Olga berkata: “Saya mempunyai salinan laporan bedah siasat. Ia mengatakan Andrei dibunuh, tubuhnya dikerat sebelum dimakan.

“Punca kematian jelas sekali bukan disebabkan hiportemia atau kelelahan.”

Menurut Olga, bedah siasat mendedahkan suaminya cedera di kepala akibat diserang dengan pisau, menunjukkan dakwaan Gorulenko dan Abdullaev bahawa rakan mereka mati kerana kesejukan tidak benar.

Kedua-duanya ditemui pada 29 November tahun lalu dalam keadaan kurus kering selepas empat sekawan itu menjalani ekspedisi ke timur Russia pada Ogos tahun sama.

Gorulenko dan Abdullaev berkata, mereka terpisah daripada dua rakan yang lain. - Agensi

Sumber : hmetro.com.my

Bawa ratusan kotak gabus dengan beca

Beijing: Gambar menunjukkan seorang wanita mengayuh beca penuh dengan kotak gabus kosong di jalan raya dekat barat Nanjing di Shanghai. 

Ketika melalui sepanjang jalan raya yang sibuk, dia melewati pengguna jalan raya lain yang kelihatan bingung menyaksikan lagaknya.

Beca dikayuhnya dipenuhi lebih 100 kotak gabus yang diikat kemas agar tidak jatuh.

Dengan kotak berkenaan saling bertindihan di belakang wanita itu, ia mungkin dapat menjadi pelindung jika keadaan cuaca berubah buruk.

Kotak gabus itu digunakan untuk mengisi makanan laut dan sayur-sayuran.

Dengan ekonomi China kian berkembang pesat, pemandangan seperti ini adalah perkara biasa di negara itu.

Sumber : hmetro.com.my

Bahagia ke si boroi

Isu ini didebatkan berkurun-kurun lamanya. Lelaki akan bertambah berat badan selepas berumah tangga dan si isteri pula sukar mencari bentuk badan yang lama. Bagaimanapun, situasi ini langsung tidak dilihat sebagai satu masalah, sebaliknya ia hanya dianggap satu perkara normal.

“Bahagialah selepas kahwin, itu yang perut sudah ke depan,” itulah alasan klise bagi mereka yang menegur.
Perubahan ini sememangnya mencacatkan penampilan. Sebetulnya, masalah pertambahan berat badan satu-satunya ancaman kesihatan yang sukar dielakkan, namun bahayanya ia langsung tidak dilihat serius oleh kebanyakan pihak.

Lelaki bujang lebih cenderung hidup aktif, kurang makan dan kurang waktu rehat. Ke sana dan ke mari bersama teman-teman dan setiap masa dipenuhi aktiviti. Malah waktu dan pola pemakanan mereka juga tidak menentu. Lebih-lebih lagi lelaki yang hidup berjauhan daripada keluarga.

Oleh kerana itu, hampir semua lelaki bujang mempunyai bentuk badan menarik dengan perut kempis dan berat badan mereka sekitar 55 hingga 75 kilogram. Namun selepas seseorang lelaki itu mendirikan rumah tangga, dari setahun ke setahun berat badan mereka akan bertambah. Rata-rata mereka sudah tidak lagi hidup aktif.

Lebih banyak masa dihabiskan bersama anak dan isteri di rumah. Jadual makan yang teratur, tambahan pula apabila mendapat isteri pandai dan gemar memasak. Lelaki akan berasa selesa selepas berkahwin kerana ada isteri yang akan menyediakan makanan dan mudah bagi mereka untuk makan.

Berbanding wanita, yang bujang masih tetap memasak. Jadi mereka akan terus memasak selepas berumah tangga, malah menurut kajian wanita akan lebih minat memasak selepas bersuami.

Mereka mula gemar mengumpul resipi dan menonton rancangan masakan. Mereka tertarik dengan aksesori dapur seperti set kuali, periuk dan peralatan memasak walaupun pada zaman bujang mereka tidak begitu.

Apabila dapat menyediakan satu hidangan untuk suami dan melihat suami memakannya, isteri akan berasa cukup puas. Itulah hakikat dan realitinya jika ditanya kepada wanita bergelar isteri.

Selepas berkahwin, kebanyakan lelaki tidak punya banyak aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh. Jadi lemak daripada pemakanan mereka akan mula berkumpul di perut. Lama-kelamaan perut mereka akan mula membuncit atau dalam istilah lain boroi.


Perut ke depan selepas dua tahun

Terdapat dua jenis lelaki boroi, pertama lelaki dengan berat badan bertambah, gemuk dan berperut buncit manakala jenis kedua pula adalah lelaki itu akan bertambah berat badannya tapi masih lagi kurus, cuma bahagian perut saja membuncit.

Walaupun pakar sains tidak dapat menjawab yang lelaki boroi tanda mereka bahagia hidup berumah tangga, tetapi melalui kajian ia terjawab dengan mudah.

Hampir 92% lelaki berkahwin akan boroi selepas dua tahun dan ke atas tempoh perkahwinan. Malah statistik perceraian juga melaporkan hampir 89% kes perceraian berlaku kepada suami yang ‘slim’ dan masih tampan. Berbanding kadar perceraian yang membabitkan suami boroi hanya sekadar 19% kes perceraian.

Mungkin anda terperanjat sekarang, namun itulah hakikatnya. Jadi beruntunglah kepada mereka yang mempunyai suami boroi. Malah kajian yang sama ada menyebut yang lelaki boroi lebih penyayang dan berfikiran jauh serta lebih mementingkan rumah tangga.

Persepsi lelaki dan wanita cukup berbeza. 97% suami mula jemu atau mengelak untuk mengadakan aktiviti seks bersama isteri mereka apabila wanita itu mula gemuk, semakin tidak terurus, kurang perhatian kepada suami, melebihkan anak-anak dan apabila si isteri tidak lagi menitikberatkan penampilan.

97% kes perceraian datangnya daripada masalah isteri sebegini.

Jadi awas dengan penampilan anda. Namun sebaliknya pula bagi isteri. Isteri tidak memandang ke arah rupa paras suaminya selepas berkahwin. Cukup sekadar merapi rambut dengan cantik dan berpakaian kemas, isteri akan terus setia menyayangi suaminya meskipun si suami semakin bulat.

Selalunya suami akan terus mengimpikan isteri cantik dan menarik sepanjang usia perkahwinannya tetapi isteri hanya sekadar mengimpikan suami yang bertanggungjawab dan penyayang. Rupa paras suami seperti boroi, botak dan bau badan bukan lagi ukuran buat mereka sepanjang tempoh perkahwinan.

Walaupun dengarnya seperti tidak adil atau berat sebelah, namun itulah budaya yang sudahpun diterima sejak dulu lagi. Percaya atau tidak, ada juga sebuah blog yang menyenaraikan satu laporan kajian yang menyebut hampir 77% wanita berkahwin memakai susuk pada zaman dulu untuk memastikan suami mereka akan terus setia.

Lihat saja potongan pinggang mereka yang digelar pinggang kerengga, buah dada yang terletak cantik dipadankan dengan kebaya ketat, punggung padat dan bersanggul tinggi. Itulah kekuatan seorang perempuan.


Berisiko hidap diabetes dan jantung

Perut kempis dan kemas bukan saja menambah keyakinan diri seorang lelaki, malah yang lebih penting ia mencerminkan kesihatan pemilik tubuh itu. Maka tidak hairanlah ramai dalam kalangan lelaki berusaha untuk mengekalkan perut menarik dengan susuk gaya menggiurkan.

Terdapat kajian membuktikan lelaki yang memiliki tumpuan lemak di kawasan perut atau disebut juga memiliki bentuk tubuh seperti buah epal, lebih berisiko terkena penyakit diabetes, angin ahmar dan jantung.

Sebelum mentafsir kegemukan dan kaitannya dengan beberapa penyakit berbahaya, seharusnya lelaki mengambil inisiatif dengan melakukan ujian BMI (indeks jisim tubuh). Ini bagi menentukan tahap kegemukan badan seseorang.

Ada kaitannya dengan penyakit jantung pula? Perut buncit dikatakan berkaitan dengan penyakit jantung tapi bukanlah secara langsung. Jika dikatakan kegemukan tubuh keseluruhan, ia secara langsung berkaitan dengan penyakit jantung.

Sindrom itu dinamakan sindrom metabolik. Antara penyakit lain berisiko secara tidak langsung ialah darah tinggi, pradiabetes dan kolesterol tinggi. Semua ini ada berkaitan dengan jantung. Contohnya jika seseorang itu menghidap darah tinggi, individu itu boleh terkena serangan jantung dan diabetes.

Faktor utama buncit disebabkan pemakanan yang tidak seimbang dan kurangnya bersenam. Kedua-dua ini menyebabkan lelaki berisiko tinggi menghidap kencing manis dan masalah kolesterol.

Justeru, jangan hanya menggaru kepala atau terdetik bimbang dalam hati. Kepada lelaki boroi atau hampir ke tahap obesiti, ubah gaya hidup anda.


Ubah gaya hidup

Secara umumnya, seorang lelaki itu harus kurangkan makanan bergoreng dan berkolesterol tinggi. Kurangkan pemakanan berunsur karbohidrat seperti nasi putih, roti putih, kentang, kuih-muih serta kurangkan pemakanan berkalori tinggi seperti berlemak atau berminyak.

Disyorkan mengambil lebih sayur-sayuran dan buah-buahan seperti epal, betik dan limau namun tidak digalakkan ialah tembikai, mangga serta durian.

Lelaki juga digalakkan memakan lebih protein daging putih seperti ikan dan ayam (bukan bergoreng) serta kurangkan mengambil daging merah. Jangan mengamalkan pengambilan minuman yang bergas kerana ia mengandungi gula yang tinggi.

Gaya hidup pula mesti berubah dengan melakukan senaman 30 minit sehari sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Senaman yang disyorkan adalah berjalan secara cepat. Sekiranya seseorang lelaki itu disahkan menghidap penyakit diabetes atau jantung, mereka masih boleh melakukan senaman dan mengamalkan corak pemakanan lebih sihat, cuma sebagai tambahan, mereka perlu mengambil ubat-ubatan tertentu untuk mengawal penyakit mereka.

Apabila seorang lelaki semakin meningkat usia, hormon testeron semakin berkurangan. Oleh itu mereka lebih cenderung untuk gemuk terutama di bahagian pinggang.

Kesimpulannya, orang buncit sebenarnya meninggikan risiko mendapat penyakit diabetes jika ia tidak dikawal melalui pemakanan dan senaman.

Tapi berita baiknya, sempena bulan puasa ini, dapatlah kita sama-sama berdiet dengan sihat. Mana tahu selepas raya nanti, perut kurang sikit menggunung dan lebih elok kalau dapat bentuk yang jauh lebih menarik.

Sumber : hmetro.com.my

Seni menerusi cahaya

Pernah dengar mengenai lukisan dengan cahaya atau ‘light painting’?
Lukisan dengan cahaya adalah satu proses yang terhasil bersama-sama dengan fotografi. Maksudnya, fotografi adalah imej asal yang dilukis ke atasnya pelbagai bentuk pencahayaan.

Menurut sejarah, imej pertama dicetak menerusi cahaya dikenali sebagai ‘heliografi’ yang ditemui oleh Joseph NicÈphore NiÈpce dari Perancis.

Namun, imej heliograf pertama di dunia dilukis pada plat pewter pada 1826. Kini, teknik itu dipanggil ‘long exposure shooting’.

Pada 1935, Laszlo Moholy-Nagy dari Hungary yang mempunyai pengalaman dalam light painting meningkatkan usahanya dalam teknik ‘photogram’.

Minat berterusan pencinta fotografi light painting diteruskan sehinggalah memasuki tahun era 70-an apabila pelbagai hasil seni dilahirkan menerusi teknik cahaya ini.

Begitu juga dengan anak muda dari Pontian, Johor ini yang meminati seni light painting.

Mohd Aizuddin Md Akhsan mula membabitkan diri dengan hobi unik ini sejak Mac 2011.

Di awal pembabitan, dia lebih terarah ke bidang fotografi selepas membeli kamera digital reflek kanta tunggal (DSLR) pada 2010.

“Selepas melihat demo light painting seorang rakan di TV3, saya mula mencubanya sendiri.

“Minat terbabit dikembangkan menerusi kajian, pembacaan di blog dan Internet serta mencari pelbagai maklumat mengenai light painting untuk mengetahui lebih mendalam mengenai teknik dan peralatan yang diperlukan.

“Pelbagai peralatan yang memancarkan cahaya digunakan untuk membentuk imej menarik seperti grafik bebas yang menggunakan ‘doodle’, cahaya bulat dengan ‘halfdome’ dan bentuk matahari menggunakan ‘the sun’,” kata pemuda berusia 27 tahun ini.

Aizuddin, sewaktu membuat pertunjukan light painting di News Straits Times Press (NSTP) turut membawa beberapa rakan yang berperanan mengawal kamera DSLR.

“Saya memerlukan tiga atau lima pembantu untuk kerja-kerja ini.

“Penyediaan mengambil masa 15 minit sebelum melukis imej mengikut jumlah dan keperluan lampu,” katanya.

Baginya, semakin sukar imej yang mahu dilukis, semakin banyak peralatan cahaya digunakan.

Menurut pemegang Diploma Pengurusan Perniagaan, Universiti Putra Malaysia (UPM) ini, dia ingin mengembangkan minatnya ini kerana boleh memberi pendapatan lumayan.

“Kreativiti saya pernah menarik perhatian pengeluar iklan pisau cukur BIC yang memaparkan konsep light painting.

“Saya berharap mampu menarik perhatian masyarakat mengenai keunikan imej light painting yang berlainan dengan lain-lain kesenian,” katanya.

Hubungi talian 014-7313815 atau layari laman lightpainting86.blogspot.com untuk maklumat lanjut.

Sumber : hmetro.com.my

Proton Lancar Suprima S Yang lebih gah

Kuala Lumpur: Pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Berhad (Proton) semalam melancarkan secara rasmi model hatchback mampu milik pertama bagi generasi baru, untuk pasaran tempatan dan global.

Proton Suprima S yang dilengkapi pelbagai ciri teknologi dan keselamatan terkini, turut menerima anugerah lima bintang dalam program Australasian New Car Assessment Program (ANCAP) selepas dinilai menerusi tiga ujian perlanggaran iaitu meliputi bahagian depan dan sisi oleh pakar bebas di makmal khas di Australia.

Pengerusi Eksekutif Proton Tan Sri Mohd Khamil Jamil berkata, Proton fokus dalam menambah baik setiap aspek model terbaru itu, terutama dari segi keselamatan, dan membelanjakan RM200 juta untuk penyelidikan dan pembangunan kejuruteraan.
“Proton bekerjasama rapat dengan vendor dan pembekal untuk mereka bentuk konsep sistem dan komponen Suprima S dari peringkat permulaan, malah pembabitan secara komprehensif bagi memberi jaminan pemahaman dan komitmen tertinggi daripada semua pihak.

“Untuk permulaan, kami mengunjurkan jualan 750 unit sebulan dan yakin akan terus mendapat sambutan hasil pakej menarik ditawarkan,” katanya yang turut bercadang mengeksport model itu ke pasaran Asean bermula di Indonesia, Thailand dan Australia dalam tempoh enam bulan.

Pelancaran Proton Suprima S disempurnakan Penasihat Proton Tun Dr Mahathir Mohamad di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade, di sini, semalam.
Diiktiraf sebagai kereta yang menepati piawaian antarabangsa, Suprima S dilengkapi ciri-ciri keselamatan maksimum seperti enam beg udara, sistem brek anti-kunci (ABS) serta kawalan kestabilan elektronik.

Sebanyak lima warna menarik ditawarkan iaitu Atlantic Blue, Fire Red, Tranquility Black, Solid White dan Genetic Silver dengan jaminan lima tahun atau 150,000 kilometer (km). Ia mula dijual semalam di semua pusat pameran Proton seluruh negara dengan harga bermula RM76,338 bagi jenis eksekutif dan RM79,638 jenis premium.
Sementara itu, Tun Dr Mahathir berharap pendapat bahawa Proton pengeluar kereta murah berkualiti rendah dapat dihapuskan kerana Proton kini mengeluarkan kereta yang sama taraf dengan pengeluar kereta terkenal.

Bekas Perdana Menteri itu juga berkata, Suprima S mampu menarik minat, khususnya golongan muda, yang dilihat lebih menggemari kereta berbentuk hatchback yang lebih ‘sporty’ berbanding sedan.

Sumber : hmetro.com.my

Antisosial pada pagi Syawal

Anti sosial lebih banyak dikaitkan dengan remaja yang lebih senang bersendirian dan berinteraksi bersama gajet seperti telefon bimbit dan komputer riba berbanding masyarakat sekeliling.

Mereka yang termasuk dalam golongan antisosial akan rasa sukar untuk berkomunikasi dengan dunia realiti dan kelihatan kaku terutama apabila diajak bersembang dengan saudara-mara yang bertandang ke rumah.
Namun apabila berinteraksi di dunia maya, mereka boleh dilabel antara golongan yang hebat dalam mengeluarkan hujah dan fakta tapi apabila di dunia sebenar, mulut bagaikan terkunci rapat dan tangan aktif menekan punat telefon bimbit.

Malah tidak hairanlah meskipun pada zaman kecanggihan teknologi, ada remaja yang lebih ‘rela’ memandang skrin telefon bimbit lebih lama daripada memandang wajah saudara-mara. Situasi ini membuatkan semangat beraya dan ikatan persaudaraan itu tidak dapat dipupuk semasa Aidilfitri.

Sikap antisosial ini jelas kelihatan ketika sambutan hari raya di mana ketika tetamu bertandang ke rumah tetapi ‘tuan rumah’ pula ligat muat naik gambar, menukar status dan menukar profil gambar di Instagram yang mudah diakses menerusi telefon bimbit sehingga boleh menyebabkan tetamu berkecil hati.

Apabila si antisosial tidak membuang sikap buruk mereka itu, akan timbul kesan seperti kurangnya keharmonian dalam kekeluargaan dan kemampuan dalam bersosial di dunia luar. Bahkan mereka merasakan berinteraksi di laman sosial lebih menyeronokkan dan mudah berbanding secara bersemuka.

Kemodenan teknologi yang pelbagai membuatkan ramai remaja bersikap antisosial. Mereka dilabelkan antara golongan yang cenderung untuk bersikap tidak ambil pusing ­dengan keadaan sekeliling dan lebih gemar mengutamakan gajet kerana berupaya meneroka apa saja di Internet dengan istilah ‘dunia tanpa sempadan’.

Tidak dapat disangkal lagi, laman sosial membantu dan mempermudahkan penggunanya untuk berinteraksi dengan orang lain tidak kira sahabat, keluarga, saudara-mara atau mereka yang tidak dikenali.

Namun pengaruhnya terhadap remaja menyebabkan mereka tidak menghiraukan ahli keluarga tanpa mengira waktu walaupun pada musim perayaan yang sepatutnya diluangkan bersama sanak saudara.

Dua laman sosial iaitu Facebook dan Twitter paling mendapat tempat di hati pengguna Internet khususnya remaja dengan statistik paling ramai. Kedua-duanya memiliki jutaan pengguna dan makin bertambah setiap hari. Ini antara sebab yang membuatkan anak muda alpa dan tidak peka dengan keadaan sekeliling kerana terlalu khusyuk mengakses laman sosial terbabit.

Sikap antisosial yang suka menyendiri umum­nya berpunca daripada sikap ketagih teknologi yang berkait rapat dengan gajet.

Apabila individu terjebak dengan virus antisosial ini, ia secara tidak langsung membuatkan dia dipulaukan keluarga, rakan dan masyarakat sekeliling kerana kurang berkomunikasi dengan mereka. Fenomena ini tidak terkecuali berlaku pada pagi Syawal.

Difahamkan, sebab utama sikap antisosial ini wujud dalam diri seseorang kerana kurang bijak membahagiakan masa di dunia maya dan realiti.


Adab menerima tetamu

Pelbagai adab yang perlu anda ketahui ketika beraya di rumah rakan ketika Aidilfitri. Anda mungkin terlupa adab sebagai tetamu dan adab melayan tetamu yang datang ke rumah.


1. Memberikan layanan yang baik

Seharusnya tetamu dilayan dengan baik dan tanya khabar tetamu yang datang ke rumah ketika pagi 1 Syawal. Buka pintu rumah jika terdengar ada tetamu yang memberi salam. Jangan malas untuk membuka pintu atau melengah-lengahkan masa untuk menjemput tetamu masuk kerana mereka akan menganggap anda tidak suka kedatangannya.


2. Menyediakan jamuan yang termampu

Orang-orang tua pada zaman dulu memang sangat suka menerima tetamu dan melayan mereka dengan sehabis baik disertakan dengan hidangan kelas pertama. Namun ia mengikut kemampuan tuan rumah untuk menghidangkan jamuan kepada tetamu yang datang. Jika tidak mampu, memadai dengan makanan yang biasa saja. Kalau hanya terdapat air ‘bujang’ atau biskut kering saja, tidak salah untuk menjamu mereka.


3. Menunjukkan wajah yang manis

Senyum ketika menerima tetamu tidak kira siapa juga mereka itu pada anda. Ingat jangan sesekali membuat muka yang tidak senonoh atau tidak disenangi di hadapan tetamu kerana mereka akan terasa hati dengan perlakuan anda. Walaupun ketika itu anda dalam keadaan penat agar tidak timbul fitnah di belakang anda nanti.


Apa pula peranan kita sebagai tetamu?

Adab sebagai tetamu harus dihayati agar hubungan yang ada kekal harmoni. Namun sebagai remaja, perlu ingat juga adab sebagai tetamu agar tuan rumah tidak jelek dengan kerenah yang anda tampilkan. Sedangkan Islam menggesa umatnya agar saling bermaafan pada Hari Raya dan tidak lupa dengan adabnya.


1. Mengunjungi rumah kawan pada waktu yang sesuai.

Elakkan pergi beraya ke rumah kawan pada waktu malam kerana berkemungkinan tuan rumah itu sedang berehat selepas penat melayan tetamu pada siang hari. Tetamu juga diingatkan agar tidak duduk dan bersembang dengan tuan rumah terlalu lama sehingga mengganggu urusan peribadi tuan rumah yang lain.


2. Berilah salam sebelum masuk ke rumah.

Adab sebagai seorang Islam sebelum masuk ke rumah orang lain haruslah memberikan salam dan selepas salam dijawab oleh tuan rumah, baru tetamu boleh masuk ke rumah tetapi jika salam tidak disambut, tetamu mesti menunggu dengan sabar di luar rumah sehingga tuan rumah keluar dan menjemput masuk.


3. Elakkan mata daripada meninjau keadaan di dalam rumah.

Perkara ini yang sering kali tetamu amalkan di mana suka melihat barang-barang atau almari kabinet tuan rumah terutama jenama yang digunakan. Sikap ini tidak harus anda lakukan semasa di rumah orang lain. Namun jika tuan rumah baru membeli barang baru sebagai perhiasan di rumah dan anda teringin melihatnya, minta izin dulu daripada tuan rumah sehingga dia membenarkannya.


4. Memuji makanan yang disediakan.

Harus diingatkan agar anda bermanis mulut ketika menjamah makanan yang tuan rumah sediakan. Cuba ikhlas dalam kata-kata pujian itu tetapi jika makanan yang dihidangkan tidak memenuhi cita rasa anda, jangan sesekali memberikan komen negatif yang tidak enak didengar.


5. Tidak tunggu di hadapan pintu rumah.

Selepas memberi salam anda berdiri dan tunggu tuan rumah membuka pintu di tepi dinding yang berhampiran dengan pintu rumah. Ini bertujuan agar tuan rumah tidak malu jika pakaian yang dipakainya terdedah atau menampakkan aurat. Tetamu juga harus menunggu dengan sabar dan memberi masa kepada tuan rumah untuk menjemput masuk. Sebelum pulang ucapkan terima kasih dengan layanan yang diberikan.

Sumber : hmetro.com.my

Pokai lepas raya

Peruntukan kewangan antara bajet penting yang harus diutamakan ketika Syawal menjelma. Segala persiapan dari segi pakaian, peruntukan duit raya, kos perjalanan untuk pulang ke kampung, kos selenggara kenderaan hingga ke juadah makanan perlu diawasi dan dirancang dengan bijak.

Mereka yang berkemampuan tiada masalah. Namun bagaimana pula golongan yang tak berhemah dan terlalu ghairah untuk memiliki barangan keperluan raya?


Isu ini tidak timbul jika individu itu melakukan perancangan awal. Sebelum beli keperluan raya, perlu ‘beringat’ kesan buruk yang bakal berlaku jika boros dalam berbelanja.

Tak salah jika sakan membeli kerana raya hanya disambut setahun sekali, namun tak perlulah hingga memudaratkan diri selepas raya dengan hutang keliling pinggang. Bayang­kan kalau makan masa bertahun untuk dilunaskan?

Bahkan bukan saja keperluan penting yang dibeli malah perabot kabinet dan aksesori rumah turut ditukar yang harganya bukan ratusan ringgit tapi ribuan ringgit! Semua ini perlu guna duit ba­nyak, namun ia hak individu itu untuk berbelanja asalkan tak susahkan orang sekeliling. Orang kata, ukur baju di badan sendiri.


Kad kredit

Pernah tak terfikir beban dalam penggunaan kad kredit? Benar kad kredit membantu masalah kita dengan sekelip mata tanpa perlu membawa wang tunai yang banyak ketika membeli-belah tetapi ada kesan buruk bakal wujud, malah mengambil masa untuk selesaikan hutangnya.

Apabila sudah guna kad kredit hingga ‘tak ingat dunia’ maka hidup dalam bebanan apabila tak dapat langsaikan hutang. Justeru, pengguna disarankan tidak sesekali membawa kad kredit semasa keluar berbelanja agar dapat berbelanja dengan penuh hemah. Bayangkan penggunaan kad kredit berjumlah RM5,000 dan harus dilangsaikan hutang selama tujuh tahun. Beban yang belum tentu anda mampu menggalasnya.

Tak salah jika ada individu yang masih guna kad kredit asalkan segera bayar agar tidak ada caj tambahan yang dikenakan kerana lewat bayar.

Alternatif lain yang boleh dilakukan untuk elak pokai, arahkan pihak bank untuk letak had dalam perbelanjaan anda supaya ­penggunaan kad kredit seterusnya tidak membebankan anda untuk membayarnya.


Elak sengkek

Pelbagai cara boleh dilakukan untuk mengelakkan diri daripada pokai selepas raya. Antaranya dapatkan Perancangan Kewangan Berdaftar (RFP) yang boleh bantu diri untuk laksanakan rancangan kewangan yang komprehensif.

Tidak semua orang tahu cara terbaik untuk simpan duit dan cara guna duit. Ada dua jenis individu apabila sebut berkaitan duit iaitu orang yang boros berbelanja atau jenis jimat berbelanja.

Ada ketikanya mereka tak tahu cara penggunaan duit yang mampu jamin masa depan, jadi lantik perancang kewangan terutama apabila ada perniagaan besar.

Asingkan wang perbelanjaan yang penting ke dalam sampul berbeza dan nyatakan butiran tertentu di hadapan sampul agar lebih mudah untuk berbelanja. Kaedah ini antara yang terbaik boleh dilakukan agar diri tidak ‘terbabas’ berbelanja lebih.

Had perbelanjaan seperti tidak makan di luar, elak diri daripada beli makanan ringan yang membazir dan kurangkan langganan TV berbayar antara yang mampu anda lakukan. Bukan?


Pengaruh barang ­promosi

“Seseorang itu jadi pokai lepas raya kerana tak rancang betul-betul barang apa yang nak dibeli dan barang promosi juga mampu beri pe­ngaruh kuat, daripada tak nak beli, terus beli.

“Akibat sikap itu, duit keperluan diri habis dan tak mampu nak tampung hidup selepas raya selain beban hutang terpaksa dilangsaikan segera.

“Sebelum buat keputusan untuk beli barang raya, asingkan duit untuk komitmen lain seperti kereta, bil, duit belanja mak ayah dan keperluan lain. Selepas itu, baki yang lebih baru bahagikan untuk beli barang keperluan raya dan selepas raya.

“Pokai sering terjadi kepada kaum hawa sebab wanita biasanya cenderung membeli-belah untuk sambut raya berbanding lelaki yang selalu pakai saja baju Melayu raya tahun lepas.

“Bayangkan perempuan tak sah kalau tidak ada tiga hingga empat pasang baju raya, tak termasuk aksesori lain seperti beg tangan dan kasut. Bagi yang sudah berkahwin semestinya inginkan keperluan untuk buat biskut raya dan perhiasan rumah yang lain,” katanya.

Nama: Wan Nur Farah Najwa Wan Ahmad, 24,
Tempat: Kuala Lumpur


Senaraikan perbelanjaan

“Kalau tak bijak dalam berbelanja, akan mudah pokai dan bila tak beringat, akan beri kesan buruk untuk jangka masa panjang. Sebelum berbelanja, senaraikan barang yang ingin dibeli dan utamakan yang penting saja agar tidak boros.

“Islam melarang umatnya buat pembaziran sedangkan ada insan lain yang tak mampu dan hidup dalam kemiskinan.

“Berbelanjalah ketika perut tidak lapar agar diri tidak berbelanja lebih kerana bila dah keluar membeli-belah, pasti kita ingin makan di tempat yang mahal. Jadi elakkanlah,” katanya.

Sumber : hmetro.com.my

Anak muda lebih suka beraya depan TV?

Tak payahlah bersungguh-sungguh membeli-belah pakaian dan kelengkapan beraya kerana penghujungnya, semua itu hanya terperap dalam almari kerana langsung tidak digunakan. Mana tidaknya, balik daripada sembahyang raya hinggalah penyudah, si anak muda lebih suka duduk terperap di rumah.

Mak ayah dan adik-adik sibuk menziarahi rumah saudara tapi anak sulung entah ke mana.
Itulah tabiat kebanyakan anak bujang hari ini yang langsung tidak sensitif mengenai pengertian sambutan hari raya. Mereka tidak menikmati dengan sepenuhnya, sebaliknya lebih gemar memilih duduk di rumah.

Alasan? Sudah besar dan malu untuk keluar bersama keluarga lagi.

Gen.Y tidak mahu membuat andaian atau kesimpulannya sendiri. Justeru, kami mendekati Izzwan Shahzerill Huzaifah yang kini berusia 17 tahun bagi mendengar sendiri perspektifnya.

“Bukan tidak mahu beraya, tapi jujurnya memang malas untuk bertemu saudara yang sudah biasa saya jumpa kalau bukan hari raya sekalipun. Bezanya kali ini kita pergi rumah mereka dengan berpakaian baju Melayu, songkok dan menjamu selera.

“Rasanya kalau kecil memang relevan tapi sudah besar panjang, macam kelakar pun ada,” katanya.

“Walaupun saya masih bersekolah dan masih menerima duit raya, tapi kadang-kadang saya rasakan ia tidak sesuai untuk saya mengumpul RM1 atau RM2 daripada saudara-mara setiap kali datang beraya.

“Bukan sombong tapi itu lebih sesuai untuk adik-adik saya yang lebih kecil. Selalunya saya akan lebih selesa kalau berkunjung ke rumah kawan-kawan ataupun majlis rumah terbuka cikgu.

“Itu lebih seronok kerana berjumpa kawan-kawan, bersembang mengenai sekolah dan kemudiannya bergambar, itu lebih menarik berbanding ke rumah saudara dan duduk hingga berjam-jam.

“Mak dan ayah mestilah seronok ke rumah saudara-mara kerana banyak benda mereka boleh sembang. Tapi budak muda macam saya langsung tidak boleh ‘blend’ dengan sembang mereka.

“Itu yang membuatkan saya mati kutu setiap kali beraya. Kalau terpaksa juga, saya selalunya akan lebih senyap, bersalaman dan kemudian makan ataupun duduk di luar rumah saja menunggu mak dan ayah sudah beraya,” kata anak sulung daripada enam beradik ini.


Malas beraya

Bagaimanapun, jelas Izzwan, ada kalanya dia terpaksa menipu bagi mengelakkan terus dipaksa mak ayah untuk pergi beraya.

“Kereta bukanlah besar untuk sumbat kami sekeluarga. Itu pun antara alasan saya malas nak beraya. Kemudian saya tidak berapa gemar mengenakan baju Melayu kerana kainnya yang panas dan membuatkan saya cepat rimas.

“Lebih baik duduk di rumah menonton TV kerana banyak program dan drama atau filem menarik yang ditayangkan dari pagi sampai ke malam. Sampai panas peti TV saya kerjakan!

“Kalau mak paksa juga, saya akan tipu kononnya ada kawan nak datang rumah ataupun nak tolong jaga rumah. Maklumlah musim perayaan memang banyak pencuri dan kes pecah rumah.

“Itu saja alasan yang ada untuk mengelak daripada pergi beraya,” katanya ketawa.

Lain pula kisahnya dengan M F Atrash yang sudahpun bekerja. Mengakui pernah melalui zaman ‘malas beraya’ ketika masih bersekolah dulu, namun kini katanya, menziarahi rumah saudara-mara adalah satu kemestian setiap kali menjelang hari raya.

“Dulu memanglah sebab masih sekolah dan tidak boleh membuat keputusan sendiri. Pergi beraya pun satu kereta dengan keluarga, jadi kalau bosan tak boleh nak lari. Tapi apabila sudah besar, saya memandu sendiri dan itu lebih mudah untuk bergerak.

“Kiranya kalau bosan di sesetengah rumah itu, saya boleh mencari alasan dengan balik dulu ataupun merayap ke mana-mana. Tidaklah terperangkap dengan agenda mak dan ayah saja.

“Lagipun apabila sudah besar, belajar dan kemudian bekerja di bandar, memang jarang sekali kita duduk berbual atau berjumpa saudara dan sepupu. Jadi bulan raya saja kita berpeluang duduk berkumpul dan bersembang panjang.

“Sepupu yang sebaya dan dulunya teman sepermainan pun ada yang sudah berkahwin dan dapat anak, jadi inilah saat paling istimewa setiap kali beraya, selain duduk berkumpul sekeluarga.

“Soal program TV memang langsung tidak tersenarai lagi dalam rutin sepanjang cuti beraya. Walaupun macam-macam filem dan program menarik, saya langsung tidak tahu waktu tayangannya kerana tidak langsung duduk depan TV.

“Itulah kelakarnya berbanding zaman kecil dulu yang tidak akan berganjak dari depan TV,” katanya.

Kesimpulannya, anak remaja memang selalunya punya agenda sendiri dan jenis yang melawan arus terutamanya apa yang dipesan ibu bapa. Musim beraya bukanlah satu hari yang istimewa, sebaliknya mereka lebih gemar bersendiri dan bertemu kawan-kawan.

Proses seronok beraya adalah ketika zaman kanak-kanak saja dan kemudiannya apabila sudah dewasa. Remaja adalah fasa untuk mencari identiti diri dan rasa bebas maksimum.

Bagaimanapun, jangan sesekali mengabaikan cuti beraya dan saat berkumpul bersama keluarga kerana ia hanya datang sekali setahun.

Sumber : hmetro.com.my

Mahasiswa Ditangkap meniru?

Kes meniru banyak berlaku dalam kalangan mahasiswa di institusi pengajian tinggi (IPT). Banyak laporan mereka ‘kantoi’ selepas berjaya ditangkap oleh ­pengawas yang menjaga dewan peperiksaan.

Apakah mereka tak yakin dengan jawapan yang diberikan sehingga menjadi punca berkelakuan buruk itu? Dalam satu laporan media tidak lama dulu, seorang pelajar Fakulti Sains dan Teknologi dari sebuah universiti ditangkap ketika menjawab peperiksaan yang bermula pada jam 3.30 petang dan berakhir jam 5.30 petang.
Mahasiswa yang ditangkap itu sepatutnya tamat pengajian akhir selepas menduduki kertas peperiksaan terbabit tapi terpaksa ulang semula untuk ambil peperiksaan bagi semester hadapan untuk membaiki keputusannya.

Aktiviti meniru pelajar itu terbongkar apabila didapati terdapat kertas A4 di dalam tandas untuk dia jadikan rujukan dan kerap kali keluar untuk ke tandas selepas diekori seorang pengawas lelaki.

Sekembalinya dari tandas, pelajar lelaki itu dibawa oleh tiga orang pengawas dan pensyarah yang mengajar subjek itu.

Pihak universiti berharap tangkapan itu menjadi iktibar kepada semua mahasiswa di negara ini agar jujur ketika menjawab peperiksaan besar dan bersiap sedia dengan ulang kaji untuk memudahkan diri menjawab soalan.

Pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) seharusnya mening­katkan penghayatan nilai murni kepada semua mahasiswa IPT untuk membendung masalah sosial ini yang membuat mahasiswa tidak dapat bersaing dengan baik lalu menjejaskan imej universiti.

Bagi kes meniru, ada pelajar mengatakan rasa tertekan ketika melihat jadual peperiksaan yang terlalu padat membuatkan diri tak sempat mengulang kaji de­ngan teratur, lalu ambil jalan mudah dengan meniru.

Difahamkan soalan peperiksaan itu bukan memerlukan kefahaman tetapi perlu pelajar menghafal yang membuatkan pelajar berbuat demikian terutama apabila semua subjek yang diduduki itu memerlukan komitmen lebih.

Pun begitu ‘tak sengaja bawa’ jadi alasan pelajar yang ditangkap untuk melepaskan diri. Sedangkan sebelum melangkah kaki ke dewan peperiksaan, pengawas yang bertugas akan beri arahan kepada pelajar supaya tidak membawa sebarang nota yang buat pengawas curiga.

Sumber : hmetro.com.my

Droid Maxx : Bateri tahan 48 jam

Baru-baru ini, syarikat yang sudah lama tidak meniti nama dalam industri mudah alih, Motorola Mobility mengeluarkan telefon terbaru mereka selepas syarikat terbabit diambil alih, Google.

Bukan satu, Motorola menghasilkan tiga model sekali gus iaitu Droid Maxx, Droid Ultra dan Droid Mini yang turut mempamerkan kekuatan syarikat terbabit melalui ketahanan bateri luar biasanya.

Droid Maxx direka berdasarkan rekaan unibodi lengkap bersama saiz skrin 5.0 inci yang ditetapkan pada skrin jenis AMOLED Gorilla Glass beresolusi 720 x 1280 piksel.

Pada tahap kenipisan sehingga 8.5mm, Maxx mempunyai ketahanan bateri hebat iaitu 3500mAh yang mampu bertahan 48 jam meskipun anda berada dalam mod aktif.

Peranti sama akan beroperasi 24 peratus lebih laju apabila ia menggunakan sistem X8 lapan teras termasuk pemprosesan grafik Quad Core, Dual-App, perkomputeran kontekstual dan pemprosesan biasa.

Memori yang disediakan termasuk 64GB dengan kelajuan 1.7GHz Dual Core dan RAM sebanyak 2GB, kamera 10 megapiksel 1080p HD dan kamera depan 2.0 megapiksel.

Sementara itu, model Droid Ultra didatangkan dengan tahap kenipisan 7.18mm, sekali gus menjadikannya Droid ternipis yang pernah dikeluarkan.

Ultra lengkap skrin 5.0 inci AMOLED 720p dan memiliki bateri berkuasa 2130mAh yang mampu bertahan selama 28 jam.

Model terbabit menggunakan kapasiti memori 16GB selain pemprosesan 1.7GHz Dual Core dan RAM sebanyak 2GB.

Droid Mini yang hadir bersama saiz 4.3 inci yang mempunyai skrin 720p selain bateri 2000mAh dan masih mampu bertahan selama 28 jam meskipun cas tambahan.

Masih sama seperti Droid Ultra (kecuali memori), Mini mempunyai kadar memori 16GB, pemprosesan 1.7GHz Dual Core dan RAM sebanyak 2GB.


SPESIFIKASI

Motorola Droid Maxx

Harga: anggaran RM900
OS: Android 4.2.2
Skrin: 5.0 inci HD AMOLED, 1280 x 720p. 294ppi
Pemprosesan: 1.7GHz Snapdragon S4 Dual Core, X8
RAM: 2GB
Setoran: 32GB
Kamera: 10MP
Bateri: 3500mAh
Rangkaian: LTE, CDMA, GSM
Port: microUSB, 3.5mm
Dimensi: 137.5 x 71.2 x 8.5mm
Berat: 167g


Motorola Droid Mini
Harga: anggaran RM300
OS: Android 4.2.2
Skrin: 4.3 inci HD LCD, 1280 x 720p. 342ppi
Pemprosesan: 1.7GHz Snapdragon S4 Dual Core, X8
RAM: 2GB
Setoran: 16GB
Kamera: 10MP
Bateri: 2000mAh
Rangkaian: LTE, CDMA, GSM
Port: microUSB, 3.5mm
Dimensi: 121.3 x 61.3 x 8.9mm
Berat: 130g


Motorola Droid Ultra
Harga: anggaran RM600
OS: Android 4.2.2
Skrin: 5.0 inci HD AMOLED, 1280 x 720p. 294ppi
Pemprosesan: 1.7GHz Snapdragon S4 Dual Core, X8
RAM: 2GB
Setoran: 32GB
Kamera: 10MP
Bateri: 2130mAh
Rangkaian: LTE, CDMA, GSM
Port: microUSB, 3.5mm
Dimensi: 137.5 x 71.2 x 7.18mm
Berat: 137g

Sumber :hmetro.com.my

Adat naik buai rai si comel

Adat naik buai suatu ketika dulu pernah menjadi amalan lazim pasangan Melayu yang baru mendapat cahaya mata, namun ia semakin dilupakan generasi muda kini. 

Kebiasaannya adat ini yang juga dipanggil ‘berendoi’ dilakukan selepas upacara mencukur rambut bayi iaitu pada hari ketujuh selepas bayi dilahirkan atau hari terakhir berpantang ibu iaitu hari ke-44 selepas bersalin.

Ia bagi meraikan kelahiran anak di dalam sesebuah keluarga selain memaklumkan kepada masyarakat

Majlis naik buai
Adat naik buai lazim­nya dilakukan masyarakat Melayu yang mengamalkan adat perpatih, namun amalannya masa kini ba­nyak perbezaan berbanding zaman dulu.

Di Melaka, antara kawasan yang masih mengamalkan adat itu ialah Taboh Naning, Melaka Pindah dan Lubok Cina.

Seorang pengamal adat itu, Maharam Tambi, 71, dari Ramuan China Besar berkata, dulu naik buai dilakukan pada hari ke-44 selepas ibu bersalin.

Dia yang lebih dikenali ‘wan (nenek) Meram’ berkata sebatang kayu api yang belum dibakar dimasukkan dalam buaian menggunakan tali daripada pokok enau dan diayun nenek atau individu paling tua dalam keluarga.

“Kayu itu bagi menghalau semangat jahat, konon­nya akan menyerap sema­ngat jahat itu.

“Kayu itu kemudian dikeluarkan sebelum bayi diletakkan dalam buaian,” katanya.

Alatan logam seperti parang yang diletak di bawah buaian ketika majlis itu dipercayai untuk menghalau syaitan.

“Bayi akan dibuai nenek sehingga tidur sebelum diserahkan kepada ibunya,” katanya.

Namun, katanya majlis naik buai pada masa sekarang banyak berubah de­ngan meninggalkan amalan khurafat seperti menghalau semangat jahat serta dibuat secara besar-besaran.

Suami isteri yang mengadakan majlis naik buai, biasanya menyediakan buaian bayi menggunakan kain sarung dan dihias bunga-bungaan.

Majlis itu, katanya, kini dimulai dengan bacaan doa selamat dan marhaban membabitkan golongan wanita.

Bayi kemudian dimasuk ke buaian oleh datuk atau nenek dan buaian diayun perlahan-lahan sambil bermarhaban.

Wan Meram berkata sebelum majlis berakhir, tetamu dihidangkan pulut kuning atau bubur kacang dan bunga telur dihadiah kepada tetamu.


Bercanggah agama?

Adat naik buai yang diamalkan ma­syarakat Melayu tidak terdapat dalam ajaran Islam, mungkin menjadi antara punca ia tidak diamalkan pada masa kini.

Malah, dikatakan amalan itu turut disertai dengan jampi serapah dan mantera berikutan masyarakat Melayu dulu lebih terpengaruh dengan budaya dan ajaran agama lain.

Pegawai Hal Ehwal Islam Bahagian Sumber Maklumat Jabatan Mufti Melaka, Nor Aminuddin Azis, berkata adat itu kini diolah termasuk dengan pengisian doa dan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w bagi mengelak khurafat.

“Adat yang membabit­kan khurafat dan jampi serapah boleh menjejaskan akidah umat Islam apatah lagi adat-adat ini membawa kita keluar daripada Islam tanpa disedari.” katanya.

Katanya, iringan nazam, berzanji atau qasidah ketika majlis itu boleh dielakkan kerana tidak diamalkan Rasulullah s.a.w.

“Jika ada iringan nazam atau berzanji, pastikan melodi yang digunakan tiada unsur pemujaan selain memuji Allah,” katanya.

Menurutnya, sebaik-baiknya lakukan ibadat akikah dengan menyembelih binatang ternakan ketika mencukur rambut bayi sebagai tanda syukur kepada Allah.

“Tahnik, akikah, mencukur rambut dan memberi nama pada hari ketujuh kepada bayi yang dilahirkan adalah amalan dilakukan Nabi Muhammad s.a.w kepada cucu-cucu baginda iaitu Hassan dan Husein,” katanya.

Namun, katanya, sunnah mencukur rambut itu juga seringkali disalah erti masyarakat dengan menggunapakai istilah ‘cukur jambul’ hingga mengundang kekeliruan.

Hakikatnya, amalan bercukur rambut bayi perlu dilakukan dengan mencukur keseluruhan rambut dan kemudiannya ditimbang dan dinilaikan dengan harga emas semasa sebelum wang itu disedekahkan kepada fakir miskin.

Katanya penyediaan beberapa kelengkapan seperti kelapa muda, air tepung tawar, beras kunyit, bertih jagung dan bunga rampai terpesong daripada ajaran Islam.


Promosi adat

Adat naik buai antara 154 butiran terdiri daripada tapak, objek ketara, objek tidak ketara dan tokoh orang hidup yang diisytiharkan Kementerian Komunikasi dan Multidmedia sebagai Warisan Kebangsaan Negara.

Ia dikategorikan sebagai warisan adat dan budaya selain berlenggang perut, adat perpatih Negeri Sembilan dan Naning serta adat Temenggung bertujuan me­ngekalkan warisan dan budaya masyarakat negara ini.

Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Melaka Rodzuan Ismail mengakui adat naik buai semakin dilupai sedang­kan ia dilakukan pasangan suami isteri bagi membolehkan si anak didendangkan dengan nazam dan lagu berunsurkan nasihat supaya membesar sebagai insan berguna kepada masyarakat.

Justeru, bagi memastikan kelangsungan adat naik buai, JKKN mengadakan majlis itu dengan meraikan 30 bayi di Kampung Kampung Melaka Pindah, baru-baru ini.


Rai anak pertama

Bagi Mohd Attas Abdul­lah, 48, kelahiran putera sulungnya, Harith Hamzah, lima bulan, adalah saat paling bahagia dalam kehidupannya dan isteri.

Pasangan itu yang berkahwin tiga tahun lalu teruja apabila dijemput menyertai majlis naik buai anjuran JKKN bagi meraikan anak sulung mereka.

“Adat naik buai ini menunjukkan kita bersyukur kurniaan dan kebesaran Allah,” katanya.

Bagi pasangan Azman Abd Ghani, 30, dan Zurina Osman, 30 berkata, menyertai majlis naik buai adalah peluang yang jarang diperoleh sekarang.

“Peluang seperti ini bukan semua orang dapat, majlis sebegini jarang dianjurkan lagi, apatah lagi diraikan bersama bayi lain,” katanya.

Pasangan yang dikurniakan anak kembar lelaki, Azril dan Azrizil yang berusia dua
bulan itu berharap majlis itu dapat diteruskan di masa depan. - BERNAMA

Sumber : hmetro.com.my

Kemaruk seks dengan kucing

Gambar Hiasan
Boise (Idaho): Seorang lelaki yang gemar memakai pakaian seperti anjing ditahan bukan kerana kostum itu, sebaliknya akibat kemaruk melakukan hubungan seks dengan seekor kucing.

Ryan Havens Tannenholz, 28, dituduh mendera secara seksual haiwan peliharaannya itu beberapa kali selama setahun. Polis menahan Tannenholz, pada 1 Ogos lalu dan kini berdepan enam pertuduhan jenayah luar tabii dan satu salah laku kezaliman terhadap haiwan. Tannenholz dikenali sebagai “si bulu” gelaran diberikan penduduk tempatan terhadap individu yang memakai kostum haiwan.

Menurut Flayrah, laman web “golongan si bulu”, dia mempunyai pelbagai kostum termasuk anjing, serigala, anjing putih dan musang. Foto di laman media sosial dimuat naik Tannenholz menunjukkan dia memakai kostum untuk watak makhluk bergelar Bubblegum.

Tannenholz kini ditahan reman sebagai ganti jaminan AS$250,000 (RM820,388) dan berdepan hukuman penjara lima tahun jika disabitkan.

Waran tangkap dikeluarkan pada 31 Julai lalu dan dia ditahan pada keesokan harinya.

Bagaimanapun polis tidak menjelaskan bagaimana kegiatannya itu terbongkar.
Di laman web Bubblegum Husky milik Tannenholz, dia menjelaskan minatnya terhadap kucing dan memberitahu nama kucing peliharaannya ialah Einstein. Tannenholz menulis: “Pernahkah anda melayari Internet dan melihat video kucing? Bubblegum Husky pasti ada dan anda tahu, ia benar-benar menyeronokkan! “Kucing haiwan yang sangat berbulu, lembut dan manja. “Hanya Bubblegum Husky yang benar-benar menghargai bagaimana hebat sebenarnya haiwan berbulu ini,” katanya dalam satu kenyataan. - Agensi

Sumber : hmetro.com.my

Mayat wanita tinggal separuh dimakan kucing peliharaan

Gambar Hiasan
London: Seorang wanita Hampshire ditemui dengan tubuhnya tinggal separuh selepas dimakan oleh kucing peliharaannya berikutan mayatnya tidak ditemui selama dua bulan.

Mayat Janet Veal ditemui di dapur kediamannya, dua bulan selepas dia meninggal dunia bersama sebilangan besar kucing dan anjing yang hidup dan juga yang sudah mati.

Haiwan berkenaan terperangkap dalam ruang sempit bersama mayatnya dan kemungkinan tidak diberi makan sejak beberapa bulan. Pegawai polis yang berkunjung ke kediamannya menjelaskan bahawa mayat wanita berusia 56 tahun itu sudah “digigit dan dimakan” oleh haiwan peliharaannya.

Jiran tetangga dikatakan sudah memaklumkan kepada polis mengenai Janet selepas mereka tidak melihatnya sejak beberapa lama. Polis mengesahkan Janet mati secara semula jadi. Rekod perubatannya mendedahkan Janet menghidap masalah sakit dada dan walaupun bedah siasat ternyata sukar kerana mayatnya yang sudah reput dan anggota badan yang hilang, pakar patalogi menyimpulkan bahawa kematian Janet mungkin akibat penyakit pulmonari kronik.

Pegawai polis Dave Ivey menemui mayat Janet dan menyatakan haiwan peliharaannya tidak dapat keluar dari tempat di mana mayat wanita itu ditemui.

Koroner Keith Wiseman berkata, haiwan berkenaan mungkin terkurung di tempat mayat ditemui selama beberapa bulan.
“Jelas sekali bahawa bahagian tertentu mayat Janet hilang dan mungkin digigit serta dimakan haiwan berkenaan.

“Kita dapat bayangkan bagaimana perasaan pegawai polis itu apabila bertemu dengan mayat Janet,” katanya.
Selepas mengesahkan bahawa wanita itu mati secara semula jadi, Wiseman berkata, tiada tanda menunjukkan bahawa Janet diserang oleh haiwan itu ketika dia masih hidup. “Saya yakin Janet mati secara semula jadi kerana tiada bukti menunjukkan dia diserang oleh haiwan peliharaannya itu,” katanya. - Agensi

Sumber : hmetro.com.my

Pukul isteri dalam lif, bukan guna alasan 'ajar'

Ustaz Ahmad Fazrin Yahaya:
DALAM suasana terkini yang hangat membincangkan tentang poligami, pagi ini saya dipertontonkan video dua minit lebih 'kebodohan' seorang suami yang begitu keras sehingga membelasah si isteri bertubi-tubi disaksikan dua pasang mata putera dan puteri mereka di dalam sebuah lif.

Walau apapun alasan yang si suami berikan bagi menghalalkan pukulan-pukulan kebinatangan itu, Islam tetap mengharamkannya.

Jangan sesekali menyelewangkan tafsiran ayat 34 Surah al-Nisaa' yang membenarkan pukulan untuk mengajar isteri yang nusyuz.

Terlalu banyak ayat ALLAH dan petunjuk Nabi SAW tentang kasih sayang dan tolak ansur yang wajib disemai di dalam rumahtangga berbanding hanya satu sahaja ayat yang membenarkan suami memukul isteri dengan syarat yang ketat.

Jelas melalui hadith Hajjatul Wadaa' yang diriwayatkan al-Tirmidzi bahawa dibenarkan memukul isteri setelah sabit nusyuudznya dengan
    ضَرْبًا غَيرَ مُبَرِّح pukulan yang tidak menyakitkan (iaitu ia bertujuan untuk mengajar dan islah).

Begitu juga terang panduan Nabi kepada Mu'aawiyah bin Haydah RA yang bertanya tentang hak-hak isteri sepertimana yang diriwayatkan oleh Abu Dawud, antaranya tidak dibenarkan memukul isteri di wajahnya juga tidak dibenarkan mencelanya.

Namun, jika beginilah (seperti di dalam video) reaksi suami jika benarpun ada di sana kesalahan dari pihak isteri, ia jelas merupakan satu tindakan tidak berakal.

Islam sentiasa ada solusi kepada apa jua permasalahan termasuk masalah rumahtangga.

Dan solusi Islami ialah sebaik-baik solusi bagi mereka yang berfikir.

Antara jalan penyelesaiannya ialah perceraian yang syarie.

Sungguh ia akan membawa hidup yang baru buat kedua suami dan isteri.

Sayangnya, kita sering malu tak kena pada tempat.

Lebih malu untuk bercerai sedangkan itulah syariah, tapi tidak malu untuk sering berperang mulut dan tangan serta kaki di hadapan anak-anak yang saya pasti perceraian yang syari'ie jauh lebih memberi kesan yang baik di dalam kehidupan mereka yang mendatang.

Menjadi penonton setia kepada gusti mulut dan tangan antara ibubapa mereka, akan memberi impak yang sudah pasti negatif apabila mereka meningkat dewasa kelak.

Inilah kesannya apabila urusan nikah cerai dipayahkan. Ia benar-benar menyiksakan.

** Pandangan ini dipetik dari laman sosial Facebook (FB) beliau.

Sumber : sinarharian.com.my

Reviu Apps: Ucap salam guna Yo!

Masyarakat di Malaysia, mengucapkan salam dan berjabat tangan itu dianggap nilai pekerti yang sebati apabila mengunjungi atau menanti kunjungan dan apabila bertemu.

Namun, apa kata tradisi terbabit diaplikasikan dalam aplikasi seperti Yo! yang membolehkan masyarakat negara ini menghantar salam mengikut perayaan tertentu kepada rakan lain bukan sebangsa dengan mereka.


Ia tanda persahabatan sesama rakyat Malaysia selain lambang kepada perasaan kasih sayang, hormat, rendah diri dan penuh harapan.

Sudah pasti dengan aplikasi ini, orang yang ditujukan ucapan salam pula berasakan dirinya dihormati dan sedar bahawa orang yang menujukan ucapan itu sahabat yang ikhlas dan berniat baik terhadapnya.

Ini jelas dapat membentuk satu kesatuan perasaan persaudaraan, biarpun masih belum mengenali antara satu sama lain.

Grafik bagi aplikasi juga menarik dengan gabungan warna dan rekaan yang ringkas tetapi memberi makna kepada pemindah turunnya serta penerimanya nanti.

Sumber : hmetro.com.my


Arkib




Blogged.my

Kongsikan