Kaherah: Bekas Presiden Hosni Mubarak yang
digulingkan dalam kebangkitan rakyat pada 2011 akan dibebaskan dari
penjara dalam masa terdekat ini selepas seorang pendakwa raya
menggugurkan satu kes rasuah ke atasnya.
Hosni, 85, ditangkap sebaik digulingkan dan muncul di mahkamah dalam
kurungan pada perbicaraan atas pelbagai tuduhan, dari rasuah hingga
pembabitannya dalam pembunuhan penunjuk perasaan.Selepas lebih setahun, satu-satunya asas undang-undang yang menyebabkan beliau ditahan ialah berkait satu kes rasuah yang menurut peguamnya, Fareed el-Deeb, akan diselesai dengan segera.
“Beliau akan dibebaskan menjelang hujung minggu ini,” kata Fareed.
Tanpa mengesahkan bekas pemimpin Mesir itu akan dibebaskan, satu sumber kehakiman berkata, Hosni akan berada di penjara selama dua minggu lagi sebelum pihak berkuasa kehakiman membuat keputusan terakhir berhubung kesnya.
Hosni bersama menteri dalam negerinya, didapati bersalah dan dihukum penjara seumur hidup tahun lalu kerana gagal menghalang pembunuhan penunjuk perasaan dalam pemberontakan yang menjatuhkannya.
Dia masih menghadapi perbicaraan semula kes itu tetapi ini tidak bermakna dia perlu dikurung di penjara. - AFP
hmetro.com.my
Comments :
0 comments to “Hosni Mubarak mungkin dibebaskan minggu ini”
Post a Comment