Berita Terkini dari MalaysiaKini, Utusan Malaysia, Harian Metro, Berita Harian, Kosmo, Malaysian Insider, Harakah, Bernama, Keadilan Daily, Tonton Drama. Perkongsian cerita dan kisah untuk panduan, pedoman bagi diambil teladan dan sempadan.

 

Watak Joker membunuh Heath Ledger ?

Pendedahan diari Joker

WATAK Joker digambarkan sebagai peranan paling rumit buat Ledger sekali gus memberi tanggapan kepada dunia bahawa ia turut memberi kesan kepada anak kelahiran Australia ini mendalaminya.
Kematian Ledger pada pertengahan Januari 2008, disahkan berpunca daripada pengambilan dos dadah berlebihan akibat terlalu mendalami dan ingin mencipta sifat jahat sebagai Joker di dalam filem The Dark Knight.
Adakah ia benar atau rekaan media Barat semata-mata?
Pertengahan Mei, Kim Ledger iaitu bapa aktor kacak ini mendedahkan anak lelakinya itu amat mendalami karakter Joker sehingga mencipta diari watak itu.
-->
Menerusi diari yang bertajuk 'Joker', Ledger telah menyenaraikan berbaris ciri-ciri dan sifat-sifat yang patut ada pada diri antagonis itu.

Pemenang Pelakon Tambahan Terbaik Oscar itu dikatakan mengambil banyak inspirasi daripada watak Malcolm McDowell menerusi filem berunsur jenayah, Clockwork Orange serta sifat seekor dubuk.

"Demi mendalami watak Joker, beliau sanggup bersendirian di dalam bilik hotel berminggu lamanya. Tindakan itu semata-mata untuk merangsang watak. Itu adalah perangai Ledger.
"Beliau sanggup berbuat apa saja demi mendalami watak tetapi saya tidak sangka 'Joker' telah membunuhnya.
"Ledger sanggup menganggap dirinya sebagai Joker yang dicipta secara berperingkat," kata Kim.
Salah satu bahagian yang menjadi tumpuan Ledger dalam diari berkenaan membabitkan satu babak di hospital.

Diari Joker itu turut diselitkan dengan ujian solekan yang dilakukan lapan bulan sebelum kematiannya.

"Pada muka surat terakhir, Ledger turut menulis perkataan selamat tinggal. Ia amat pilu untuk ditatap," katanya.

Filem The Dark Knight bagaimanapun, tetap ditayangkan kira-kira enam bulan selepas kematiannya.
Berbalik ketika detik Ledger masih hidup, aktor yang memiliki senyuman manis itu pernah memberitahu majalah Empire bahawa beliau sangat takut terhadap watak Joker tetapi tetap mahu menampil perbezaan.

"Saya hanya duduk di sebuah bilik hotel di London selama kira-kira sebulan, bersendirian daripada orang ramai, menulis diari sebagai Joker dan mengadakan beberapa eksperimen menghasilkan suaranya.

"Yang penting saya dapat menghasilkan suara ketawa yang ikonik sebagai Joker.

"Namun akhirnya saya sedar, Joker telah membuatkan saya gila di mana hati saya bertukar keras.

"Sememangnya Joker adalah gila, berdarah sejuk dan si badut yang suka membunuh," kata Ledger dalam temu bual terakhirnya.

Ketika hidup
-->
Jika anda berusia lingkungan 20-an hingga 30-an, pasti filem komedi remaja Hollywood, 10 Things I Hate about You terpacul di fikiran selepas melihat wajah lelaki kacak ini.

Nama Ledger diangkat sejurus berjaya membawa watak utama filem tersebut. Selain itu, beliau turut diberi peranan utama dalam filem sanjungan Australia, Two Hands, yang diarahkan oleh Gregor Jordan.

Ledger semakin kuat pada 2001 selepas Anugerah ShoWest untuk “Pelakon Lelaki Masa Depan” bagi persembahannya dalam The Patriot, serta filem A Knight’s Tale yang amat popular.
Dalam 2005, Ledger menerima anugerah “Pelakon Lelaki Terbaik 2005” untuk peranannya dalam filem Brokeback Mountain daripada kedua-dua Lingkungan Pengkritik Filem New York dan Lingkungan Pengkritik Filem San Francisco.

Dia juga dicalonkan untuk Anugerah Akademi untuk “Pelakon Lelaki Terbaik”.

Pada musim bunga 2006, Ledger diumumkan akan melakonkan watak Bob Dylan dalam filem I’m Not There.

Pada 31 Julai 2006, Ledger disahkan secara rasmi untuk berlakon sebagai The Joker, orang jahat buku komik ikonik, dalam filem The Dark Knight, susulan filem 2005 Batman Begins, di samping I’m Not There yang dilakon oleh
Christian Bale yang dijangka siap pada 2008.

TRIVIA
-Dilahirkan pada 4 April 1979 di Perth, Australia Barat.
-Bapanya bernama Kim Ledger, seorang pelumba kereta dan jurutera yang membangunkan syarikat Kejuteraan Besi Ledger. Ibunya yang juga seorang guru Perancis bernama Sally Ledger.
-Berketurunan campuran Inggeris dan Scotland.
-Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Mary's Mount di Gooseberry Hill, kemudian ke Sekolah Guilford Grammar iaitu sekolah pertama Ledger berlakon sebagai Peter Pan pada usia 10 tahun.
-Ibu bapa berpisah sewaktu Ledger berusia 11 tahun.
-Mendapat inspirasi berlakon daripada kakaknya, Kate yang juga seorang aktres kemudian menjadi ejen publisiti.
-Selepas memegang beberapa watak TV dan filem Australia dalam 1990, Ledger berpindah ke Amerika Syarikat (AS) dalam 1998 bagi mengembangkan kerjayanya.
-Pernah menjalinkan hubungan dengan ramai pelakon wanita terkenal seperti Lisa Zane, Heather Graham dan Naomi Watts.
-Dalam 2004, Ledger bercinta dengan pelakon Michelle Williams selepas bertemu di set penggambaran filem Brokeback Mountain dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Matilda Rose pada 28 Oktober 2005.
-Selepas berpisah dengan Williams pada penghujung 2007, Ledger mula menjalinkan hubungan dengan model Helena Christensen dan Gemma Ward.
-Antara filem popular hasil lakonan Ledger adalah 10 Things I Hate About You (1999), The Patriot (2000), A Knight’s Tale (2001), Monster’s Ball (2001), Lords of Dogtown (2005), Brokeback Mountain (2005), Candy (2006), I’m Not There (2007), The Dark Knight (2008), dan The Imaginarium of Doctor Parnassus (2009).
-Turut menerbitkan dan mengarah video muzik serta bercita-cita untuk menjadi pengarah filem.
-Disahkan meninggal dunia pada 22 Januari 2008 kerana dos dadah berlebihan.

Aset 40 orang terkaya Singapura cecah RM189.34 billion

SINGAPURA - Empat puluh orang paling kaya di Singapura kini secara terkumpul memiliki aset bernilai AS$59.4 bilion, meningkat AS$5 bilion atau sembilan peratus berbanding tahun lepas.

Mengikut senarai orang paling kaya di Singapura yang diterbitkan oleh Forbes Asia, pasangan adik-beradik Robert dan Philip Ng, anak kepada pengasas Far East Organization, mendiang Ng Teng Fong, menduduki tangga teratas dengan harta bernilai AS$9.2 bilion iaitu meningkat US$300 juta berbanding tahun lepas.
Far East Organization bersama Sino Group, syarikat sepemunya berpangkalan di Hong Kong, merupakan salah satu kumpulan hartanah terbesar di Asia dengan jumlah dagangan tahunan terkumpul sebanyak AS$5.5 bilion.
-->
Keluarga tokoh perbankan, mendiang Khoo Teck Puat kekal di tangga kedua dengan AS$6.7 bilion. Mendiang Khoo telah meninggalkan hartanya kepada 14 anak-anaknya pada 2004.

Bagaimanapun, keluarganya masih menguasai kepentingan dalam Goodwood Group of Hotels di Singapura tetapi menjual pegangan dalam Standard Chartered Bank pada 2006 dengan harga anggaran AS$4 bilion.
Di tangga ketiga ialah Pengerusi United Overseas Bank (UOB), Wee Cho Yaw, yang memiliki aset bernilai AS$4.7 bilion, peningkatan AS$500 juta berbanding tahun lepas.
Terdapat lapan muka baharu yang tersenarai tahun ini dan antaranya, Eduardo Saverin, pengasas bersama Facebook, di tangga kelapan dengan aset bernilai AS$2.2 bilion.
Saverin, pemuda berusia 30 tahun kelahiran Brazil itu, menetap di Singapura sejak 2009 dan telah melabur dalam syarikat bayaran atas talian, Netswipe.
--> Beliau melepaskan taraf kerakyatan Amerika Syarikat tahun lepas.
Taikun hartanah, Raj Kumar dan anaknya Kishin RK dengan aset bernilai AS$1.5 bilion di tangga ke-11 dan adik Raj Kumar, Asok Kumar Hiranandani di tangga ke-19 dengan AS$910 juta.
Usahawan kelahiran India, Bhupendra Kumar Modi, kini rakyat Singapura, menduduki tangga ke-23 dengan aset bernilai AS$755 juta, pemilik Hotel 81, ChooChong Ngen di tangga ke-25 (AS$690 juta) dan pengusaha hotel Michael Kum di tangga ke-26 dengan memiliki aset bernilai AS$670 juta. - Bernama

Sumber

Jam Ternipis Di dunia hanya berukuran 0.8 milimeter


PERCAYAKAH anda, jam paling nipis di dunia hanya berukuran 0.8 milimeter (mm)?

Menurut laporan MailOnline, Jam CST-01, rekaan pencinta aksesori masa, Dave Vondle, di bawah firma Central Standard Timing di Chicago, menggunakan sekeping keluli tahan karat.

Lebih menarik, jam yang lebih nipis berbanding kad kredit itu dilengkapi komponen fleksibel elektronik 0.5mm dan menggunakan kuasa bateri yang mampu dicas selama 10 minit serta memiliki jangka hayat selama 15 tahun.
-->
--> Ia dikeluarkan dalam dua warna iaitu hitam dan putih pada harga AS$109 (RM400).

Setia unit jam, dilengkapi kabel USB dan format 24 jam

Sumber

Bapa Boleh Rasa Pergerakan Bayi Dalam Perut Ibunya

SEMESTINYA setiap bakal bapa ingin merasakan pergerakan bayi mereka yang masih berada di dalam rahim ibunya.

Kini, sepasukan pereka barangan jenama kanak-kanak Amerika Syarikat (AS) berjaya mencipta sepasang bengkung yang boleh dipakai oleh si suami bagi merasai tendangan sebenar anaknya dalam kandungan.

Jurucakap pereka memberitahu, bengkung yang disiapkan selama empat bulan itu dilengkapi dengan alat pengesan pergerakan bayi dalam kandungan.
-->
"Si ibu juga perlu memakai bengkung khas yang diletakkan peranti di sekeliling pinggannya sebelum disalurkan kepada bengkung si bapa," katanya pada MailOnline.

Satu rakaman video yang disiarkan menunjukkan, lelaki yang memakai bengkuk bayi itu terkejut dan menangis selepas merasai tendangan bayi dalam kandungan isterinya.

"Saya dapat rasakan gerakkannya. Dia menendang," katanya.
-->

Kematian individu pertama mengorbit bumi pada 1961 terjawab

MOSCOW - Kematian individu pertama mengorbit bumi pada 1961 Yuri Gagarin terjawab selepas rakanya Aleksey Leonov membuat pendedahan di media baru-baru ini.

Selepas tujuh tahun angkasawan Rusia itu melakar sejarah, media melaporkan beliau terbunuh ketika kemalangan semasa latihan penerbangan namun, pihak berkuasa ketika itu tidak mendedahkan punca bagaimana beliau meninggal dunia.
-->
Pelbagai teori konspirasi tercetus sejak kematian beliau. Ada menyifatkan beliau dibunuh atas arahan pemimpin Soviet, Leonid Brezhnev kerana membocorkan rahsia kerajaan, ada juga berpendapat, Gagarin membunuh diri dan tidak kurang juga mengatakan, pesawat beliau menjadi mangsa dendam Objek Terbang Yang Tidak Dikenali (UFO) ketika berada di angkasa.

Tetapi selepas 40 tahun menyimpan rahsia, Leonov akhirnya mendedahkan punca sebenar kematian Gagarin yang merupakan rakan karibnya.

Beliau menjelaskan, ketika latihan penerbangan di Pusat Latihan Penerbangan Rusia, terdapat sebuah pesawat pejuang SU-15  (dirahsiakan pemandunya) tidak dibenarkan melakukan latihan, namun juru terbang itu berdegil untuk terus melakukan latihan penerbangan.
-->
“Pesawat itu terbang hampir dengan pesawat Gagarin. Juruterbang itu tidak mengikut syarat penerbangan ditetapkan apabila menurunkan had ketinggian penerbangan mencecah 450 meter.
Pesawat itu berada pada jarak 15 meter dan akhirnya berlanggar dengan pesawat Gagarin pada kelajuan super sonik 750 kilometer sejam,” katanya dipetik MailOnline

Menurutnya, sebelum kebenaran penerbangan diberi, latihan itu sepatutnya dibatalkan kerana cuaca buruk namun, belum sempat di arahkan, kejadian tersebut telah berlaku dan pesawat terbabit terhempas di perkampungan Novoselova.

Leonov merupakan salah seorang daripada panel penyiasat dalam tragedi itu.

Sumber


Arkib




Blogged.my

Kongsikan