Harga rokok naik 3 peratus
Kuala Lumpur: British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) mengumumkan kenaikan tiga peratus bagi harga semua jenama rokoknya berkuat kuasa hari ini.Pengarah Urusan BAT Malaysia, Datuk William Toh berkata, sama seperti semua syarikat lain, BAT Malaysia berdepan dengan tekanan inflasi, kos buruh dan kos input, yang membawa kepada peningkatan kos operasi.
Selain itu, kuantiti industri tembakau sah juga terjejas akibat peningkatan berterusan perdagangan rokok haram (pada 2012 berada pada 34.5 peratus), katanya dalam satu kenyataan di sini semalam. Katanya, bagi menangani peningkatan kos dan tekanan perdagangan rokok haram, pihaknya memutuskan untuk menaikkan sedikit harga sebanyak tiga peratus bagi semua jenama rokok keluarannya.- BERNAMA
Sumber
Comments :
0 comments to “Berita baik untuk perokok”
Post a Comment