Sebelum ini, mereka hanya dikenali dengan hubungan antara artis dan pengurus saja kerana Awin adalah individu yang bertanggungjawab atas kelangsungan karier seni Izzue sejak 2009 lagi.
Perkenalan itu sekali gus menjadikan Izzue lebih yakin Awin adalah wanita yang paling layak untuk dijadikan suri hatinya kerana mencintai dirinya biar dalam apa keadaan sekali pun.
KUCUPAN cinta Izzue buat Awin.
Hal itu diakui sendiri anggota Forteen itu sewaktu sidang media sejurus mereka sah diijabkabulkan dan menurutnya, dia tidak sabar untuk melayari bahtera rumah tangga.
“Seperkara yang terpancar dan saya lihat sepanjang bercinta dengan Awin adalah kejujuran serta keikhlasannya dalam perhubungan. Kami kenal pun sudah lama dan dialah individu yang sentiasa percayakan saya.
“Dia pun mula mengenali saya sejak berkerja sebagai pekerja di kedai makan dan enam tahun bercinta, saya yakin ini saat terbaik untuk mendirikan ‘masjid’ bersamanya,” ujarnya sambil terpancar kegembiraan.
Mendirikan rumah tangga pada usia semuda itu tambahan pula dia masih merangkak dalam bidang seni, Izzue sebaliknya tidak gentar kerana yakin rezeki adalah penentu segalanya.
Menjadi idaman dalam kalangan peminat wanita juga, ditanya bagaimana sekiranya Awin berhadapan dengan situasi itu, pelakon terbabit positif itu bukan masalah besar.
“Saya beruntung dipertemukan Awin yang sangat memahami terutama apabila membabitkan karier seni saya. Dia sudah lama menguruskan saya dalam bidang ini dan masak dengan situasi saya.
“Namun, dia sentiasa percayakan saya dan paling penting, dia tidak cemburu buta,” katanya.
Manakala buat Awin yang bekerja sebagai Eksekutif di Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) pula, meskipun sudah cukup mengenali Izzue, dia agak berdebar untuk hidup sebumbung dengan suaminya itu.
“Melangkah ke fasa baru semestinya sukar diduga dan hidup serumah dengannya selepas ini, pastinya lebih banyak perkara baru yang akan saya kenal mengenai Izzue namun saya bersedia.
“Kalau selama enam tahun saya boleh menjaga dia dengan baik, saya yakin dalam rumah tangga juga saya mampu lakukannya,” katanya.
Sumber & berita penuh
Comments :
0 comments to “Bercinta sejak bancuh air”
Post a Comment