Taipei: Sebuah rangkaian kedai kopi di
Taiwan mereka pencetak khas latte yang mampu mencetak potret pelanggan
secara langsung pada minuman mereka.
Ia terbukti menghasilkan kejayaan yang besar buat rangkaian kedai
kopi kecil Let’s Cafe yang banyak terdapat di seluruh negara itu.Berdepan cabaran bersaing dengan kedai kopi yang mempunyai rangkaian lebih besar, mereka menghasilkan gimik yang tulen untuk menarik pelanggan. Let’s Cafe mengetengahkan cara tersendiri untuk memikat pelanggan melalui mesin pencetak kopi. Malah, kedai terkenal seperti Star- buck pun tidak memiliki kaedah menarik itu.
Selepas cawan diisi dengan minuman pilihan mereka, pencetak gabungan menggunakan dakwat yang selamat dimakan akan mencetak gambar pelanggan pada buih susu di atas minuman.
Mereka juga boleh menambah ungkapan pada minuman itu. Beberapa pasangan dilihat menambah kata-kata seperti “Saya milik kamu” pada minuman mereka, manakala pelanggan yang mengambil gambar dengan haiwan peliharaan menulis: “Kucing kesayangan saya”. - Agensi
hmetro.com.my
Comments :
0 comments to “Cetak potret dalam latte”
Post a Comment