Aku benci beliau, 2 tahun yang lepas. Ya, aku sangat membenci insan ini! Aku pernah merasakan beliau sesat, gila kuasa, ekstemis agama dan sebagainya. Aku benci orang Kelantan, sebab negeri Kelantan berdasarkan cerita yang kudengar di TV sebuah negeri yang mundur, kotor, rakyatnya sombong, dan sebagainya.
Sebelum masuk universiti, aku dah dapat pesanan, jangan berkawan dengan orang-orang Kelantan ni. Diorang sangat assabiah dan tak boleh dibuat kawan. Bila kita susah diorang akan tinggalkan kita.
Dulu aku merasakan cukuplah sekadar Islamku sekadar solat, puasa dan zakat. Tapi setelah kukenali insan ini, setelah kuketahui matlamat hidup ini. Aku jadi malu dengan insan yang pernah ku benci ini. Semoga ALLAH menemukan aku dengan insan mulia ini kerana aku mahu memohon maaf kepada beliau. Ulama’ yang kusanjungi kini.
Setelah bebas daripda kejahilan yg panjang, aku jadi malu sendiri. Kelantan walaupun dikatakan mundur tiada pembangunan, namun kaya dengan pembangunan jiwa rakyatnya. Kalaupun tiada masjid2 yang indah seperti yang lainnya, tapi tetap subur dengan kuliah agama dan jamaah yang hadir membanjirinya. Ya, kaki ini belum pernah menjejaki bumi Kelantan, tapi sudah cukuplah gambar dan akhlak2 penduduk dan pemimpinnya menceritakan segalanya.
Kelantan sebuah ikon negara Islam. Kaya dengan majlis2 ilmu, ramai ‘ulama dilahirkan di sana. Dan ‘ulama yang kukatakan sesat ini, sungguh lebih hebat daripada yang kujangkakan.
ALLAH. Panjangkanlah usia Tok Guru Nik Aziz ini. Amiin.
Cerita Asal - AZURA ABDULLAH
Comments :
0 comments to “Aku Benci Nik Aziz & Kelantan”
Post a Comment