Berita Terkini dari MalaysiaKini, Utusan Malaysia, Harian Metro, Berita Harian, Kosmo, Malaysian Insider, Harakah, Bernama, Keadilan Daily, Tonton Drama. Perkongsian cerita dan kisah untuk panduan, pedoman bagi diambil teladan dan sempadan.

 

7 Teknik Berhenti Merokok

Ada beberapa senjata yang boleh anda gunakan untuk membantu anda berhenti merokok.

Untuk pengetahuan anda, semua senjata atau teknik ini telah terbukti keberkesanannya. Anda boleh guna kesemua teknik ini atau gabungkan beberapa teknik untuk membantu anda berhenti dari merokok. Semoga semua teknik di bawah mampu membantu anda untuk berhenti merokok.
--> 1. Tarik nafas dengan dalam, tahan ia untuk beberapa saat dan lepaskan nafas anda seperti anda melepaskan asap rokok.

Teknik ini membantu anda untuk lebih tenang dan secara tidak langsung anda tahu bahawa perasaan yang anda capai ketika merokok adalah sama sahaja dengan perasaan ketika anda menarik nafas sedalam-dalamnya. Perbezaannya adalah anda menyedut oksigen dan ketika merokok anda menyedut nikotin.

2. Ambil masa lima minit dalam sejam untuk melakukan perkara ini iaitu minum air dengan banyak.

Ia boleh membantu anda untuk menyingkirkan perasaan ingin merokok dalam diri anda. Air lebihan juga membantu anda untuk menyingkirkan nikotin dalam badan. Lakukan perkara ini ketika anda rasa ingin merokok adalah di galakkan.

3. Letakkan sesuatu yang tidak mempunyai kalori di dalam mulut anda. Ia boleh jadi pencungki l gigi atau apa sahaja yang anda rasa sesuai.
--> 4. Sibukkan diri untuk melakukan sesuatu setiap kali anda rasa ingin merokok. Anda rasa sahaja ingin merokok, sibukkan diri dengan memanjat tangga, mengemas rumah atau apa sahaja yang mampu anda lakukan.

5. Selagi tidak merosakkan gigi anda, kunyah gula-gula getah atau gula-gula. Jika ada kencing manis, jangan lakukannya.

6. Bangun dan jalan dalam bulatan. Ia akan membantu anda untuk menghilangkan keinginan merokok anda.

7. Gunakan nikotin patch sebagai pengganti rokok anda.

Comments :

0 comments to “7 Teknik Berhenti Merokok”

Post a Comment


Arkib




Blogged.my

Kongsikan