Lukhla (Kathmandu): Ketika enam rakan pasukannya dalam perjalanan
turun ke Kem Induk Everest (EBC), Siti Hanisah Sharuddin, 23, yang
keseorangan menamatkan misi menawan puncak Everest jam 7.41 waktu Nepal
(9.56 pagi waktu Malaysia) semalam.
-->
Anak muda dari FELDA Jelai 1, Gemas, Negeri Sembilan itu yang
hanya ditemani Ketua Sherpa, Jamling Bothe, 35, turut mencatat rekod
sebagai wanita termuda pertama dari Malaysia menjejakkan kaki di puncak
gunung berketinggian 8,848 meter (29,028 kaki) dari paras laut.
“Assalamualaikum semua, Hanis dah sampai di puncak dunia.
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar,” katanya ketika menghubungi wakil
media dari puncak menerusi walkie-talkie.
Perbualan cukup
terhad itu memperlihatkan kecekalan Siti Hanisah yang nekad meneruskan
impian mendaki Everest buat kali kedua selepas gagal dalam percubaan
pertama bersama pasukan Projek Everest FELDA 2013 pada Isnin lalu.
SITI Hanisah berjaya menawan Gunung Everest tepat jam 7.41 pagi waktu Nepal, semalam.
Tanpa memikirkan risiko menunggu 60 jam di Kem 4 yang
mempunyai paras oksigen rendah serta kemungkinan mendapat serangan
radang paru-paru berair (HACE), anggota Tentera Laut Diraja Malaysia
(TLDM) itu nekad membuktikan tiada yang mustahil jika mempunyai
kemahuan berjaya.
Sumber dan Berita Penuh
tahniah..di mana ada usaha, di situ kita pasti akn bjaya..