Gambar Hiasan |
Kaherah: Kumpulan militan membunuh 25 polis
Mesir dalam serangan paling buruk sejak beberapa tahun lalu ketika
negara itu berdepan dengan krisis yang berpunca daripada penggulingan
Presiden Mohamed Mursi.
Menurut tentera, militan menembak roket menyasarkan dua bas membawa
anggota polis di Semenanjung Sinai, beberapa jam selepas ketua tentera
Mesir berikrar untuk menggunakan kekerasan terhadap keganasan yang
melanda negara itu.Serangan itu mencetuskan kebimbangan kemungkinan berlaku semula keganasan kumpulan militan seperti yang berlaku pada 1990-an.
Antara yang terbunuh dalam keganasan terbaru ialah 36 tahanan Ikhwanul Muslimin yang mati selepas polis melepaskan gas pemedih mata, kononnya selepas mereka menahan seorang anggota polis sebagai tebusan.
Penyokong Mursi berikrar untuk mengadakan tunjuk perasaan semalam selepas membatalkan beberapa perarakan kelmarin atas alasan keselamatan.
Serangan di Sinai itu dilakukan kumpulan militan tidak dikenali ketika anggota polis berkenaan dalam perjalanan ke bandar Rafah yang bersempadan dengan Semenanjung Gaza, Palestin.
Kementerian Dalam Negeri menuduh kumpulan pengganas bersenjata bertanggungjawab dalam serangan itu.
Pihak berkuasa Mesir menutup pusat menyeberang sempadan Rafah sebaik kejadian berlaku.
Keadaan keselamatan di Semenanjung Sinai bertambah buruk sejak tentera menggulingkan Mursi pada 3 Julai lalu dengan serangan militan yang menyasarkan polis dan tentera berlaku hampir setiap hari.
Di tempat lain, pertumpahan darah berpunca daripada keganasan pasukan keselamatan Mesir ke atas penyokong Mursi pada 14 Ogos lalu tidak menunjukkan tanda-tanda akan reda. - Agensi
hmetro.com.my
Comments :
0 comments to “25 anggota keselamatan Mesir maut dalam serangan di Sinai”
Post a Comment