Tips 1 : Kurang beban atau berat –
Jangan bawa barang yang tidak perlu (kereta anda bukan stor). Penambahan berat sebanyak 50 kilogram meningkatkan penggunaan minyak sebanyak dua peratus.
Tips 2 : Perhatikan tayar anda, mesti ada tekanan angin mesti betul.
Jika tidak, penggunaan minyak bertambah lima peratus kerana geseran lebihan.
Memandu melebihi 90 kilometer sejam (km/j) akan meningkatkan dengan ketara penggunaan minyak Secara perbandingan, pada kelajuan 100 km/j, penggunaan minyak bertambah 10 peratus, 105 km/j (15 peratus) dan 110 km/j (25 peratus). Ia berbeza bagi setiap cc kereta, lagi tinggi cc lagi banyak minyak dibakar.
Tips 4 : Penggunaan gear – Pilih gear yang sesuai dengan kelajuan.
Menggunakan gear rendah untuk kelajuan tinggi menyebabkan pembaziran minyak kerana enjin menjadi lebih pantas. Jangan malu-malu menggunakan mod ‘ekonomi’ jika kereta anda memilikinya.
Tips 5 : Brek – Elakkan brek mengejut.
Jika anda sudah tahu di mana hendak berhenti, perlahankan kenderaan secara beransur-ansur.
Tak perlu pasang aircond kete kalo cuaca dah sejuk.. atau matikan aircond apabila dah nak dekat sampai destinasi. Penggunaan minyak bertambah 10% apabila menggunakan aircond.
Tips 7 : Tok sah merempit cilok sana sini..
Kalo boleh perlu bijak tekan pedal accelerator dengan berhemah.. kalo nak jimat kenalah bawa bersederhana tak yah laju-laju.. yang penting rileks dan steady saja.. Kalo nak racing gi masuk Sepang Circuit…
Tips 8 : Pastikan tingkap kereta ditutup semasa memandu utk melancarkan pergerakan kereta.
Jika tidak, kete anda akan bertambah geseran dan perlahan dan menyebabkan anda menekan minyak lebih banyak untuk bergerak.
Sumber
Comments :
0 comments to “Menarik! : 8 Tips Penjimatan Minyak Anda Boleh Buat Semasa Memandu”
Post a Comment