Berita Terkini dari MalaysiaKini, Utusan Malaysia, Harian Metro, Berita Harian, Kosmo, Malaysian Insider, Harakah, Bernama, Keadilan Daily, Tonton Drama. Perkongsian cerita dan kisah untuk panduan, pedoman bagi diambil teladan dan sempadan.

 

Hati-hati Dengan Kenalan Facebook Anda

KOTA BHARU – Seorang pemuda berusia 20 tahun terpaksa mengorbankan usia mudanya di penjara apabila dihukum penjara selama 11 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam kerana kesalahan rogol.
Hukuman diputuskan Hakim Mohd Yusuff Yunus selepas tertuduh, Mohamad Najibullah Razali, 20, mengaku bersalah merogol wanita yang dikenalinya di facebook.


Tertuduh ketika itu berusia 18 tahun didakwa merogol mangsa sebaya dengannya di kawasan semak Cherang Ruku, Pasir Puteh, antara jam 10 malam dan 1 pagi, 2 Disember 2011.

Dalam kejadian itu, mangsa yang selesai kerja di sebuah pasar raya di Machang diajak tertuduh keluar minum sebelum menghantarnya ke rumah.

Lelaki yang hanya tamat persekolahan tingkatan dua itu kemudian memandu kereta milik bapanya menuju ke Pasir Puteh dan berhenti mengambil seorang lelaki pada tengah perjalanan.
--> Mangsa enggan mengikut, bagaimanapun ditampar sebelum digari ke dalam kereta. Sampai di kawasan semak, dia dirogol. Sekali lagi mangsa melawan, malangnya dia ditampar dan ditolak ke tanah.

Pada prosiding semalam, laporan akhlak dikemukakan mengatakan tertuduh anak yang baik dan tidak pernah dipukul bapanya selain tidak pernah mendapat pendidikan agama. Dia melalui peguamnya memohon hukuman penjara minimum bimbang tertuduh bercampur dengan penjenayah tegar.

Sumber dan Berita Penuh

Comments :

0 comments to “Hati-hati Dengan Kenalan Facebook Anda”

Post a Comment


Arkib




Blogged.my

Kongsikan