Keterujaan balik ke kampung atau percutian panjang di luar negara sempena cuti perayaan tidak terungkap dengan kata-kata.
Segala persiapan pastinya sudah siap dan beg penuh dengan pakaian juga sudah tersedia.
Kesesakan di lapangan terbang, stesen bas atau stesen kereta api
dengan orang yang ramai mengundang kepada pelbagai hal terutama
kehilangan beg.
Kehilangan beg ketika melancong memang sangat menyakitkan hati dan jiwa tidak tenteram boleh mengundang kemarahan.
Tidak mahu perkara ini berlaku kepada anda? Tip melancong minggu ini
mungkin dapat membantu bagi memastikan beg anda tidak hilang.
Gantung tag nama, alamat dan nombor telefon pada beg dan
jangan lupa kunci. Anda juga boleh meletakkan mangga atau ‘padlock’
supaya beg tidak dibuka orang yang tidak bertanggungjawab.
Daftar masuk penerbangan seawal mungkin mengelakkan anda kehilangan
beg. Ini kerana, dengan mendaftar masuk awal, anda punya cukup masa
untuk memasukkan barang ke dalam pesawat.
Selain itu, beg anda
juga tidak akan bercampur dengan beg dalam penerbangan lain jika
berlaku kekalutan semasa proses daftar masuk.
Ikat
reben atau pelekat dengan warna yang cerah pada beg anda untuk
memudahkan anda mengenali beg terutama di lokasi tuntutan bagasi.
Secara
tidak langsung, anda tidak keliru mencari beg anda terutama apabila
sesetengah penumpang lain mempunyai rekaan dan warna serta saiz yang
sama dengan beg anda.
Pastikan pembantu penerbangan
meletakkan tag destinasi yang betul pada beg anda. Mungkin nampak
terlalu cerewet tetapi ia untuk kebaikan anda juga.
Kekerapan anda melancong membuatkan bagasi anda dipenuhi pelbagai
pelekat. Justeru, bagi mengelak kehilangan beg, buang segala pelekat
atau tag lama yang ada.
Tindakan tidak membuang pelekat atau tag lama itu mengundang kekeliruan, sekali gus menjadi salah satu faktor beg anda hilang.
Jika anda mempunyai jadual penerbangan yang bersambung, maklumkan
kepada pembantu penerbangan anda akan mengambil beg anda di destinasi
terakhir.
Pastikan juga salinan kod pelekat beg anda sentiasa
bersama dan tidak dibuang walaupun anda sudah berada di dalam pesawat.
Ini kerana, jika berlaku kehilangan, nombor rujukan yang dilekatkan
pada beg anda sangat diperlukan.
Ambil beg anda
sebaik tiba ke destinasi dengan kadar segera. Jangan tinggalkan beg di
atas ‘carousel’ sementara anda membuat panggilan telefon atau
berjalan-jalan di lapangan terbang.
Pastikan juga anda mengingati bilangan beg yang dibawa terutama jika anda melancong bersama keluarga dan anak-anak.
Sumber : hmetro.com.my
Comments :
0 comments to “Tips Hari Raya : Tip melancong Tag nama pada beg”
Post a Comment